"So apa masalahnya kalau I dah kahwin? I jumpa dia dulu sebelum you. I sayangkan dia, Elly. Pleaselah, open your mind. I dah bercinta dengan dia lama. Zaman I sekolah lagi lah. Aish.."

Ellyda diam. Jadi betullah pasangan itu cakap? Mikha memang senior pasangan itu sewaktu zaman kolejnya lagi.

"I tetap akan jumpa isteri you. You benarkan atau tak, that's my final decision. You suka ke tak, I akan jejakkan kaki I depan rumah you and maybe dalam rumah. Just wait and see, darling."

-*-

Ketukan pintu itu menyebabkan kerjaku tergendala. Pisau yang baru sahaja aku bilas itu, aku letakkan kembali di tempatnya. Bergegas aku menuju ke pintu hadapan sambil mengelap tanganku yang masih basah di belakang apron.

"Ibu!!" Tanpa berlengah, badan ibu menjadi mangsa pelukanku. Setelah agak lama berpelukan, ibu menolakku.

"Ish, Ayra ni pun. Lemaslah ibu. Ni tolong ibu angkat barang-barang ni." Plastik putih di tangan ibu aku ambil dan diletakkan di atas sofa.

Ibu juga turut membuntutiku dan melabuhkan punggungnya di atas sofa. Alat kawalan televisyen menjadi perhatian ibu. Dicapainya dan ditekan punat untuk mencari siaran yang menarik. Namun hampa, siaran pada hari itu tiada yang menarik. Lantas alat kawalan televisyen itu diletakkan kembali dan menghadapku.

"Mikha mana?" Soal ibu sambil memandangku. Aku sekadar menggeleng. "Mikha tak ada ibu. Dia pergi kerja. Mungkin lewat petang baru balik."

Ibu mengeluh. Sejurus itu, kelibat abah muncul di hadapan kami. Beberapa bekas makanan diletakkan di atas meja kecil di hadapan kami. "Jiran sebelah bagi abah tadi."

Aku meminta diri untuk mengambil pinggan dan menyediakan minuman untuk ibu dan abah. Setelah siap, jag yang berisi air sirap bandung itu aku letakkan di atas dulang. Tiga cawan gelas bersama dua pinggan diletakkan bersama.

Aku mengambil telefon pintarku di dalam poket apron. Nombor Mikhail didail lalu aku meletakkan telefonku di cuping telinga.

"Hello, assalamualaikum. Awak bila nak balik? Ibu dengan abah datang ni." Sapaku dulu setelah panggilan itu dijawab.

"Waalaikumussalam. Oh yeke? Ibu abah tanya pasal kita ke?"

Pasal kita? Apa yang cuba disampaikan oleh Mikha sebenarnya?

"What do you mean by 'pasal kita'?" Ujarku dengan nada yang separa berbisik. Sesekali kepalaku disengetkan sambil memandang ke arah ruang tamu. Takut-takut kalau ibu tiba-tiba datang ke sini.

"Manalah tahu kan. Ibu dengan abah kan jarang datang rumah kita. Em, takpelah. Saya balik lepas office hour habis. Kalau ibu abah tanya pasal kita, awak jangan bagitahu pulak. Itu masalah peribadi kita dan biar kita yang selesaikan sendiri. Jangan cerita dekat orang luar even itu ibu ayah kita sendiri. Bye."

Panggilan itu dimatikan. Hatiku seakan terasa dengan kata-kata Mikhail. Seolah-olah Mikhail dapat menghidu perlakuanku di belakangnya.

Dosakah aku membuka aib sendiri?

Isteri derhakakah aku?

Allahu..

Lantas aku menyimpan telefonku dan mengangkat dulang tersebut lalu dibawa ke ruang tamu.

Aku menuangkan air itu ke dalam semua gelas. Satu persatu aku hidangkan untuk ibu dan abah. Bekas makanan yang berisi beberapa potongan kek juga turut dihidangkan.

Akhbar di tangan abah ditutup lalu menyisipkan sedikit air ke bibirnya. Aku sekadar menjadi pemerhati. Hatiku kini dilanda seribu rasa serba salah. Wajah Mikhail mulai terbayang-bayang di mataku.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now