3.

214 27 3
                                    

Jejaka tinggi itu menurunkan kepalanya, tanda hormat kepada semua murid di kelas itu.

" Annyeonghaseyo. Name saya adalah Kim Namjoon. Selamat berkenalan. "

suaranya yang dipenuhi dengan sifat sopan memikat hati setiap gadis di kelas itu. Kecuali aku. Mataku naik turun dari kepaladia ke kasut converse merah dia. Aku mula menjeling.

Mamat ni tinggi sangat. Aku tak suka. Bisik hati kecilku. Namjoon perasan tenungan tajamku dan hanya balas balik dengan senyuman yang boleh membuat gadis mana-mana pengsan dengan ketampanan dia. Aku memusing kepala ke arah tingkap, hatiku bergetar. Hm.. Aku betul-betul tak suka dia.

Loceng sudah berbunyi, tandanya sudah rehat. Aku menunggu kawan-kawanku di luar kelas sementara mereka mengemas meja. Aku sudah pun mengemas mejaku dari awal lagi.

" Jagiya~! " kedengaran suara seorang jantan melurukan diri di koridor membuat aku mengeluh. Aku mula mengira,

1..
2..
3..

" Oppa~! " Minhyung meluru keluar kelas, tangannya sudah sedia untuk memeluk lelaki itu. Mereka berdua melompat sambil menjerit. Aku mengeluh dengan kali kedua.

" Woi, korang nak kena tangkap ngan cikgu lagi ke? " aku menjeling tajam dekat arah kekasih dua pasang itu. Mereka tidak menghiraukanku dan masih lagi berpelukan di depan kelas.

" lek ah, Yora-ssi. Dah lama aku tak jumpa Jagi aku. " dia mencium pipi Minhyung, membuatkan muka gadis itu merah padam.

Kim Taehyung adalah senior kami dan juga kekasih Minhyung. Taehyung dan Minhyung adalah sepasang yang tidak kisah akan orang sekeliling bila mereka berdua. Gelagat mereka berdua mampu membuat kami gelak, tapi kadang-kadang mereka terlebih.

" Dahlah, rasa nak muntah lak tengok korang sweet sangat cam ni. " aku menolak tubuhku dari dinding yang aku sandar. Aku baru sahaja mahu membuka langkah sebelum aku dilanggar oleh seorang yang berdada batu.

Rasa-rasa orang ni hati batu tak? Bisik hati aku lagi. Aku merungut kesakitan, membela dahi aku yang sudah mula menjadi merah. Aduh, pening pulak kepala ni.

" Sorry!!  Sorry aku tak nampak kau tadi! " suara lelaki itu panik, menarik badanku dengan perlahan supaya tidak mencederakan aku lagi. Dia mula mengusap dahiku yang sudah merah menyala dengan baik.

" kau nak mati ke? " soalku dengan nada yang menakutkan. Mataku sudah menjeling ke arahnya.Kepalaku ditegak ke atas untuk memandang dia di mata. Aku baru perasan, bila lagi dekat macam ini, dia lebih tinggi. Kepalaku hanya paras dada dia. Itu membuatkan aku lagi bara.

" e-eh.. " dia cepat-cepat melepaskan tubuhku, badan langsingnya mula bergetar dengan tenungan tajamku. " a-aku mintak maaf.. Aku tak perasan. " suaranya perlahan kerana ketakutan. Jika situasi ini dilihat dari jauh, ia agak lawak kerana lelaki bermuka ganas tapi hensem itu sedang bergetar kerana seorang perempuan yang 2 kali lebih kecil dari dia.

" Dah la tu , Yora!  Dia dah mintak maafkan!? " kedengaran suara seorang perempuan menengking aku dari jauh membuatkan aku mengalihkan pandangan aku ke arah perempuan itu. Perempuan itu dan juga 4 kawan sekelilingnya mula merendahkan kepala.
" N-namjoonie kata dia tak nampak kau kan? M-maafkan je la.. " seorang lagi menyuara dengan nada yang pelahan.

Aku mula mendekati mereka.Tanganku digenggam menjadi penumbuk, sedia untuk melayang ke muka perempuan itu.
" Dah, dah! " badan aku dipeluk oleh seseorang jejaka dari belakang. " Tak baik gaduh tau? Nanti muka berkedut, berluka pastu tak cantik. " lelaki itu sambung. "

Aku menoleh perhatian ke arah lelaki itu, api yang membara di hatiku cepat sahaja mati begitu. Jejaka ini sahaja yang boleh melembutkan hatiku dengan begitu cepat.

" Hoseok... " Aku membisik, badan menjadi lembik apabila aku perasan posisi kami. Mukaku menjadi merah padam, cepat-cepat aku menolakkan diriku jauh daripadanya, menutup muka dengan tanganku. " K-kau buat apa ni?? "
Hoseok hanya tersenyum dengan manis di arahku sebelum menyuruh murid-murid yang telah berkumpul kerana pergaduhan kami tadi untuk pergi rehat.

Jung Hoseok, rakan sekelas dan ahli pengawas sekolah. Lelaki yang berhati lembut ini telah membuatku jatuh cinta dengannya sejak pada hari pertama aku jumpa dia. Senyuman dia, rambut dia, gelak ketawa dia. Semuanya boleh menggetarkan tulang rusukku. Dia adalah seorang yang peramah dan baik hati. Dia suka membuat orang disekeliling gelak.

" Awak okay ke? " dia soal dengan nada yang lembut, memeriksa diriku jika ada tercedera mana-mana. " Kenapa dahi tu? " Dia menekam pipiku untuk lihat dahiku dengan lebih jelas. Muka aku menjadi lebih merah.

" tak pape.. Terhantuk kat dinding je.. " aku menjawab dengan perlahan, mata berpaling ke arah benda lain selain daripada dia. Kedengaran seorang acah-acah batuk mengambil perhatian kami.

" Aku lah dinding tu. " jawab Namjoon dengan selamba, mendirikan dirinya di sebelah kami. " aku tak perasan ada orang tadi.. "

" aku tau, sebab dia pendek kan? " cakap Hoseok dengan nada bergurau. Aku memukul tanganya kerana geram.

" Jahat! " aku menyahut, menjeling ke arah dia. Tetapi jelinganku tidak tahan lama apabila aku nampak tubuhnya melompat apabila dia ketawa. Wah... Comelnye..

" dah la tu, korang pi la rehat.. Nanti tak sempat beli benda makan. " Hoseok menghalau kami dengan lembut, masih lagi tertawa kecil.

" aku tengah tunggu kawan.. Pi la dulu.. " aku melipat tanganku di depan dadaku, kembalikan diri di depan pintu kelas. Aku menyandar balik di dinding, muka mengantuk aku kembali.

" aku tak tau mana kantin.. " cakap Namjoon dengan nada malu. Hoseok tersenyum dan membelit lengannya di leher Namjoon.

" Tak pe, Jom pi same-same. " kata Hoseok. Mereka pun mengedar daripada koridor itu, meninggalkan aku untuk memandang belakang mereka yang sudah mengecil.

Mamat tu... Aku tak boleh lepaskan dia camtu je..

Si Kecil & En.Tiang LampuWhere stories live. Discover now