5.

167 24 0
                                    

Keesokkan harinya, aku menunggu Namjoon di luar pintu rumahnya. Semalam, dia beritahu aku yang dia mahu aku tunggu dia.

Semalam

" esok kau tunggu aku. " Namjoon letak sudunya ke atas meja, matanya yang tajam memandang aku.

" Tak mau. " dan dalam sekelip mata, mangkuk yang aku sedang guna di rampas dariku. Aku buat muka pelik.

" aku yang masak, kau yang makan. " dia cakap dengan tegas. He-eh dia ni..

" kau masak dalam rumah aku, aku makan lah. " aku cuba rampas balik mangkuk aku dari tangannya. Dia hanya menghulurkan mangkuk itu lebih tinggi. Jahanam-

" oh jadi kalau orang tengah ber*tuuut* dalam rumah kau, kau join lah? "

" WOI! "

Tamat Flashback

Jadi, semalam kita gaduh dan dia menang. Dia suruh aku tunggu dia sebelum pergi ke sekolah. Leceh ah...

Kedengaran bunyi pintu gate dibuka membuatkan aku menegakkan kepala. Di situ aku nampak Namjoon tengah kunci pintu besi itu dan aku cepat-cepat larikan ke arah dia dan tarik baju dia.

" cepatlah.. Nanti lambat! " aku merungut, menarik lengan bajunya dengan kuat. Dia hanya hampir sempat mengunci rumah sebelum aku tarik dia dengan sepenuh tenaga.

" ish, jangan la tarik-tarik! Nanti aku jatuh! " plastik di tangannya dihulurkan ke arah aku. Aku berhenti dan menerima bungkusan itu dengan muka yang keliru. " tadi aku buat bekal, ada bahan lebih sikit jadi aku buat lah untuk kau sekali. "

Aku tersenyum terlalu lebar dan memeluk bungkusan itu rapat ke dada. Skarf merah yang dibelit di leher aku guna untuk menyembunyi muka dari dia.

" wow thanks.. " aku ucap dengan suara kecil, " dah, jom cepat lari. Nanti kena tinggal bas. "

- Di sekolah -

" sesiapa kat sini ahli kelab seni? " Park Jihyun, seorang daripada ahli kelab seni datang ke kelas kami, rambutnya terpacak bagaikan sarang burung.

" Jihyun-ah, " aku panggil sambil mengangkat tangan. Hanya aku seorang yang ahli kelab seni di kelas itu. Dan aku juga penolong dalam kelab itu. waduh waduh..

" Mini! tu dia kau. Dari pagi tadi aku cari kau. " Dia berjalan ke arah aku dengan beberapa helai kertas. Aku mengangkat kening, apehal ni?

" Pn.Song suruh kau bagi kertas ni dekat budak baru kelas kau, " dia menghulurkan kertas itu dekat aku. Aku merampasnya dan membaca isi-isinya.

" APAKAH? " aku menjerit, hampir satu kelas menoleh ke arah aku. Aku hanya menjeling ke mereka dan mereka mengalihkan pandangan mereka dengan cepat. " Dia nak join sekali?? aish, mana boleh.. "

" boleh ada dekat cikgu sebab cikgu yang terima dia. Dah, bagi je kat dia. " Dengan itu, dia cepat melarikan diri dari kelas itu dengan mengucap terima kasih kepada aku dan ketua kelas. Dan panjangnya umur dia, Namjoon tiba di pintu.

" Siapa tadi tu? " dia tanya murid perempuan yang berada berdekataan tetapi murid itu hanya menggelabah untuk menjawab.

Aku dengan perasaan tidak puas hati, menolak kerusi ke belakang dengan kuat sehingga ia terjatuh. Aku memandang Namjoon dan meluru ke arah dia. Dia dengan panik cuba melarikan diri, tetapi aku sudah tarik baju dia.

" Kau... " aku mula, " Kau tak boleh masuk kelab seni. " Aku bercakap dengan tegas, mataku tajam menjeling dia.

" K-kenapa pulak dah? " Dia tergagap semasa bercakap dengan aku. Kelihatan kakinya menggigil hendak melarikan diri.

" sebab kelab ni aku punya! " aku teriak di muka dia. Namjoon hanya mampu untuk memberi pandangan, " Kelab ni hanya untuk aku dan-wOAH "

Tiba-tiba aku diangkat dari bahuku, eh?

" dah la tu, ape gaduh-gaduh ni? " suara garau seseorang membuatku terbeku. Kelihatan rambut berwarna hitam dan kulit seputih snow white membuatku terpaku.

" Yoongi-oppa? " aku menyuara, masih diangkat di bahu orang tua- eh silap, senior aku. Dia hanya memberiku pandangan yang tajam dan aku menggigit bibir untuk tidak menyuara lagi.

" Min Yora dan ... budak baru..? " dia menyoal sebelum sambung, " kamu berdua telah mengganggu semua orang waktu rehat. "

" tapi kita kat kelas sekarang ni-- " Namjoon bersuara.

" shhh, shaddap you. " Yoongi menolak jari dia ke bibir Namjoon dan menariknya balik sambil menyuara perkataan ' ew '. " Ada budak-budak panggil aku suruh jaga penolong aku. Kau nak join kelab seni? "

" yea, tapi si kecil ni tak bagi. " Namjoon memberi aku senyuman sinis. Aku menendang kakiku ke hidungnya tetapi dihentikan oleh Yoongi.

" Dah sign paper-paper tu? " Yoongi soal, mengambil kertas di atas lantai bersama aku di bahunya. Namjoon menggeleng kepalanya dan Yoongi menyerahkan kertas itu balik ke Namjoon. " Esok bagi kertas ni kat aku, kalau Yora cuba nak ambik, bagitau aku. "

Dan dengan itu, aku pun diletak di atas lantai kembali. Aku memandang wajah Yoongi dengan perasaan tidak puas hati. Dia kembalikan pandangan itu.

Min Yora dan Min Yoongi. Adik beradik? bukan. Sepupu? Bukan. Hanya dua orang yang nama bapak sama tapi haram bapak tak sama langsung. Banyak orang akan keliru walaupun rambut dah sama colour. Tapi apa kena mengena rambut dengan siapa keluar dari mak siapa? ish, dah la.

" Mini, jangan kacau member baru kita dah. " Yoongi bersuara sebelum berpusing dan berjalan balik ke kelas dia. Namjoon mengambil kesempatan untuk melarikan diri semasa aku tengah menjeling ke arah Yoongi. Aku dengan perlahan-lahan masuk balik ke dalam kelas, kepala menunduk.

Ye ke dia takde kene mengena dengan ibu bapak aku?

Si Kecil & En.Tiang LampuWhere stories live. Discover now