"Be a good wife.. sentiasa dengar cakap suami awak ni.Saya tak mintak jadi sempurna,tapi cukup jadi isteri yang sentiasa berada di saat susah dan senang suami awak ni", bisik Riyadh ketika mencium dahinya.
Ketika itu,hampir sekali lagi Aurell mengalirkan air mata.Tersentuh mendengar nasihat suaminya.

Setelah selesai,pasangan mempelai ini menyalami seluruh anggota keluarga.Dan sebaik saja tamat acara akad nikah ini,mereka beransur pulang.

"Ad balik dengan siapa?"

"Ad balik sekali dengan Abang Khai.Diorang dah tunggu Ad dekat belakang", jawab Riyadh.Dia bercakap dengan mama tapi matanya tetap jugak sesekali melirik pada Aurell yang berdiri di sebelahnya.

"Hah.. iyalah,hati-hati sikit.Ell,mama tunggu dalam kereta tau", kata mama dan terus berlalu meninggalkan pasangan ini.

"Ell.. kenapa senyap je dari tadi?" soal Riyadh.Dari dalam masjid tadi dia sedar yang Aurell banyak mendiamkan diri.Kadang-kadang dia sekadar tersenyum saja.Risau jugak dia,ada sesuatu yang tak kena ke?

Aurell menoleh sekejap pada Riyadh.Kemudian dia memandang ke tempat lain.Sebenarnya hari ni Riyadh nampak kacak dengan pakaian baju melayu warna putih ni.Lagi-lagi ketika ini Riyadh sedang memakai kaca mata hitam.Sebabtu dia tak nak tengok lama-lama,takut jatuh hati pulak.

Tapi apa salahnya kan?

"Tak ada apa.."

"Ye laa tu?"

Aurell pandang muka Riyadh.

"Iya,saya okey je cuma.. segan sikit",

Riyadh ketawa kecil." Segankan apa? Macam tak biasa dengan saya",

Aurell membalas senyuman lelaki itu."Awak tidur mana malam ni?"

"Rumah Kak Mas dengan Abang Khai.Rumah tu je yang masih kosong", Riyadh mengibas sampinnya yang dirasakan agak sedikit berkedut.

Aurell mengangguk faham.Dia dan Riyadh tidak dibenarkan untuk tinggal dalam satu rumah sehinggalah selesai majlis persandingan mereka pada esok hari.Nek Jah yang melarang mereka.Malah mereka juga tidak dibenarkan berhubung pada malam ini.Riyadh dan Aurell terpaksalah akur saja.Kata orang tua kan,jangan bantah!

"Malam ni jangan tidur lewat pulak.Kalau Hana suruh teman dia tengok drama Korea,jangan dilayan.Cakap je Abang Ad tak bagi", pesan Riyadh.

Aurell tersengih."Mana awak tahu?"

"Mestilah saya tahu,jangan ingat saya tak tahu pulak yang sepanjang awak duduk dekat sana,awak join Hana tengok drama Korea sampai tiga empat pagi",

Makin lebar sengihan Aurell.

Terkantoi pulak..

" Ye laa.. saya cuba tidur awal",

"No! Bukan cuba,but you have to",

Aurell mengangguk lagi.Tegas jugak ehh Riyadh ni? Macam Nek Jah cakap semalam.

Bunyi hon berdekatan mereka membuatkan Aurell dan Riyadh beralih pandang ke sebuah kereta yang tidak jauh dari mereka.Dia kenal sangat dengan kereta Axia warna merah jambu ni.Kereta Raihana.Pasti gadis itu sengaja mahu menganggu saat-saat 'romantis' mereka.

Aurell tergelak." Okeylah.. dah ada orang marah tu.Saya balik dulu ya?"

Aurell mahu melangkah pergi begitu saja namun dia dihalang oleh Riyadh.

"Mulai sekarang ni,saya suami awak tau bukannya makhluk asing.Nak pergi macam tu je ke?" soal Riyadh dengan senyuman mengusik.

Aurell berjalan kembali mendekati Riyadh.Kepalanya ditundukkan.Malu lah macam ni! Satu kereta tu mesti tengok perbuatan mereka.

Aurell mengambil tangan kanan Riyadh dan dicium dengan penuh kasih sayang.Aurell mengangkat wajah apabila Riyadh masih tidak melepaskan tangannya.Dan ketika itu jugalah...

Cup!

Satu ciuman hinggap di dahinya.Aurell tergamam.Bukan ke sepatutnya dia kena salam je? Ni? Ciuman percuma apakah?

"This will be our routine for every single day we're spending together", kata Riyadh sambil tersenyum senang.Tak sangka seronok jugak jadi suami ni kan? Patutlah sekarang ni ramai sangat orang kahwin muda.

"Jaga diri.." pesan Riyadh.

"Ja.. jaga diri jugak", kata Aurell dan terus melangkah laju menuju ke kereta Raihana.Dia nampak semua yang berada dalam kereta tersebut tersengih-sengih memandangnya.
Habislah kau kena bahan nanti!

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now