Dan pada petang itu,lintah darat datang ke rumahnya meminta hutangnya diselesaikan.Dia telah berjanji untuk selesaikan semua hutang arwah suaminya itu pada petang ini.Tapi dia tidak mampu berbuat apa.Dia tiada duit.Semua ini gara-gara Aurell!

Dan kerana itu,dia terpaksa memberitahu lintah darat tersebut untuk mencari Aurell di Shah Alam.Lantaklah apa nak jadi pada gadis itu selepas ini! Dibunuh atau diculik.Bukan masalahnya lagi.Pandai curi,pandailah dia tanggung! Dia dah malas nak ambil kisah pasal Aurell lagi.

SUDAH sebulan Aurell menjadi doktor praktikal di Hospital Shah Alam ini.Dia semakin dapat membiasakan diri dengan keadaan di sini.Sudah tidak gementar dan kekok lagi seperti awal-awal dulu.Apa yang dia tahu,jadi doktor ni seronok jugak.Ye lah,walaupun dengan jadual yang padat dan tekanan kerja yang tinggi,namun dia seronok dapat merawat pesakit-pesakitnya.
Menyelamatkan nyawa orang adalah perkara yang paling terindah pernah dia lakukan.

Selain itu,di sini ramai doktor-doktor yang bersikap baik dengannya.Langsung tidak menganggap dia sebagai doktor praktikal di hospital ini.Selalu jugak dia keluar makan dengan mereka termasuk juga dengan Doktor Raihana.Namun walaupun dia diberi layanan yang amat baik oleh mereka,dia masih beringat yang dia sekadar praktikal di sini.Dia tetap perlu menghormati doktor-doktor yang telah lama berkhidmat di sini.

Hari ini,Aurell keluar sebentar dari rumah sewanya untuk membeli barang dapur yang sudah habis.
Minggu ini giliran dia yang beli barang dapur.Dia duduk di rumah sewanya bersama tiga lagi temannya.Mereka selalu bergilir-gilir dalam melakukan setiap kerja di rumah ini.Barulah tak rasa bosan.

Tapi disebabkan praktikalnya,dia terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk melakukan kerja rumah.Mujurlah dia ada housmate yang baik dan memahami.Bahkan mereka sanggup melakukan kerja rumah ketika gilirannya.Jadi ketika dia dapat masa terluang beginilah dia boleh membuat kerja rumah.

Selesai saja meletakkan barangannya di dalam but kereta,Aurell berteleku seketika di dalam kereta tersebut.Perutnya yang berkeroncong disentuh perlahan.

"Laparlah pulak.." Aurell memandang sekeliling.Rasanya ada restoran KFC dekat-dekat sini.Dan tanpa membuang masa,dia lantas menekan pedal minyak dan kereta Myvi warna kuningnya lantas membelah jalan raya meninggalkan pasaraya Aeon Shah Alam.

Sampai saja di restoran KFC,Aurell lantas beratur sambil matanya melihat papan menu di hadapan.Setelah membuat pilihan,gilirannya tiba dan dia segera membuat pesanan dan terus duduk di meja yang bersebelahan dengan dinding.Agak tersorok tempatnya.

Sedang asyik dia menikmati hidangan,tiba-tiba dia ditegur seseorang.Lantas dia mengangkat wajah.Hampir terbeliak biji matanya melihat Zakuan sedang berdiri di hadapannya sambil memegang dulang di tangan.

"Encik Zakuan! Buat apa dekat sini?" soalnya.Tak sangka pulak dapat jumpa dengan majikanya ini setelah sebulan tidak berjumpa.

"Saya nak makanlah.Ni dulang ada ayam", kata Zakuan sambil menunjuk isi dulangnya.

" Ohh.." tanya soalan tak kena tempat! Malu sendiri.Dah datang KFC,takkan nak main bowling pulak kan?

"Boleh saya duduk sini sekali? Lama jugak tak jumpa Cik Aurell ni", katanya.Mula-mula Aurell ragu-ragu juga untuk membenarkan lelaki itu duduk di mejanya tapi memandangkan dia duduk di meja yang panjang,orang lain pun berhak juga untuk makan di sini.

Ketika makan,mereka hanya senyap.Cuma sesekali saja mata Zakuan mencuri pandang Aurell.
Comel jugak Aurell makan.Macam arnab.

" Jadi,macam mana praktikal Cik Aurell?" soal Zakuan setelah mereka selesai makan.Sementara nak tunggu air Pepsi dan kentang goreng mereka habis dimakan,mereka berbual dulu.

Aurell tersenyum"Tak payahlah Encik Zakuan nak panggil saya Cik Aurell.Formal sangat.Lagipun buat masa ni saya bukan pekerja Encik Zakuan lagi.Panggil saya Ell je",

Zakuan turut sama tersenyum.
Baguslah.. dia lagi suka.

"Okey,jadi macam mana dengan praktikal Ell dekat hospital tu?"

"Alhamdulillah,okey saja.Mula-mula memanglah rasa kekok dan gementar sikit tapi lama-lama dah biasa.Seronok dapat jaga orang sakit ni,Encik Zakuan", Aurell tersenyum lagi.Kentang goreng dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Ell suruh saya tukar panggilan Ell tapi Ell sendiri tak tukar panggilan untuk saya.Tak payahlah panggil saya Encik Zakuan.Saya kan bukan lagi majikan Ell buat masa ni? Panggil saya Zakuan je", Zakuan tersenyum.
Ya,permulaan yang bagus.

Aurell mengigit bibir.Tak biasalah pulak sebab dia dah terbiasa panggil Encik Zakuan.

" Er.. tak apalah.Saya tetap hormat Encik Zakuan sebagai majikan saya.Lagipun saya tak biasa panggil Encik Zakuan selain apa yang saya panggil sekarang ni", Aurell tersenyum kecil.

"Saya pun tak biasa tapi saya boleh je.
Come on,Ell.Kita bukan dekat cafe dan saya nak kita berdua macam kawan sekarang ni.Bukan sebagai staf dan majikan",

Nak tak nak,terpaksa jugak Aurell mengikut." Baiklah,En.. Zakuan",

Zakuan tersenyum lagi.Senang dipanggil begitu.Terasa rapat pulak dengan Aurell.

Ketika mereka leka berbual,telefon bimbit Aurell berbunyi.Panggilan dari Makcik Siti,jiran rumah maklongnya.

"Hello,assalamualaikum.Ada apa makcik?" soal Aurell berdebar jugak sebab Makcik Siti jarang menelefonna jika tiada kecemasan.

"Waalaikumussalam.Ell,ni makcik nak bagitahu.Tadi ada lintah darat datang serbu rumah maklong Ell ni.Kecoh satu kampung tadi.Keadaan dia makcik tak tengok lagi macam mana",

Hampir terlepas telefon bimbit di tangan Aurell.Jantungnya berdegup pantas.Macam mana kalau lintah darat itu apa-apalan maklong  dan Suraya? Ya Allah.. takutnya dia.Tidak dihiraukan lagi Zakuan yang sedang memandangnya hairan.

" Kenapa?" soal Zakuan bila melihat perubahan pada wajah Aurell.Juga terdapat takungan air di tubir mata gadis itu.

"Mak.. maklong saya.." Aurell tidak fikir apa lagi.Dia lantas berdiri dan berlari anak keluar dari restoran tersebut.Zakuan turut sama mengejar langkah Aurell.Dia menarik lengan gadis tersebut sehingga terhenti langkah Aurell.

"Ell okey ke tak?" ketika ini dilihat Aurell sudah pun menangis.

"Saya.. saya.. takut.." kunci keretanya terlepas dari pegangan dek kerana terlalu takut.Zakuan terus mengambil kunci kereta tersebut.Dia tahu keadaan Aurell sekarang ini tidak begitu baik.

"Saya hantar Ell rumah maklong Ell.Awak tak boleh drive dalam keadaan macam ni.Bahaya..", Zakuan terus menarik tangan Aurell ke keretanya dan terus menuju ke Hulu Langat,rumah Maklong Timah.

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now