Zakuan tersenyum.Manis saja apabila Aurell ketawa.Rasa macam semua masalah yang membelenggu fikirannya hilang serta merta.

"Err.. Ell,ada.. err something dekat tudung awak", Zakuan menunjuk ke arah kepala Aurell.Gadis itu terus menyentuh atas kepalanya dengan muka hairan.

"Ada apa? Dekat mana?"

"Err.. tu.. dekat atas tu.. err.. sini sikit.. ",

"Mana?"

"Sini.. " Zakuan memanjangkan tangannya untuk menghalau pepatung yang berada di tudung Aurell tadi.Kemudian dia tersenyum.

"Encik Zakuan buang apa?"

"Tu tadi ada pepatung",

"Ohhh.." Aurell menundukkan wajahnya.Jarak wajahnya dengan Zakuan tadi boleh tahan dekat jugak.Kus semangat.. nasib baik dia dah bersuami.Kalau tidak,boleh jatuh hati pulak nanti.

Tanpa sedar Aurell dan Zakuan yang kembali menyambung perbualan mereka di restoran itu,ada sepasang mata yang sedang memerhati kemesraan mereka berdua dengan hati yang membara dari dalam kereta.Stereng keretanya digenggam ketat.Dari awal lagi dia memerhati gerak geri dua orang itu dan jujur dia katakan,dia amat marah!

KUNCI kereta dicampak di atas sofa.Jaket berkulit berwarna hitam yang tersarung di badannya,dibuka dan dicampak juga ke atas lantai.Fikirannya yang sudah beberapa hari ini kusut,semakin bertambah sesak.Kemarahan yang sedang bermaharaja dalam dirinya ketika ini dikawal sehabis baik.Dinding kosong di hadapannya dipandang dengan pandangan tajam.

Sungguh dia tak sangka dengan apa yang dilihat tadi.Dia fikirkan selama dua minggu dia dan Aurell tidak berjumpa,gadis itu menyedari kesalahannya.Bukan dia nak maksudkan Aurell bersalah,dia juga bersalah tapi sekurang-kurangnya tak ada ke walaupun sekelumit perasaan bersalah dalam diri gadis itu? Sangkanya Aurell akan berhenti dari bekerja sebagai pelayan di cafe tersebut,tapi tidak sama sekali! Ternyata Aurell masih bekerja di sana dan bahkan dia sesenang hati bermesra dengan lelaki lain!

Pada mulanya,dia hanya mahu melihat Aurell dari jauh.Rasa rindu pada isterinya itu semakin membuak walaupun baru dua minggu mereka tidak berjumpa.Dan ketika dia mula tersenyum tatkala melihat kelinat Aurell di cafe itu,Zakuan pula datang dan mereka berdua terus keluar makan bersama.Jika itu saja,tak apalah dia boleh terima lagi.Tapi kemesraan antara isterinya dan lelaki itu benar-benar mengusik hatinya.Tambahan lagi ketika Zakuan menghampiri wajah Aurell.

Semua itu membuatkan dia terfikir.Siapa sebenarnya dia dalam hidup Aurell? Suami atau orang asing? Rasanya dia dah bagi layanan dan kasih sayang yang cukup pada isterinya tapi..

Tak berguna ke dia sebagai seorang suami selama ini? Atau dia terlampau berlembut dengan Aurell?

Arghhh!! Dia tertekan dengan semua ni.Kalau selama ini layanan yang diberikan terlalu baik sehingga Aurell menjadi seperti apa yang sekarang ni,baiklah! Dia tak akan berlembut lagi.Malah dia tak akan beri muka kepada isterinya.Mulai detik ini,dia akan bertegas!

Riyadh tersenyum sinis sebelum dia mencapai kunci kereta dan jaket berkulit yang dicampak seketika tadi.Pintu rumah ditutup kasar.Sebaik saja enjin keretanya dihidupkan,dia terus menuju ke sebuah tempat.

AURELL yang sedang mengunci pagar,terkejut apabila melihat sebuah kereta Audi yang amat dikenali berhenti di hadapan rumah sewanya.Dahinya berkerut memandang kereta tersebut.Dia tahu tu kereta Riyadh tapi apa yang lelaki itu buat di sini? Rindulah tu agaknya..

"Awak buat apa dekat sini?" soalnya ketika Riyadh keluar dari kereta.Lelaki itu tidak menjawab,tapi dia terus saja membuka pagar dan terus menarik tangan Aurell.

"Ehh.. ehhh.. apa tarik-tarik ni?" Aurell cuba menarik tangannya tapi pegangan Riyadh terlalu kejap.Tapi sebaik saja Riyadh membawanya ke pintu kereta sebelah pemandu,tangannya berjaya ditarik.

"Awak ni kenapa datang je terus nak tarik-tarik tangan saya? Ingat tak sakit ke?" soal Aurell.Geram!Dia baru kononnya nak sambut Riyadh dengan baik tapi melihatkan layanan lelaki ini,tak jadi terus!

"Masuk dalam kereta sekarang!" tegas Riyadh.Tidaklah menjerit tapi cukup membuatkan Aurell meneguk liurnya.Dah kenapa pulak lelaki ni?

"Nak buat apa? Saya penatlah,malas nak keluar hari ni", Aurell menyilang tangan ke dada.

"Saya kata masuk tu masuk je laa", pintu kereta sebelah pemandu dibuka.

"Saya kata tak nak tu tak naklah.Awak nak paksa saya kenapa?"

"Apa yang degil sangat awak ni,saya suruh masuk kereta pun susah ke?" soal Riyadh.Cis! Dengan aku,suami dia pun bukan main susah lagi nak ajak keluar.Tapi kalau dengan lelaki lain? Bukan main suka lagi!

"Saya cakap saya tak nak tu tak naklah! Awak tak faham bahasa ke apa? Dahlah datang rumah orang terus main tarik-tarik.Tak payah datang pun lagi baguslah!" opsss.. Aurell menggigit bibirnya.Terlepas cakap!

Wajah Riyadh serta merta berubah.Semakin merah wajah lelaki itu.Rahangnya diketap kuat.Lengan Aurell ditarik kembali.

"Saya cakap masuk kereta sekarang!"

Namun Aurell masih menolak.Dia sedar ada beberapa pasang mata sedang memandang ke arah mereka sekarang ini.Dah tak pasal-pasal mereka jadi tumpuan orang pulak.

"Ehh.. kenapa ni bising-bising? Ad? Ell? Ada masalah ke?" soal Ain yang terkocoh- kocoh keluar dari rumah.Dia tengah memasak kat dapur.Bila demgar bunyi bising dekat keluar,tu yang terus dia keluar.

"Saya nak bawak isteri saya balik", kata Riyadh.Tegas jugak walaupun dengan Ain.

"Ohh.. Ell,pergilah ikut suami kau tu",

"Tak nak!"

Berdesing telinga Riyadh.Dah jadi macam ni pun masih nak berkeras?

"Aurell Latisha! Masuk dalam kereta sekarang.Jangan paksa saya untuk berkasar dengan awak!"

Nak tak nak,Aurell terpaksa jugak akur.Lagi-lagi apabila melihat semua mata memandang ke arahnya sambil menggeleng kepala.Tak pasal-pasal dia jugak yang nampak jahat sekarang ni.

"Eeiii! Serabutlah awak ni!" marah Aurell sebelum dia masuk ke dalam kereta.

*Happy New Year!! And welcome back to school🎆💖

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now