Aurell tersenyum lagi.Malu pulak dia jadinya.Aduh.. kenapa macam romantik sangat Riyadh ni? Dulu masa mereka berkawan,tak adalah macam ni.Ikhlas ke tak?

Setelas selesai persandingan,Aurell dan Riyadh turun ke bawah bersama tetamu-tetamu mereka.Ketika Aurell sedang berbual dengan Julia dan beberapa orang staff di cafe,dia didatangi seseorang.

"Eh,Encik Zakuan?" Aurell tersenyum pada Zakuan yang menghampiri mereka.

"Tahniah atas perkahwinan awak", ucapnya perlahan.Dia tersenyum kecil.Sedih melihat orang yang kita cinta bahagia bersama dengan lelaki lain.Sudah bertahun dia menyimpan perasaannya terhadap Aurell tapi tak disangka,ada lelaki lain yang lebih pantas darinya.

" Terima kasih,Encik Zakuan.Dah makan ke?"

"Err.. tak sempatlah.Saya ada urusan lain lagi lepas ni", bohong Zakuan.Sebenarnya tak sanggup nak duduk sini lama-lama.Tak sanggup dia nak tengok Aurell bersama dengan suaminya.

" Ohh,yeke.."

"Ell.." Riyadh datang menghampiri mereka.Dia tersenyum kepada semua kenalan isterinya.

"Hah.. awak kenalkan,ni Julia,Siti dengan Mila.Ni semua kawan kerja saya dekat cafe.Ni pulak Encik Zakuan,dia pengurus cafe tu", Aurell memperkenalkan satu persatu.

Sekali lagi Riyadh tersenyum pada mereka.Dia juga berjabat tangan dengan Zakuan.

" Dah makan ke?" soal Riyadh.Saja nak beramah dengan kenalan Aurell.

"Dah makan dah.Kejap lagi nak balik jadi saja nak borak dulu dengan pengantin", jawab Julia.Betul laa.. suami Aurell ni memang handsome.Tengok depan mata lagi kacak weh! Haih,nasib baiklah suami orang.

" Ell,ikut saya kejap.Saya nak kenalkan dengan kawan saya", Riyadh memimpin tangan Aurell dan pergi ke sebuah meja yang tidak jauh dari mereka.

"Ni Aizat Noah.. kawan baik saya.Dia lah yang paling lama bertahan dengan saya selama lebih kurang empat tahun ni", Riyadh tersengih pada Aizat yang turut sama menyengih

" Hai.. " Aizat tersenyum pada Aurell.

Seketika kemudian,Aizat mengerutkan dahi.Gaya seakan berfikir jauh.

"Sekejap,aku macam pernah nampaklah bini kau ni.Dekat mana ya?" Aizat menggosok dagunya.Dia pasti,dia pernah nampak Aurell ni dulu.

Riyadh tergelak."Ini laa.. kau ingat tak pelayan perempuan dekat cafe dulu tu?"

Aizat berfikir seketika sebelum mulutnya terbuka luas."Laaa.. Aurell ni ke perempuan tu? Ya Allah! Kau tak bagitahu aku pun dia ni isteri kau.Tak sangka pulak dalam diam-diam kau ngorat Ell ni",

Riyadh tersenyum.Dia belum bagitahu Aizat tentang perkahwinan dia dan Aurell.Dia akan bagitahu tapi bukan sekarang.

Pada malam itu,barulah mereka dapat merehatkan badan mereka setelah seminggu mereka sibuk menguruskan perkahwinan mereka.Aurell merebahkan badan di atas katil.Dia memejamkan mata seketika.

Penat betul kahwin ni.. patutlah orang selalu cakap kahwin ni sekali seumur hidup.

Ketika itu juga,pintu bilik itu dibuka dari luar.Riyadh melangkah masuk ke dalam bilik dan terus baring di sebelah isterinya.Penat..

Tapi selepas beberapa minit,Riyadh duduk bersila di atas katil."Ell.."

"Hm?"

"Penat ke?"

"Sikitlah.. kenapa?"

"Saya ada benda nak cakap ni",

Aurell membuka mata.Perlahan-lahan dia bangun dan duduk di sebelah Riyadh." Apa dia?"

Riyadh membuka laci kayu di sebelah katilnya dan mengeluarkan sampul surat berwarna putih.Sampu itu kemudiannya dihulurkan kepada Aurell.

"Ni apa?"

"Ingat lagi syarat perkahwinan kita?"

Aurell mengangguk.Ya.. salah seorang atau kedua-dua mereka perlu jatuh cinta dalam masa setahun.Jika tiada di antara mereka yang jatuh cinta,mungkin perpisahan adalah jalan terakhir.

"Untuk buat diri kita mencintai antara satu sama lain,kita kena ada usaha.Dan ini.. usaha yang pertama" Riyadh menunjuk ke arah sampul surat tersebut.

Aurell terus membuka sampul di tangannya.Dia membaca ayat yang tertulis pada isi kandungan sampul surat tersebut.

"Turki?" Aurell memandang Riyadh.Terkelip-kelip matanya.Tak berapa nak faham sangat.

"Ya.. kita akan ke Turki",

" Untuk?"

"Cari madu.." Riyadh tersenyum memandang Aurell yang kelihatan kebingungan itu.

"Huh? Madu apa? Madu lebah? Dekat Malaysia ada,kenapa cari dekat Turki?"

Riyadh tergelak juga akhirnya."Bukan madu tu.Dalam erti kata yang romantisnya,kita akan pergi honeymoon",

Mulut Aurell terbuka sedikit.Waa! Berbulan madu dekat Turki? Mesti best ni!

"Saya pernah cakap kan,walaupun perkahwinan kita bukan kerana cinta tapi kita tetap suami dan isteri.Kita tetap akan buat apa yang orang lain buat.Tak ada istilah merahsiakan perkahwinan ni atau sebagainya macam dalam novel cinta",

Aurell mengangguk.Dia tersenyum kecil.

" Tarikh kita pergi Turki tu hujung minggu ni.Sebelum kita pergi sana,boleh tak saya nak mintak izin awak pergi satu tempat?"

Riyadh pandang wajah Aurell."Pergi mana?"

"Kita pergi Hulu Langat,rumah maklong saya",

*silalah bukak lagu di atas tu..
btw,lepas dari bab ni.. maka bermulalah Love In Silent yg sebenar benarnya . konflik akan dtg satu persatu menimpa dua org nii😈

Love In Silent ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora