33 | BUKU WAHYU

1.6K 79 0
                                    

Hujan semakin lebat. Wahyu meniarap di atas katil. Rambut lurus paras bahunya menutupi sebahagian dahinya yang jendul. Tangan kanannya memegang telefon yang dijadikan lampu suluh. Tangan kirinya pula menyelak mukasurat buku yang gigih dihabiskannya malam ini juga.

Minggu ini saja sudah dua kali bekalan letrik terputus di rumah Arwah Opah. Wahyu tak ralat kalau tiada karan di waktu siang — dia boleh saja keluar ke pekan sejam dua membeli barang-barang dapur. Tapi kalau malam buta, mahu tak mahu, digagahkan juga melawan perasaan cuak.

Tiba-tiba mukasurat bukunya basah. Setitik. Dua titik. Haih, rumah kampung memang begitu, kalau kayu tak dimakan anai-anai, bumbung pula yang bocor. Tiga titik. Empat. Wahyu mendongak, tangannya menyuluh dengan telefon.

Dan dia ternampak kelibat berambut panjang berbadan kurus bertenggek di palang kayu bumbung, lidahnya terjelir dan air liurnya menitik-nitik jatuh.

#certotCP 2حيث تعيش القصص. اكتشف الآن