"Ell.. masuklah.Kami mintak diri dulu ya?" Aizat dan dua anggotanya terus pergi dari situ meninggalkan Aurell yang masih kebingungan.Tapi dia tetap melangkah masuk ke dalam bulat matanya melihat keadaan Riyadh yang agak teruk tu.

Tepi mata dan mulut lelaki itu lebam.Pada perut dan dadanya juga ada balutan.Teruk sangat ni.Dah kenapa pulak dia ni? Takkan kena samun lagi kut?

Aurell terus mengambil rekod kesihatan dan memeriksa keadaan suaminya sekarang ini.

Ditembak?! Macam mana pulak boleh ditembak ni?

Aurell duduk di sebelah Riyadh yang masih memejamkan mata.Tangan lelaki itu yang terdapat kesan luka disentuh lembut.Tengok lama-lama keadaan Riyadh ni buat dia rasa sebak pulak.Macam mana boleh jadi macam ni? Dulu ada kesan luka pisau sekarang ni pistol pulak? Ada sesuatu yang cuba disembunyikan Riyadh ke sekarang ni?

Sedang Aurell melayan perasaan,
Riyadh membuka matanya perlahan.
Terganggu lenanya tadi apabila terasa titisan air menitis di tangannya.
Sebaik sahaja matanya dibuka,bukan main terkejut lagi dia ketika melihat isterinya di sebelah sedang mengenggam erat tangannya.

"Ma.. macam mana awak boleh dekat sini?" soalnya hairan.Bukan ke aku hantar dia dekat rumah tadi? Macam mana boleh sampai sini?

Aurell terus menyeka air matanya.

"Apa jadi dengan awak ni? Macam mana awak boleh kena tembak? Siapa yang tembak awak?" soal Aurell berdas.Cukuplah Riyadh ditembak dengan dua das tembakan tadi.Ni tambah pulak berdas-das soalan isterinya.

"Err.. " Riyadh termati kata.Tak tahu nak tipu apa.Takkan nak cakap..

"Kena samun lagi?"

Riyadh pandang muka Aurell tak berkelip.Boleh tahan merah mata Aurell ni.Menangis ke? Kalau menangis,sebab apa? Aku tak mati lagi.

"Errr.. tak",

" Lepastu?"

"Saya.."

"Lagi satu,kenapa ada anggota Unit Tindak Khas dekat luar bilik awak tadi?" soalan Aurell membuatkan Riyadh cepat-cepat mengalihkan matanya ke pintu bilik.Tak ada pun?

"Diorang dah balik dengan Aizat tadi",

" Ohh.." Riyadh kembali pandang isterinya.Aduh,kenapa tiba-tiba aku jadi lembap pulak ni?

"Cakaplah.. kenapa awak kena tembak? Dulu awak kena pisau,hari ni kena tembak pulak.Siapa yang cederakan awak?" soal Aurell.Bibir tercebik sedikit sebab menahan tangisannya.Isteri mana tak sedih tengok keadaan suami macam ni? Luka sana sini.Kena tembak pulak tu!

Sekali lagi Riyadh tak berkelip pandang Aurell.Tersentuh hati lelakinya.

"Kenapa.. awak nangis?" okey! Bukan tu sepatutnya aku nak tanya tadi.

Aurell pantas menyeka air matanya.

"Saya sedih.."

"Sedih?"

"Saya sedih tengok awak macam ni.Macam mana boleh jadi macam ni? Janganlah buat saya risau!"

Riyadh tersenyum kecil.Nampak comel pulak tengok Aurell menangis ni.Lagi comel sebab dia nangis pasal aku! Hihi..

Tangan Aurell ditarik ke dalam genggamannya.Lalu air mata gadis itu yang masih bersisa diseka dengan ibu jarinya.

"Saya okeylaa.. cuma tercedera sikit je ni masa bekerja.Awak jangan risau,okey?" pujuknya lembut.

"Sikit? Dah kena tembak macam ni sikit awak cakap? Awak kerja apa sampai kena tembak?"

Riyadh diam.Dia melepaskan keluhan halus.Mugkin dah sampai masa dia berterus terang agaknya.

"Sebenarnya.. saya salah seorang dari anggota Unit Tindak Khas.Anggota UTK yang awak nampak tu,mereka tu pasukan saya.Aizat pun sama", terang Riyadh.

Aurell tidak berkelip.Wau! Jadi selama ni aku berkahwin dengan anggota UTK laa ya? Macam dalam filem J Revolusi tu? Fulamak!

"Masa saya tengah jalankan tugas saya malam tadi,tu yang saya ditembak", sambung Riyadh lagi.

" Ohh.. tapi kenapa baru sekarang nak bagitahu saya? Kalau awak tak masuk hospital malam tadi,belum tentu awak akan bagitahu saya,betul tak?"

Riyadh menarik sengih kecil."Sorry.. bukan saya tak nak bagitahu tapi keanggotaan kami ni sulit.Tak semua orang boleh tahu tau.Awak jangan bagitahu orang lain pulak",

Aurell tersenyum lalu mengangguk.
Bangga betul ada suami macam ni! Gagah!

"Jadi dulu yang kena samun laa bagai tu,tipu je laa ya?"

Riyadh tersenyum lalu kepala dianggukkan beberapa kali.Seketika kemudian,dia teringat sesuatu.Terus mukanya kembali berubah serius.

"Ni.. saya tanya awak pulak.Macam mana awak boleh ada dekat hospital? Siap sarung baju putih ni lagi.Bukan ke saya suruh duduk rumah?" soal Riyadh dengan kening sebelah terngkat.Aurell terus menayangkan sebaris giginya.

"Err.. saya bosan.Sebabtulah saya datang hospital.Lagipun bukan saya boleh buat apa pun dekat rumah sebab awak cakap awak balik lewat", Aurell bagi alasan.

" Oh,sebab saya cakap saya balik lewat tu bermakna awak boleh keluar rumah tanpa izin saya? Tak tahu ke hukum keluar rumah tanpa izin suami? Ke nak saya tolong bagitahu?"

Aurell menundukkan mukanya."Saya mintak maaf.Saya ingatkan awak sibuk dengan kerja sebab tu laa saya tak bagitahu awak", rasa bersalah pulak bila Riyadh dah sentuh pasal hukum-hakam ni.

Riyadh menggeleng perlahan kepalanya.Pipi Aurell dicuit lembut

"Lain kali kalau nak keluar mana-mana,bagitahu saya dulu.Bukan saya nak halang pun cuma sekurang-kurangnya saya tahu awak ke mana.Tak adalah saya risau cari awak tak jumpa", Riyadh memberi nasihat lalu kepala Aurell yang berlapik hijab itu diusap lembut.Aurell terus tersenyum mendengar nasihat berguna Riyadh.Haih.. lembut hati jugak Riyadh ni ya?

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now