27- Pujaan Hati

10 2 0
                                    

Aku pening memikirkan
Keliru dengan hati sendiri
Yang selalu berbisik
Kadang berbalik
Kemarin bisik membenci
Harini berbisik rindu.

Hati aku mulai lelah
Dia terkadang bermain di fikiran
Keliru tersangat keliru
Aku cuba membuang dia
Aku rasa yang aku berjaya.

Tapi kenapa masih ada rindu
Yang bergolak di hati
Selalu membuat aku menangis
Lalu menyalahkan takdir.

Terpaksa
Ya aku terpaksa
Untuk melepaskan dia
Kerana hakikatnya
Aku tak mungkin memiliki dia.

Pujaan HatiWhere stories live. Discover now