Suraya mahu membalas,tapi bila terpandangkan Riyadh yang sedang memandang ke arah mereka,tak jadi terus.Dia terus bangun dan menarik lengan Aurell hingga ke luar pintu.

"Berani kau datang sini eh! Siapa suruh kau balik sini? Tak reti malu ke?" marah Suraya.Geram betul! Nasib baik ada lelaki handsome dalam rumah tu,kalau tidak memang dah dicekik-cekik Aurell ni!

Aurell masih bersahaja.Tahu sangat dah yang Suraya akan bertindak macam ni.Awal-awal lagi dia dah sedia.

"Aku nak malu apa? Aku tak bersalah dalam hal ni.Aku teraniaya dan aku difitnah oleh orang yang memang nak musnahkan hidup aku.Jadi tak ada sebab untuk aku nak malu", tenang Aurell menutur kata.Dia dah fikir semalam,dia tak bersalah jadi untuk apa dia takut untuk pulang ke sini? Biarlah orang nak cakap apa tapi dia tahu dia difitnah.Satu hari,kebenaran akan membela dirinya.

" Ek eh kau ni.. dah pandai menjawab ya! Aku tak kira,kau keluar rumah ni!" Suraya menunding jari ke pagar rumah.Tak ada sebab untuk perempuan ni tinggal bersamanya!

"Suka hatilah aku nak keluar ke tak.Lagipun aku takkan balik selagi aku tak uruskan hal dalam rumah ni.Maklong sakit tapi sepatah haram pun kau tak bagitahu aku.Kalau kau tak nak jaga dia,bagi aku.Aku akan jaga mak kau"

"Eh,perempuan! Itu mak aku jadi aku tahulah nak uruskan dia! Kau tak payah nak menyibuk boleh tak?" marah Suraya.Makin menyakitkan hati pulak perempuan ni!

"Kalau kau tahu nak uruskan dia,kenapa rumah ni macam kena langgar taufan? Kenapa maklong nampak tak terurus? Dan tadi kau pergi mana? Sanggup kau tinggalkan mak kau dalam keadaan dia sakit macam tu dengan pintu tak tertutup? Ini yang kau kata kau boleh uruskan rumah ni?" soal Aurell sedikit meninggi suaranya.Sepupunya ni banyak sangat naik lemak.Dia sebagai sepupu yang lebih tua dari Aurell,pantas beri nasihat.

"Hei! Kalau aku.."

Uhuk! Uhuk!

Perbualan dua gadis ini terhenti.Serentak mereka menoleh ke muka pintu.Di situ,Riyadh sedang berdiri dengan muka yang sedikit teragak-agak.

Err..  aku macam tak patut masuk campur je perbualan diorang tadi.Tapi kuat sangat berbualnya pun.Tu nak berbual ke nak mengaum pun tak tahulah.

Suraya yang melihat kehadiran Riyadh di situ,lantas memaniskan muka.Sampai naik meluat Aurell tengok.Tadi dengan dia bukan main menyinga lagi muka tu.Alih-alih bila suaminya datang,muka bukan main suci lagi!

"Abang nak apa? Kenapa batuk tu?"

Kepala lutut kau punya abang!

"Er.. ", nak bahasakan diri aku apa ya? Saya? Eeii.. macam tak sesuai je.Lagipun sepupu Aurell ni aku tengok muda lagi budaknya.

" Abang.. nak jumpa dengan isteri abang", taramlah! Jangan salah faham okey.Dia bahasakan diri dia abang pun sebab dia lagi tua dari Suraya.Lepastu pulak Suraya nk sepupu isterinya jugak.Takkan nak saya-awak?

Suraya tersentak.Isteri? Siapa? Mana?

Tiba-tiba dia mengalihkan matanya ke arah Aurell di hadapan yang sedang berwajah tenang.Gadis itu diperhati atas dan bawah.Takkanlah pulak..

"Ell,jom teman saya masuk bilik", Riyadh telah menjawab segala persoalan yang bermain difikiran Suraya.Terkejut bukan main lagi dia dibuatnya.Perempuan tak guna ni?! Isteri lelaki handsome macam ni? Cis! Tak guna..  macam mana diaorang boleh kahwin?

Tanpa banyak kata,Aurell hanya mengekori langkah suaminya masuk ke dalam bilik.Lega dapat lepas dari sepupunya tu! Kalau bukan sebab Riyadh,entah berapa bakul lagilah dia kena maki dengan perempuan tu.

Riyadh duduk di birai katil manakala Aurell masih berdiri di belakang pintu.Wajah isterinya dipandang.

" Apa yang jadi? Kenapa bising-bising dekat luar tu?" soal Riyadh.Serius.Dia rasa dia pun ada hak untuk tahu kalau Aurell dan Suraya ada masalah.Masalah isterinya,masalah dia jugak.

Aurell menggeleng perlahan.Rasanya dia belum bersedia nak bagitahu Riyadh tentang semua ni.Nantilah,
satu masa dia akan bagitahu.

"Awak pergilah mandi dulu lepastu berehat.Saya nak ke dapur", belum sempat Aurell memulas tombol pintu,lengannya dipegang oleh Riyadh.Cepat betul lelaki ni bertindak

"Ell,ada apa-apa yang saya perlu tahu ke?" soal Riyadh lagi.Mustahil kalau Aurell kata tidak sebab jelas sekali sewaktu mereka sampai di sini,belum apa-apa lagi maklongnya sudah menghalau mereka.Lepastu tadi pulak Suraya menghalau mereka lagi.Persoalannya,kenapa mereka dihalau? Takkan mak saudara tak suka anak saudara balik?

Aurell tersenyum kecil.Dia menyentuh tangan Riyadh yang masih kejap memegang lengannya.

"Ada.. tapi nanti saya akan bagitahu awak.Jangan risau,awak suami saya dan saya takkan berahsia dengan awak", katanya sebelum keluar dari bilik itu.

Love In Silent ✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum