part 11

2.6K 118 1
                                    


"Bangunlah.."

Tubuh Ayden digoncang kuat oleh Puan Anne.

"Ayden..cepatlah bangun.."

Dia menggeliat tapi tak ada tanda-tanda nak buka mata.Si Ayden ni kalau tidur memang susah sikit nak bangun.

"Ayden sayang..Cepatlah bangun.Papa dah tunggu dekat bawah tu."

Ishh..

Ayden merengus."Nak pergi mana ma?Ayden letih ni,nak tidur."

"Kan mama dah cakap kita nak pergi mandi dekat waterfall.Cepatlah bangun."

Pap!

Punggung Ayden puan Anne tampar kuat.

Adoi!

Dengan malasnya Ayden memaksakan dirinya untuk bangun juga.Terpisat-pisat dia turun dari katil.

"Mama ni..suka sangat memaksa.Kan Ayden dah cakap tak nak pergi.Ayden letih tau baru balik dari Jeju." Dia merungut.Tidak puas hati dipaksa pergi ke waterfall bersama keluarganya.

"Siapa suruh Ayden pergi sana?Ada mama suruh?Tak ada kan..Ayden sendiri yang gatal nak pergi sana."

"Mama dah plan kita sekeluarga pergi waterfall tu dari bulan lepas lagi dah.Mana boleh Ayden tak ikut."

"Kalau Ayden tak ikut,bukannya kering pun air sungai tu.Dia mengalir macam biasa jugak.Korang boleh jugak mandi."

"Memanglah air sungai tu takkan kering.."

"Dah tu?"

"Ish jangan banyak cakaplah.Cepat siap!Mama tunggu dekat bawah."

Ayden garu kepala yang tidak gatal.Kadang-kadang dia rasa kusut dengan perangai mamanya,suka sangat paksa dia buat apa yang dia tak suka.

Tu ajak pergi waterfall tu mesti ada yang dirancangnya,kalau tidak takkanlah beria-ia begitu.

****

Puan Anne tayang sengih bila Ayden menjelingnya tajam.Dia tahu Ayden marah.

Kata nak bercuti dengan family je,yang angkut jiran tertangga ni sekali dah kenapa?

"Cepatlah angkat barang-barang tu bawak ke tebing sungai sana." Encik Wills memberi arahan.

Ayden dengan perasaan terpaksa menurut perintah papanya.Muka dia dari tadi memang dah kelat jadi bertambah kelat bila dapat tahu keluarga Jane pun join sekali.

Lepas keluarkan semua barang-barang yang mereka perlu,Ayden mengurung dirinya didalam kereta.Dia tak nak turun,dia nak duduk dalam tu biar sejuk hatinya di tiup aircorn.

Tuk..tuk..tuk..

Cermin tingkap di ketuk dari luar.

Dia yang sedang khusyuk membelek henfon menoleh keluar.

Kelihatan Puan Anne memberi isyarat supaya dia turunkan cermin tingkap kereta mereka.

Ayden menurut saja.

"Yang duduk dalam kereta ni kenapa?Marilah turun..Tak baik tau buat perangai macam ni,nanti apa kata aunty Maria dengan uncle James pulak.."

Ayden merengus.Mahu tak mahu terpaksa jugalah dia keluar dari kereta.

Dia membawa dirinya ke tebing sungai dan duduk diatas sebuah batu besar.Telinga pula disumbatnya dengan earphone.

Ayden pejam mata.Merasa nikmatnya angin sambil dengar lagu dengan tenang.

Bila rasa tak selesa duduk dia mengalihkan posisinya kepada berbaring pula.Sejuk batu itu meresap ke dalam tubuhnya membuatkan dia rasa bertambah tenang dan lupa sekejap segala kekusutan dalam kepala.

***

"Jane.Jangan pergi ke tengah sangat,kamu tu dah lah tak tahu berenang." Laung Encik James dari tebing sungai.

Jane sekadar mengangguk.Suka dia bila dapat main air macam ni.Sejuk, nyaman.

Walaupun tadi hatinya terasa panas bila tengok muka Ayden.Tapi mujurlah lelaki itu tidak menegurnya.Mereka buat hal masing-masing.Si Devil tu pun macam tak ada mood je.

Ayden tidur atas batu.Jane main air dengan Micheal.Kedua-dua ibu bapa mereka pulak sibuk menyediakan makanan,apalagi kalau bukan bbq.

Bakar ayam,daging,udang dan sebagainya.Sekali-sekala dapat berkumpul macam ni memang seronok ditambah lagi hati berbunga riang nak satukan anak-anak mereka.

"Mama!!!" Micheal menjerit kuat dari tengah sungai sambil tangannya melambai-lambai.

Puan Anne toleh ke arah anak bongsunya."Kenapa Micheal?"

"Mama tolong.." Jerit Micheal lagi.Kali ini tangannya dia tunjuk menghala ke arah tengah sungai dimana Jane sedang terkapai-kapai."

"Jane!!!" Puan Anne menjerit.

Serentak dengan itu Encik James dan Encik Wills sudah berlari ke tebing sungai.Mereka masing-masing mahu menyelamatkan Jane.

Manakala Puan Maria pula sudah terjelepuk disisi Puan Anne.

Belum sempat Encik James dan Encik Wills ke tengah sungai,Ayden sudah terlebih dahulu terjun dari atas batu tempat dia berbaring tadi.

Ayden segera berenang untuk menyelamatkan Jane.Bila sudah tiba ditengah sungai dia tarik tubuh Jane ke dalam pelukkannya dan berenang semula ke tebing sungai.

Puan Anne dan Puan Maria segera mendapatkan Jane.

Gadis itu terbaring lemah tidak sedarkan diri.Muka Jane pucat seperti tidak berdarah.

"Jane..Jane..Buka mata sayang." Pipi Jane Puan Maria tampar lembut dengan air mata yang bergenang.

"Jane..Jane.." Kali ini Encik James pula memanggil nama Jane.Tapi gadis itu tidak memberi sebarang riaksi.

"Sayang..Bangun sayang,jangan buat mama risau..Bangun Jane.." Rayu Puan Maria dalam tangis.Dia tidak sanggup membayangkan bagaimana jika mereka kehilangan Jane.

"Tepi.Biar saya try buat cpr." Ujar Ayden.Dia duduk meluntut disebelah kanan tubuh kaku Jane.

Mulut gadis itu dibuka sedikit untuk melakukan bantuan kecemasan cpr.

Satu..

Dua..

Tiga..

Bangun Jane..Buka mata kau.Buka mata kau Jane..Kau tak boleh mati..Aku takkan benarkan kau mati..

Jane please..

Buka mata kau..

Buka mata kau

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Devil Boy Love StoryWhere stories live. Discover now