Emir mengeluh perlahan. "Give me one solid reason pa dan along akan terus setuju."

"Mama dan papa tahu dia calon yang terbaik buat along, orang yang kami yakin boleh selalu ada saat jatuh bangun along dan akan sentiasa ada di sisi along." Jawab Datin Maria kepada soalan Emir.

"Nonsense." Balas Emir sedikit sinis sambil mengelengkan kepala. "Macam mana mama tahu dia yang terbaik?" Soal Emir tidak puas hati.

"Naluri mama.."

"Naluri tak selalunya betul." Sangkal Emir.

"Mama tahu tapi naluri seorang ibu takkan pernah menipu." Datin Maria masih belum mengalah.

Emir terdiam mendengarkan kata-kata tersebut. Mama main isu sensitif pula.

Datuk Ashman mengeleng-ngeleng melihatkan gelagat anak dan isteri kesayangannya. Dua-dua keras kepala! Nampak sangat perangai Datin Maria yang satu itu menurun kepada Emir.

Emir mengeluh panjang.

"Bagi along masa untuk fikir." Pintanya kerana hal sebegini tidak seharusnya dilakukan dengan terburu-buru.

"Seminggu." Sampuk Datin Maria.

"Apa yang seminggu ma?" Soal Emir.

"Masa untuk along fikir. Bagitahu mama jawapan along lepas seminggu." Ujar Datin Maria.

"What?" Emir jelas tidak setuju dengan kata-kata mamanya.

"Habis tu nak berapa lama?" Soal Datin Maria sebaik menyedari anaknya seakan tidak bersetuju dengan syaratnya.

Emir garu kepala dengan soalan mamanya. "Yelah seminggu. Along naik dululah." Dia meminta diri untuk berlalu setelah merasakan otaknya penat untuk memahami permintaan mengarut kedua ibu bapanya.

Masuk dalam bilik, kedengaran telefon berdering minta diangkat. Setelah melihat nama pemanggil, Emir sengih lebar. Macam tahu-tahu je yang aku perlukan seseorang saat ini.

Panggilan dijawab dan telefon dilekapkan di telinga.

"Along!" Kedengaran suara di hujung talian sedikit menjerit. Emir jauhkan sedikit telefon dari telinga. Bingit!

"Slow-slow dah laa. Along bukannya pekak lagi." Sindir Emir.

Kedengaran ketawa yang kedengaran lunak di hujung talian. Siapa lagi kalau bukan milik Emira Medina, satu-satunya adik Emir yang berada nun jauh di Berlin.

"Along buat apa? Kenapa suara macam tu? Macam takde mood je."

Amboi psikik betul! Aku baru cakap satu ayat dia dah boleh agak.

"Mana ada.. Biasa je." Emir mahu mengelak dari berbual mengenai perkara tesebut.

"See cara jawab tu pun nampak sangat ada benda yang tak kena. Ada awek kejar along ke?" Tebak Emira.

"No such things. Eh takde kelas ke siang-siang hari call along ni." Emir cuba untuk menukar topik.

"Takde kelas lah boleh call along ni. Takkanlah adik tengah dalam kelas lepas tu buang tebiat call along." Sindir Emira dari hujung talian. "Mama papa buat apa?" Soalnya seketika kemudian.

"Ada dekat bawah tu. Tengok tv lah kut." Emir jawab malas.

Aku dah la takde mood ni.

"Along, something is wrong right?" Tebak Emira langsung mengena.

Emir mengeluh panjang. Kepala disandarkan kepada kepala katil, kaki diluruskan.

Dejavu Semusim CintaWhere stories live. Discover now