Tangan Ellyda dicapai dan digenggam erat. "Listen, I love you and I still love her. Can you feel me?"

Laju sahaja Ellyda menggeleng. Tangannya juga dilepaskan dari genggaman Mikhail. Dirinya kini terasa dipermainkan. "Cintakan I? You duakan isteri you and you kata you cintakan dia? Please, Mikha. Open your mind! Tak ada perempuan yang sanggup bermadu including me."

Kerusinya ditolak kasar dan melangkahkan kakinya pergi dari situ. Mikhail sekadar menghantar pemergian Ellyda dengan lirikan mata. Tangannya meraup kasar wajahnya. Bayangan Aira yang sedang ketawa berlegar-legar di mindanya. Sanggupkah dirinya untuk menduakan isteri yang setia dengan dirinya?

-*-

"Oi, Mayaaaaaaaaaa."

Maya yang sedang menaip sesuati di papan kekunci komputernya menoleh dan menjelingku.

"Wow! Jelingan menggoda. Oh, sayang!"

Seakan geli dengan panggilan dariku, Maya menoleh dan terkumat-kamit bibirnya.

"Engkau nak apa ni, perempuan? Duduk diam-diam boleh tak? Aku nak buat kerja ni. Mulut kau tu membebel je. Diam sekejap for a 5 minutes."

Aku mengangguk tanda faham. Mulutku dikunci selama 5 minit. Tak guna punya kawan. Orang datang sini nak bermanja, last-last kena diam?

Mulutku sudah gatal untuk bercakap. Lantas aku mengambil kertas di atas meja kecil itu dan dikoyakkan beberapa kali. Serpihan kertas itu aku biarkan bertaburan. Sesekali aku memandang Maya, dia masih sibuk dengan komputernya. Yelah, orang bekerjaya katakan.

Kemudian, aku capai telefon Maya yang berada di atas meja. Aku mengesek jariku ke sebelah kanan. Wow! Tak ada password. Maka bermulalah operasi menjelajah ke whatsapp Maya.

Mataku membulat. 'Hubby' yang tertera di skrin telefon itu aku baca berulang kali. Wah yinni perempuan, sudah ada itu boyprend langsung itu aku tak bagitahu. Hendak sahaja jariku menekan nama itu namun suara Maya menyentakkanku. Lantas aku keluar dari aplikasi itu dan meletakkan kembali.

"Ara!! Kau buat apa dengan rumah aku ni?" Terjongket keningku memandangnya. Aku buat apa?

Pandangannya agak menyeramkan. Matanya membulat dan kedua-dua tangannya bercekak pinggang. Agak seram bagiku.

"Kau kenapa ni, Maya?"

Jarinya ditundingkan ke atas lantai dan juga sofa. Beberapa serpihan kertas dek aku yang mengoyakkannya tadi. Tersengih-sengih aku memandang Maya.

"Tak payah nak sengih sangat. Kau kemas balik. Kalau tak, kau dipersilakan keluar dari sini."

Marah sangat ni. Aku baru nak membahan pasal 'hubby' dia tu. Em, lantas serpihan kertas itu aku kutip dan membuangnya dalam tong sampah. Aku baru je datang takkan nak balik dah. Lagipun, Mikha yang suruh aku pergi rumah kawan sebab dia balik lewat hari ni. So?

"Okay, aku dah kemas. Maya, tak payah lah marah-marah macam ni. Okay, tak nak story dekat aku ke?" Pancingku. Sengaja aku ingin dia sendiri yang membuka cerita tentang 'hubby' dia tu.

Maya yang tadi masih berada di atas meja belajarnya kini sudah berada di sebelahku. Dipandang lama wajahku lalu tangannya didepakan dan memelukku. Kedengaran tangisan halus di balik bahuku.

Ayra SophiaWhere stories live. Discover now