" Dulu? Sekarang dia macam mana?"

Nek Jah dan Kak Mas memandang sesama sendiri.Kak Mas diam dan kembali dengan kerjanya.Nek Jah pula yang menyambung cerita.

"Memandangkan Ell ni akan jadi sebahagian dari keluarga ni,biarlah nenek cerita.Ell nak tahu macam mana Ad boleh berubah jadi Ad yang macam Ell tengok sekarang ni?"

Aurell mengangguk laju.Mestilah nak tahu,siapa je yang tak nak tahu kan?

"Macam Kak Mas cakap,dulu Ad ni periang je.Suka buat kelakar.Kalau dia tak ada dalam rumah ni,memang sunyi je lah.Dia ni jugak kaki pengusik tau.Kadang-kadang sampai nenek pun jadi mangsa dia usik", Nek Jah tergelak.Rindu dengan perangai lama cucunya itu.

"Dan.. sebenarnya Ad dengan Hana tu ada seorang lagi adik.Rafiq namanya.
Tapi dia dah meninggal lebih kurang lima tahun yang lepas.Riyadh memang seorang abang yang sayang dengan adik-adik dia.Lagipun Rafiq adik bongsu dia,jadi dia betul-betul ambil berat pasal Rafiq",

Aurell terkejut.Laaa.. Riyadh ada seorang lagi adik? Maknanya mereka tiga beradiklah.

" Meninggal sebab apa?"

Nek Jah mengeluh berat."Dia meninggal sebab dadah",

Aurell mengangguk perlahan.

"Tapi sebenarnya,Rafiq terpaksa.Dia berkawan dengan orang keldai dadah,Ell.Dia tersilap langkah dan  terperangkap.Selama ni dia tak sedar yang dia berada dan bergelumang dengan semua tu.Bila dia dah sedar,dia tak boleh nak larikan diri.Dia terpaksa teruskan apa yang dia buat selama ni.Tapi dia tak pernah sentuh dadah tu.

Sehinggalah dia betul-betul tekad untuk keluar dari semua kegiatan dia.Tapi orang besar kat sana tak bagi sebab takut Rafiq bongkarkan kegiatan mereka dekat pihak polis.Jadi mereka paksa Rafiq telan semua dadah-dadah tu sehingga Rafiq ditemui mati kerana dadah berlebihan dalam badan.

Lepas Ad dapat tahu Rafiq meninggal kerana dipaksa untuk telan semua dadah tu sampai mengorbankan nyawa adiknya,Ad marah.Ad tak boleh terima kenyataan.Dia reda dengan pemergian Rafiq tapi dia tak terima cara adiknya pergi.Berhari-hari Ad murung sehingga dia bersumpah akan balas dendam kepada lelaki yang bunuh Rafiq.Dia takkan biarkan orang yang dia sayang disakiti.Dia akan sentiasa melindungi keluarganya.

Jadi sebabtu laa Ad jadi macam sekarang.Ad lebih banyak diamkan diri,kadang-kadang dengan dunianya sendiri.Dia lebih tegas dan mengambil berat.Sebab kan Rafiq jugaklah dia masih bertahan dengan kerjanya", terang Nek Jah panjang lebar.Aurell yang setia mendengar hanya mengangguk.Tak sangka ada banyak kisah disebalik perwatakan Riyadh yang nampak tenang tu.

"Ad kerja apa ya?"

"Dia tak bagitahu Ell ke?"

Aurell menggeleng."Kalau macam tu,lagi elok kalau Ell dengar dari mulut dia sendiri.Nenek pun tak ada hak nak bagitahu", Nek Jah tersenyum.Sekali lagi Aurell mengeluh.Kenapa tak ada sesiapa boleh bagitahu dia pekerjaan Riyadh? Sulit sangat ke sampai dia tak boleh tahu?

Sejam kemudian,Aurell membersihkan inai di tangan dan kakinya.Cantik.Merah sungguh.Tengok inai di tangan membuatkan dirinya semakin berdebar menanti hari esok.Hanya tinggal beberapa jam saja lagi sebelum dia bergelar isteri orang.

Hm.. isteri orang?

Apalah yang Riyadh sedang fikirkan sekarang ini? Pasti beribu sesalan datang dalam dirinya.Nampak sangat yang Riyadh tak rela dengan perkahwinan ini,buktinya lelaki itu langsung tidak menghantar mesej.

Eeii.. itulah! Lain kali kalau tak bersedia,jangan buat keputusan terburu-buru.Tengok apa dah jadi sekarang?

Dalam Aurell tercegat di atas katil sambi membebelkan sikap Riyadh,telefon bimbitnya berbunyi.Laju tangannya mencapai telefon yang terletak di tepi katil.Tak disangka,nama Riyadh terpancul pada skrin telefonnya.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now