Someone POV
"Ini semua salah awak! Kalau awak tak sibuk dengan kerja, Aiko tak akan jadi bisu macam ni! She's defective!" tempik seorang wanita dalam lingkungan 30-an. Wajahnya merah bersama kerutan di dahi.
"Heh. Kau nak salah kan aku? Habis kau? Pernah bagi dia kasih sayang seorang ibu? Hey, kalau nak tuduh aku, cermin diri tu sikit! " Selar lelaki dihapanya. Raut wajahnya jauh lebih tua. Mungkin berbeza lima ke enam tahun.
Dan mereka ibu dan ayah aku. Darah daging aku sendiri. Bagi aku mereka tiada beza.
kedua-duanya sama sahaja.
Mereka terkenal. Usahawan yang bekerjaya. Hari-hari, pasti ada wartawan yang ingin menemu bual mereka. Ramai kanak-kanak yang seusia aku kata, aku ini anak yang bertuah sebab lahir dalam keluarga yang kaya raya. Petik sahaja jari, pasti apa yang aku inginkan pasti dapat.
Ah, aku seakan mahu ketawa kuat-kuat. Apa gunanya semua itu? Dalam kemewahan dan kesenangan tu, ada ke kebahagian dan kasih sayang?
Tidak. Dua perkara itu seakan mimpi bagi aku. Dekat, namun jauh daripada gapaian.
Tidak ada langsung istilah kebahagian dalam rumah ini. Mereka tak pernah beri tumpuan pada aku. Mereka tak pernah nak buat aku tersenyum. Mereka tak pernah dengar luahan hati aku. Malah mereka tak pernah nak sayang aku.
Kadang-kala aku tertanya, Apa yang seronok dan bertuah lahir dalam keluarga macam tu?
Sebab kerjaya mereka tak pernah nak pujuk aku apabila menangis. Anak patung yang menjadi penganti.
Sebab kerjaya mereka berani berparti sana sini tanpa hiraukan kesihatan aku. Dikala aku demam, bibik yang menemani.
Sebab kerjaya mereka sanggup memperbodohkan orang sekeliling. Tipu muslihat itu sudah sebati dalam darah daging mereka.
Lawaknya, sebab kerjaya juga, mereka buang aku.
Kenapa?
Hanya kerana aku berubah, tidak menjadi anak yang mereka inginkan.
Dingin.
Ekspresi muka aku sentiasa kosong tanpa senyuman. Aku zip mulut yang dahulunya petah berbicara. Mengurung gadis kecil yang periang menjadi bisu.
Fitnah mula tersebar, kononya anak dua usahawan berjaya bisu. Cacat!
Oh, sudah tentu perbuatan aku mencalarkan 'Kerjaya' mereka. Keputusan yang dianggap bijak, diambil. Mereka buang aku dari keluarga dan menggantikan aku dengan mengambil anak angkat.
Anak yang boleh dianggap trofi.
Latina Tachibana.
Itu lah nama dia.
Aku anak yang dibuang keluarga tanpa sebab yang kukuh.
Bukan ke mereka yang jadikan aku macam ni? Dan mereka buang aku macam tu aje?
Ah, aku terharu. Sangat-sangat terharu!
"Pergi kau daripada sini! Menyusahkan orang aje! "Kata Ibu lalu menolak aku sehingga tersembam di atas jalan tar. Aku tidak merintih mahupun melawan. Aku penat.
"Pergi kau dari sini! Kami tidak ada anak yang bisu seperti kau! " kata ayahku pula.
Air mata aku tahan. Tidak boleh dibazirkan untuk manusia bertanduk seperti mereka. Hati yang aku remuk, aku kuatkan.
"Hohoho.. I Latina! Harap tak nampaklah muka you lagi ya? " Ujar Latina bongkak. Tidak tahu kah dia kalau bukan sebab aku menjadi 'bisu' dia tidak akan berada di sini?
Lupakan, buang air liur sahaja jika bergaduh.
Aku cuba berdiri. Mengibas-ngibas seluar yang kotor. Beg bagasi yang dilempar oleh Ibu dan ayah aku tadi, aku capai.
Bok!
Buku lukisan aku terkena pada kepala, apabila ibu membalingnya.
"Ambil semua barang kau, kami tak nak tengok satu pun. Menyemak! "
Terus ibu melangkah masuk bersama ayah dan Latina tanpa menghiraukan aku yang menahan pedih. Ah, kenapa sakit di hati lebih teruk daripada di kepala?
Orang gaji semua memandang sinis kearah aku. Aku tahu mereka tak suka aku.
Pergi matilah.
Apa yang aku boleh buat?
Mata aku mula berpinar. Kepala aku sakit. Ditambah pula, pada malam itu hujan turun bersama guruh dan kilat.
Aku tak ada arah tuju.
Semua emosi dan keceriaan yang ada pada aku dahulu,diragut kejam dalam satu malam.
Apabila sudah lama berjalan, aku rebah. Penglihatan aku mula kabur. Mungkin ke ini pengakhiran aku?
Sungguh lawak.
"Ya tuhan! Hey! Kau kenapa?"
Suara itu memanggil.
Akhirnya dunia aku mula hitam dan tanpa aku sedar, di situ lah titik permulaan kehidupan aku bermula.
REMAKE!
YOU ARE READING
MY DEAREST VAMPIRE #1 [C]
Vampire[remake Vampblood] Blood Contract, adalah satu kontrak antara manusia dan Vampire yang agak berkuasa. Jika tersalah langkah, maut bakal melambai. Manusia mahupun Vampire, kedua-duanya harus membuat pilihan yang tepat. Dan mereka dikenali sebagai Vam...
![MY DEAREST VAMPIRE #1 [C]](https://img.wattpad.com/cover/129536691-64-k982617.jpg)