"Apa mimpi pulak kau balik harini? Ingatkan dah jadi doktor dekat sana,tak ingat dah nak balik sini", sindir Suraya yang sudah pun duduk menghadapnya.Pinggan cucur bilis di hadapan Aurell ditarik ke arahnya.
Aurell memandang sekilas gadis itu.Muka bangun tidur lepastu ada hati nak terus makan.Tu entah basuh muka ke tidak tu.

"Aku masih ingat tanggungjawab aku dekat sini,sebabtulah aku balik.Aku nak jenguk maklong walaupun sekejap", kata Aurell tenang.Dia menjilat jarinya sebagai penamat setiap hidangan yang dia makan.Tak ada selera dah dia nak makan.
Lagipun dia tengok Suraya makan sekarang ni dah macam tak pernah disuap nasi setahun.

"Tak payah nak berlagak kononnya kau ada tanggungjawab dekat sini.Dia tu mak aku,aku yang bertanggungjawab jaga dia.Kau tak payah nak susah-susahlah", kata Suraya penuh dengan kebencian.Dia ingatkan dia dah takkan jumpa dengan Aurell lagi apabila gadis itu sudah memulakan praktikalnya.

"Kalau kau betul-betul bertanggungjawab nak jaga mak kau,kenapa kau tak pergi cari kerja? Macam mana kau boleh cakap yang kau akan jaga dia sedangkan kau sendiri mintak duit mak kau nak beli apa-apa? Tu.. siang malam mak kau kerja untuk orang kampung.Ada kau tolong? Tak pernah lagi aku nampak kau sentuh dapur ni.Itu kau cakap kau akan bertanggungjawab?" tegur Aurell.Dia bukan nak memerli,tapi dia cakap benar.Dia menegur sikap sepupunya ini yang terlalu pemalas.

Suraya jadi berang pula apabila tiba-tiba saja ada orang luar yang masuk campur dalam urusan hidupnya.Cucur bilis yang hendak disua ke dalam mulutnya lantas dicampak semula ke dalam pinggan.

"Kau jaga sikit mulut kau. Kau siapa nak tegur aku? Ni rumah mak aku jadi aku punya sukalah nak kerja ke tidak.Ada aku kacau kau ke? Kau tu dah menumpang buat cara menumpang je.Jangan nak biadap sangat! Tu laa.. mak bapak mati awal.Tak sempat nak ajar kau,sebabtu kurang ajar!" sungguh bisa kata-kata yang keluar dari mulut Suraya.

Orang kain boleh kutuknya kalau mahu.Kutuklah apa saja dia terima.Tapi kalau membabitkan arwah ibu dan bapanya,itu dia tidak boleh terima!

"Suraya! Jaga sikit mulut kau.Kau tak ada hak nak cakap macam tu dekat arwah mak ayah aku", Aurell meninggikan suara.Sebak dia rasa.

"Dan begitu jugak kau tak ada hak nak tegur aku dan masuk campur dalam hal rumah ni! Kau tak diperlukanlah,Ell! Kau boleh berambuslah macam mak bapak kau dalam tanah tu! Dasar perampas!" Suraya masih lagi marah.Tajam matanya memandang Aurell.

Tidak tahan dengan kejian yang diberikan,Aurell bingkas bangun dan meluru ke biliknya.Dia menangis semahu-mahunya dalam bilik tersebut.Apabila dibangkitkan tentang arwah ibu dan ayahnya,dia pasti akan merindui mereka.Rindu yang teramat sangat.

Suraya tersenyum puas.Puas sangat hatinya kerana dapat mengeji Aurell.Tapi itu baru sikit.Dia akan buat yang lebih dahsyat lagi.

Beberapa minit setelah itu,Maklong Timah pulang dari kedai.Hairan dia bila tengok Aurell sudah tiada di dapur.Malah Suraya pula yang sedang melantak cucur bilisnya.

"Ell mana?"

"Entah.. lari kut", katanya selamba.Cucur bilis yang terakhir disumbat ke dalam mulut.

Petang itu barulah Aurell keluar dari biliknya dan terus ke dapur.Tak mahu  dia ke ruang tamu sebab dia dapat lihat dari ekor matanya yang Suraya sedang menonton televisyen di sana.

Ketika itu Maklong Timah sedang membuat kuih yang akan dijual pada esok pagi di gerainya.Gerai yang berdekatan dengan simpang tiga hujung kampung.Lantas dia membantu wanita itu membuat kuih sebelum dia bertolak pulang ke Shah Alam.

" LEPASTU dia kata apa?"

Raihana diam dan menyedut sirap ais di dalam gelas di hadapannya.
Kemudian dia memandang semula Ilya di hadapannya.Ya,doktor perempuan yang telah jatuh hati pada abangnya.

"Lepastu dia macam.. tak bagi jawapan yang positif pun.Dia kata,dia belum bersedia nak bermain cinta sekarang ni", terang Raihana.Tidak mahu berselindung apa-apa takut Ilya menaruh harapan pulak nanti.

Ilya mengeluh hampa.Kecewa apabila lelaki yang dia suka tidak ada hati padanya.

"Kenapa dia belum bersedia nak main cinta? Dia dah dekat 26 pun kan? Nak tunggu apa lagi?"

"Abang I tu payah sikit,Ilya.Dia memilih sikit kalau bab-bab perempuan ni.Sebabtulah sampai sekarang tak ada makwe.Dia cakap,dia nak seorang perempuan yang memahami pekerjaan dia sebab tak semua orang boleh faham kerja dia",

Ilya mengerut dahi."Pekerjaan? Okey,dia kerja apa? Bagitahu I dan I akan cuba untuk memahami dia", bersungguh Ilya.

Raihana terdiam.Terkelip-kelip matanya memandang Ilya.Gadis yang seusia dengannya ini memang cantik dengan rambut blonde nya.Dia sentiasa menjaga penampilannya.
Cuma kadangkala pemakaiannya itu agak seksi tapi kerana itulah di mata lelaki,dia kelihatan sangat cantik.

" I think,you should ask him by your own.I tak boleh bagitahu you" ,

Lagilah Ilya hairan.Kenapa pulak Raihana tak boleh bagitahu dia pekerjaan abangnya? Susah sangat ke?

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now