"Cakap je lah terus kenapa abang datang sini? Abang nak apa sebenarnya?"

Afeef menundukkan mukanya."Ell abang nak mintak maaf dekat Ell.Tolonglah maafkan abang.Sampai bila Ell nak marah abang dan benci abang? Abang tak pernah mintak untuk semua ni terjadi.Kalau abang tahu ibu dengan ayah akan kemalangan pada malam tu,abang takkan paksa dia orang ambik abang", katanya.Sebak mhla bertandang dalam dirinya tatkala melihatkan wajah Aurell yang juga turut berubah sendu.

"Selama 28 tahun abang hidup,abang tak pernah rasa gelisah macam ni.Ell menghilangkan diri macam tu je.Ell langsung tak nak jumpa abang.Puas abang cari Ell tapi abang tak jumpa.Abang risau pasal Ell sebab Ell satu-satunya keluarga yang abang ada.Abang nak jaga adik abang.Cukuplah 13 tahun ni Ell lari dari abang.Cukuplah seksa abang selama ni.Maafkan abang,Ell.." Afeef mengalirkan air mata lelakinya.Selama 13 tahun mereka terpisah,dia cukup menyesal atas perbuatannya.

"Buat apa abang nak mintak maaf? Apa yang Ell dapat dengan memaafkan abang? Ibu dengan ayah dapat hidup balik? 13 tahun Ell hidup seorang diri tanpa kasih sayang ibu dengan ayah.Dan semuanya sebab abang!" marah Aurell.Tak dihiraukan lagi siapa yang sedang duduk di hadapannya.Abang atau bukan,dia tak kisah!

Afeef menundukkan wajahnya.Air matanya dikesat perlahan.Dalam betul kebencian Aurell padanya.Apa yang boleh dia buat untuk memadamkan rasa tu?

"Sudahlah,abang.Pergilah balik rumah abang.Sini bukan tempat abang.Terima kasih sebab selamatkan Ell tapi jangan ingat disebabkan itu abang boleh dapat kemaafan Ell.Anggaplah selama ni kita tak pernah berjumpa", kata Aurell.Air matanya dikesat kasar sebelum dia pergi dari ruang itu.

"Ell.. " panggil Riyadh yang dari tadi hanya mendiamkan diri.Dia tak nak masuk campur urusan adik beradik tu sebab dia tak berada di tempat Aurell dan dia tak tahu apa yang isterinya rasa selama ni.

Aurell terus saja masuk ke bilik.Panggilan Riyadh sama sekali tidak diendahkan.

"Em.. sekejap ya,bang?" katanya dan laju membuntuti langkah Aurell naik ke bilik.

Pintu bilik ditutup.Takut kalau suara mereka akan didengari Afeef di bawah.

"Kenapa awak cakap macam tu?"

Aurell yang duduk di birai katil terus memandang Riyadh.Air mata dikesat perlahan.

"Kenapa? Salah ke apa yang saya cakap? Disebabkan dia laa ibu dengan ayah saya mati,tahu tak? Sebab dialah saya jadi anak yatim piatu selama 13 tahun!" tak pasal-pasal Riyadh pula yang dimarahi.

Lelaki itu mengeluh perlahan.Dia turut sama duduk di sebelah isterinya."Saya tahu.. tapi awak kena ingat,bukan awak seorang je yang rasa semua tu.Abang awak tu pun kehilangan ibu dan ayah masa dia struggle untuk fokus pada SPM.Saya percaya dia dah cukup tertekan selama ni.Kenapa awak perlu terus membenci dia? Bukan dia yang mintak semua ni",

"Sebab dia bukan abang saya! Saya takkan pernah memaafkan dia",

"Sampai macam tu sekali? Awak sanggup buang dia dari hidup awak hanya kerana peristiwa 13 tahun yang lepas? Ell,awak pernah cuba tak untuk letak diri awak sebagai abang Afeef? Dia kehilangan ibu dan ayah dua minggu sebelum SPM.Lepastu satu-satunya darah daging yang dia ada yang sepatutnya menjadi tempat dia meluahkan perasaan,tempat bergurau dan melepaskan segala rasa,mula benci dan menyalahkan dia atas kematian kedua orang tua mereka.Pernah tak awak terfikir macam mana susahnya nak memikul tanggungjawab seusia 17 tahun? Awak cuma duduk serumah dengan dia sehari sebelum awak lari dari rumah tu.Dan selama seminggu tu,tak cukup ke untuk awak sedar bertapa susahnya abang awak menjaga awak seorang diri?"

Aurell terdiam.Air matanya menitis satu persatu ke pipinya.Memang selepas kebumian arwah ibu dan ayah mereka,dia dan abang Afeef tinggal berdua di rumah tersebut sebelum dia lari dari situ dan pergi  ke Hulu Langat.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now