17📏

3.7K 240 103
                                    

Beberapa hari kemudian, Jungkook dan Yoonjae sudah pun berpindah ke rumah baru mereka. Barang-barang juga sudah dipindahkan ke situ. Mereka berdua pula kembali bekerja seperti biasa.

"Aduhh..." Jungkook merintih sakit sambil memicit kepalanya yang terasa pusing dan berdenyut itu. Matanya dipejam rapat.

Masa kerja ni lah dia nak sakit.

"Encik okey? Encik sakit ke?" Sujin masuk ke bilik office Jungkook dan melihat Jungkook yang duduk di kerusinya.

Sujin mendekati Jungkook dan melihat muka Jungkook yang sedang menahan sakit itu.

"Kepala saya sakit." kata Jungkook.

"Sakit sangat ke? Encik nak pergi klinik? Saya boleh hantarkan." kata Sujin dengan riak muka sedikit risau.

"Tak apa, tak perlu. Awak ada ubat tak? Panadol ke apa ke..?" Jungkook buka matanya dan melihat Sujin yang sedang berdiri di hadapannya.

"Ada. Sekejap ya?"

Jungkook mengangguk dan Sujin terus berjalan keluar dari office Jungkook untuk dia mengambil ubat kepada Jungkook.

Beberapa minit kemudian, Sujin kembali bersama segelas air kosong di tangannya berserta ubat untuk diberikan kepada Jungkook.

"Nah, encik." Sujin terus berikan kepada Jungkook.

"Thanks." ucap Jungkook sebelum dia menelan dua biji ubat dan minum air kosong tadi hingga habis.

"Encik nak saya bagitahu Tuan Jeon yang encik tak sihat? Encik boleh balik rehat dekat rumah lepas ni."

Jungkook sekadar mengangguk dan kembali picit kepalanya yang masih lagi terasa sakit dan pusing.

Sujin hanya senyum tipis dan keluar dari office Jungkook semula untuk dia berjumpa dengan Tuan Jeon.

—————

"Papa minta maaf sebab tak boleh hantar Kook pergi klinik. Papa ada kerja tadi kena siapkan cepat jadi papa suruh Sujin je memandangkan dia tak ada kerja." kata papa melalui panggilan telefon.

"It's okay, pa. Kook faham." balas Jungkook.

"Nanti Kook dah sampai rumah rehat cukup-cukup tau?"

"Okey, pa."

"Baik. Pesan kat Sujin hati-hati drive."

"Ya." kata Jungkook kemudian dia tamatkan panggilan. Dia bersandar dan terus pejamkan matanya.

"Encik tidurlah dulu. Nanti dah sampai rumah encik saya kejutkan." kata Sujin sambil fokus memandu.

"Maaf dah susahkan awak." kata Jungkook.

"Eh tak adalah. Encik tak susahkan saya pun. Ni pun dah jadi tanggungjawab saya sebagai assistant encik kan?"

"Ya tapi saya rasa saya dah susahkan awak. Maaf lagi sekali."

"Encik tak payahlah cakap macam tu. Dah memang kerja saya macam ni." kata Sujin kemudian dia senyum.

Jungkook hanya diam dan mengeluh kecil.

"Nanti dah sampai rumah encik rest cukup-cukup. Kalau encik perlukan apa-apa encik boleh bagitahu saya."

"Baik. Terima kasih."

Sujin hanya tersenyum. Hatinya berasa gembira kerana dapat membantu Jungkook.

—————

"Jungkook tak balik lagi ke?" aku bertanya sendirian sambil masuk ke dalam rumah.

Takkan laki aku tak balik lagi? Biasanya pukul 7 macam ni dia mesti dah ada dekat rumah. Tapi sekarang kereta dia pun tak ada.

Hmm kejap lagi dia baliklah tu. Yang penting sekarang aku nak mandi lepas tu nak rehat sebelum masak untuk makan malam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now