12📏

4.3K 265 49
                                    

"Haish Jungkook ni tak reti balik lagi ke?" aku bercakap sendirian sambil melihat jam pada telefon yang sudah menunjukkan pukul 8 malam.

Aku ni dah lah tengah lapar. Mama pulak suruh tunggu Jungkook dengan papa balik baru boleh makan malam sekali.

Huwaaa baliklah cepat, Kook! Isterimu tengah kelaparan yang teramat sangat ni gara-gara menunggu mu pulang dari kerja.

Aku berdecit dan turun daripada katil. Aku bawa sekali telefon aku untuk turun ke tingkat bawah. Nak tengok mama tengah buat apa.

Aku pegang tombol pintu dan terus buka pintu tersebut.

"Oh mak!" aku terus terkejut apabila buka saja pintu, kelibat Jungkook ada di depan mata sambil tengah pandang aku. Aku sentuh dada aku dan bernafas dengan elok semula.

Dia ni kang ha.

"Bila awak balik?" aku pandang dia yang tengah pandang aku sambil tersengih macam tak buat salah apa-apa.

"Baru je saya balik." jawabnya sambil mulut dia masih lagi senyum.

"Kenapa hari ni balik lambat? Dahlah tak bagitahu saya. Tahu tak saya lama tunggu awak balik? Saya ni dah lapar tau?"

"Kalau awak lapar kenapa tak pergi makan? Kenapa awak tunggu saya balik?" Jungkook bertanya dengan muka blur dia.

"Mama suruh saya tunggu awak dengan papa balik lepas tu baru boleh makan."

"Aik? Kenapa tak makan dulu? Kenapa nak kena tunggu jugak?" soalnya lagi.

Aku mengeluh perlahan dan pandang muka dia yang memang nampak blur tu.

"Mama suruh tunggu awak dengan papa balik sebab mama nak kita makan malam sama-sama. Kalau saya makan dulu nanti kita tak boleh makan sama-sama pulak." kataku.

"Boleh je makan sama-sama kalau awak dah makan. Awak makanlah dua kali." kata Jungkook kemudian sengih.

"Banyaklah awak. Nanti kalau saya gemuk macam mana?" aku berpeluk tubuh.

"Gemuk ke kurus ke itu masalah badan awak. Yang penting sekarang ni awak tak nak bagi saya masuk ke? Nanti kalau mama dengan papa nampak saya berdiri kat luar bilik ni dia cakap saya dengan awak bergaduh pulak."

Aku pandang dia yang masih berdiri di luar bilik.

"Biarlah kalau mama papa ingat kita gaduh. Biar dia tahu yang saya tengah sakit hati dengan suami bendul saya ni."

"Awak sakit hati dengan saya?" Jungkook tanya dengan nada suara dia yang berubah menjadi perlahan.

"Ya, saya sakit hati dengan awak."

"Kenapa?"

"Sebab awak balik lambat dan biarkan saya kelaparan."

"Tapi tadi saya dekat office ada kerja sikit sebab tu saya balik lambat. Apa kena mengena saya biarkan awak kelaparan pulak? Saya bukannya dekat rumah."

Aku terus tepuk dahi aku setelah mendengar kata-kata Jungkook. Aku ni nak marah terus tak jadi nak marah.

Tapi tu lah.

Ada suami bendul macam ni memang rasa macam nak marah tiap hari tapi tak boleh. Jungkook terlalu comel untuk dimarah.

"Malas betul saya cakap dengan awak ni. Masuk jelah."

—————

"Yoonjae." papa memanggil.

Aku selesaikan satu suapan aku kemudian aku pandang muka papa.

"Ya, pa?"

"Yoon kerja jadi lecturer dah berapa lama?" soal papa kemudian dia tersenyum.

"Urm..taklah lama mana tapi dah 3 tahun Yoon jadi lecturer kat situ. Kenapa papa tanya?"

"Yoon tak ada niat nak berhenti? Duduk rumah temankan mama memandangkan Jungkook pun dah ker–"

"Apa awak ni? Biarlah Yoon nak kerja. Kenapa nak suruh dia berhenti pulak?" mama mencelah.

Aku hanya diam dan makan dengan perlahan sambil mendengar papa dengan mama berborak.

"Saya bukan paksa dia berhenti. Saya cuma bagi cadangan dekat dia sebab awak sorang dekat rumah kan? Kalau Yoon berhenti, adalah juga peneman awak."

"Tapi takkan lah sebab nak teman saya je Yoon kena berhenti kerja. Biarlah Yoon kerja. Saya okey je dekat rumah sorang-sorang."

"Ha, saya ada cadangan lain tak nak bagi awak sunyi dekat rumah." kata papa dengan sedikit perasaan teruja.

"Apa dia?"

"Cucu."

Terus tersembur Jungkook dekat sebelah aku. Member tu tengah sedap makan lepas tu dengar perkataan 'cucu' pulak dari bapak dia auto tersembur balik makanan.

Aku usap-usap belakang dia dan ambil segelas air untuk bagi dia minum.

"Terus tersembur ya, Kook?" papa pandang anak lelakinya kemudian ketawa.

Jungkook selesai minum dan ketawa kekok kemudian dia sambung balik makan makanannya.

Apa-apa hal, makan dulu guys.

"K-kalau dah sampai waktunya, adalah cucu untuk mama dengan papa." kataku kemudian tersengih terpaksa.

Aduhh. Mama dengan papa ni terdesak sangat ke nak cucu?

"Tak apa, Yoon. Mama tak kisah pun kalau ada cucu ataupun tak. Yang kisahnya ni papa." mama cuit lengan papa.

"Eh mestilah saya kisah. Orang tua mana je yang tak mahu cucu?"

Aku diam dan mengeluh perlahan.

Dorang ni memang nak cucu sangat ni.

—————

"Yoon? Awak dah tidur ke?" Jungkook bersuara perlahan dan melihat isterinya yang sedang baring di sebelah.

Yoonjae hanya diam tidak membalas. Itu bermakna Yoonjae sudah tidur.

Jungkook mengeluh dan matanya memandang siling. Fikirannya mula berfikir tentang apa yang papa dan mama dia katakan waktu makan malam tadi.

"Kook."

Jungkook sedikit terkejut setelah mendengar suara dari Yoonjae. Lantas dia menoleh semula memandang isterinya yang tiba-tiba terjaga.

"Eh? Awak belum tidur?" soal Jungkook.

"Saya mimpi sesuatu lepas tu saya terus terjaga." kata Yoonjae kemudian dia bangun daripada baringnya. Dia duduk kemudian menggosok perlahan matanya.

"Awak mimpi apa?" soal Jungkook lagi kemudian dia juga turut bangun daripada baring. Dia duduk menghadap Yoonjae dan muka isterinya dipandang.

"Saya mimpi saya pergi tempat cantik dengan awak."

"Ooo lepas tu macam mana awak boleh terjaga?"

"Saya terjaga sebab mama dengan papa muncul dalam mimpi saya lepas tu dorang macam marah-marah sebab tak bagi dorang cucu." kata Yoonjae kemudian dia ketawa.

Punya teringat sampai terbawa ke mimpi.

"Mama dengan papa marah awak?" Jungkook bertanya dengan sedikit serius.

"Iya." Yoonjae mengangguk.

"Bila? Kenapa saya tak tahu pun sebelum ni?" Jungkook semakin serius.

"Mama dengan papa marah saya dalam mimpi saya tadi lah, Kook. Bukannya dekat real life. Kan saya dah cakap tadi dalam mimpi."

"Yeke? Awak ada cakap ke?" Jungkook sengaja buat-buat lupa supaya nak nampak lagi yang dia bendul.

"Tadi saya ada cakaplah. Awak ni mamai ke?"

"Tak. Saya tak mamai." Jungkook menggeleng.

"Habis tu?"

"Awak nak anak?"

Yoonjae terus terkedu mendengar soalan yang tiba-tiba dari Jungkook.

(OG) Suami Lurus Bendul | Jungkook BTSWhere stories live. Discover now