4.

179 28 1
                                    

" Saya dah balik... " aku menyahut kepada sesiapa yang di dalam apartment aku. Malangnya, ia masih kosong. Aku mengeluh, meletakkan beg galasku di atas sofa dan melabuhkan punggung ke lantai.

Meow.

Ringtone telefonku berbunyi. Aku mengeluarkan telefon Apple itu dan membuka kata kunci. Kedengaran bunyi meow tanpa henti menjengkelkan aku. Aku membuka Whatsapp dan membaca apa yang ditulis.

Ish, kenape la dia pi add mamat tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ish, kenape la dia pi add mamat tu. Bisik hatiku. Aku pergi ke setting dan mute group itu. Malas nak layan.

Meow.

Aku melompat, mataku berpaling ke arah telefon. Aku pun check tetapi tiada sesiapa yang mesej di group itu dan aku dah mute semua. Jadi...

" Meow... " kedengaran bunyi seekor kucing mengiau di balcony aku. Lembaga kucinh mana petang-petang ni..

Aku dengan perlahan-lahan, berjalan ke arah balcony aku, menarik tirai yang melindungi cahaya matahari dan pintu keluar. Kedengaran kucing misteri itu sambung mengiau membuatku lagi takut. Seram..

Tiba-tiba, aku terasa benda yang berbulu menggeselkan dirinya di kaki aku. Aku terkejut, melompatkan diri aku kebelakang dan menjerit,

" Mak mak kau hijau-- " tanganku di posisikan macam aku mahu cari gaduh. Kucing putih itu hanya menyengetkan kepalanya, pelik akan kelakuan aperlahan, terasa lega kerana tiada orang di sekeliling untuk mendengar melatah aku.

Aku mendekati kucing putih itu, mengangkat dan memeluknya dan ia pon menggeselkan kepalanya ke leherku. Aku tersenyum kecil,

" manjanye.. Kau datang dari mane? " aku menyoalnya, tidak mengharapkan apa-apa jawapan.

" dia datang dari sini. " suara yang garau menjawab soalan aku. Kepalaku menoleh ke arah suara itu dan mataku membulat.

" KAU! " aku menjerit, menunjukkan satu jari ke arahnya. Dia terkejut akan jeritan aku yang secara tiba-tiba. Kenapa dia kat sini? Takkan dia duduk sebelah kot?

" uh... Hi? " Namjoon berkata dengan perlahan, menggaru kepalanya yang tiba-tiba gatal. " boleh tak awak pulang balik kucing saya? " dia minta dengan nada yang sopan.

" ni kucing kau?" aku menyoal, mengusap leher yang gebu kucing itu. Dia hanya menganggukkan kepalanya. Pegangan aku kepada kucing itu mula menjadi erat, " mana bukti? "

" bukti dia, " dia berhenti, " ni. " dia menunjukkan gambar dia dan seekor kucing yang rupanya sama dengan kucing putih di tangan aku. Aku mula mencebik bibir. Aku sudah malas nak gaduh, so aku lepaskan kucing itu dan dia melompat ke arah lelaki itu.

" lain kali jaga elok-elok. Kalau dia masuk lagi ke dalam apartment ni, aku tak bagi dah. " aku menyuara dengan tegas. Aku memusingkan tubuhku untuk meluru balik ke dalam rumah itu tetapi di berhenti oleh mamat tu lagi.

" er... Oi, " dia menyahut kepadaku, " kau nak tak makan dengan aku? "

Eh?  Mataku membulat. Dah gila ke mamat ni? Tersedut bulu kucing ke? 

" tak lah pape.. Aku cuma.. " dia berhenti, menoleh ke arah taman yang berada di bawah apartment itu, " aku nampak plastik sampah kat luar pintu rumah kau.. Banyak sangat makanan ringan.. Kau duduk sorang-sorang eh? "

" ha-ah. " aku menjawab dengan selamber, " mak bapak aku suruh aku duduk sorang-sorang. " aku melabuhkan punggung ke lantai, belakangku disandarkan ke dinding balkoni itu.

" mereka buang kau lah maksudnye? "

Aku sentap. Tak pernah aku fikir yang mereka sanggup buang anak perempuan mereka sendiri. Dari hari pertama aku beritahu diri aku yang ini hanya cara mereka mendidikku untuk menjadi lebih berdikari. Tapi aku tahu, yang maksud sebenarnya adalah sama dengan apa yang dikatakan oleh lelaki ini. Realitinya sangat pahit. Terlalu pahit.

" dahlah. Aku nak masuk, nak mandi. " aku berdiri dan masuk ke dalam rumah. Aku rasa cam nak nangis ." makan lah kau. Tak payah nak risau pasal aku. Aku tau camna nak jaga diri. " aku beritahu dia dengan tegas, tetapi mataku sudah berair.  Tanpa perkataan apa-apa, aku meluru ke dalam bilik dan menutup pintu dengan kuat.

Aku menutup mulutku dengan tangan, percubaan untuk tidak melepaskan tangisan yang hampir mengalir. Nafasku sesak dan aku terasa air mata jernih mengalir dari mataku.

Kenapa.. Kenapa dia mesti mengingatkan aku dengan peristiwa tu? Bisik hatiku. Tubuhku melabuh ke lantai. Tangan masih di mulut untuk mendiamkan tangisan aku. Pada saat itu, aku terdengar bunyi ketukan pintu. Aku biarkan.

Tok tok tok

Aku biarkan lagi

TOKTOKTOKTOKTOKTOKTOKTOK-

Astaga.

Dengan lemah, aku membuka pintu bilik sambil mengelap mata. Aku berjalan ke arah pintu masuk dan bukanya dengan perlahan.

" tak reti bagi salam ke? " aku memarahi orang di sebalik pintu itu dengan lemah. Tetapi aku terdiam apabila aku nampak Namjoon bersama beg plastik dari market.

" Tepi-tepi, berat tau tak benda ni. " dia menolak tubuhku dengan kuat tapi tak mencederakan aku. Aku hanya mampu untuk memperhati dia dengan muka yang keliru.

" woi, kau buat ape ni? " aku tanya dia apabila dia meletakkan barang-barang dapur itu ke kaunter di dapur. Aku dapat cam apa yang ada di dalam plastik-plastik tersebut.

" for your advice, aku pon dok sorang-sorang. Jadi daripada kita tinggalkan satu dan satu, lebih baik kita tambah jadikan dua. " dia senyum ke arahku. Mukaku tiba-tiba berasa panas dan aku menoleh ke arah lain. Ayat dia bunyi lain...

" buat la ape-ape kau nak.. Aku tak kisah dah.. " aku berjalan balik ke ruang tamu dan menjatuhkan tubuh ke sofa. Aku dapat mendengari bunyi ketung-ketang di dapur dan hanya mampu untuk mengeluh. Reti ke mamat ni masak.

Tapikan...
Lamanye aku tak dengar bunyi bising sikit kat rumah ni..
Aku memperhatikan tubuh di dalam dapur itu bergerak untuk membuat makan malam. Macam suami orang.

Aku tersenyum.

Si Kecil & En.Tiang LampuWhere stories live. Discover now