Part 1

13K 327 11
                                        

Bagi pelajar baru ataupun junior yang baru sahaja memasuki alam universiti, akan adanya aktiviti orientasi iaitu bagi membiasakan diri mereka dengan suasana baru. Pelajar junior akan dihandle oleh pelajar senior yang mungkin jarak umur mereka antara 2 atau 3 tahun sahaja.

"Ayah ibu, Ayra gerak dulu tau." Jerit Ayra dari ruang tamu.

"Ha baik baik bawa kereta tu." Pesan ibu Ayra, di dapur.

••••••••••

Sebaik sahaja Ayra sampai di UiTM Cafe' pantas sahaja matanya menangkap kelibat 3 orang rakan nya.

"Hye korang, lama sampai ?" Tanya Ayra.

"Lama lah jugak, kitorang bukan macam kau. Lambat !" Kata Ema.

"Hamboi, sedap mengata ye." Kata Ayra.

"Hahaha, jom lah kita breakfast dulu." Potong Amelia atau senang dipanggil Mel.

"Jom !"

••••••••••

Seusai sahaja mereka makan, terus sahaja mereka berempat mengatur langkah ke dalam dewan Seri Kayangan.

Prof Irsyad berdiri dihadapan, dan memulakan bicara nya. Prof memberitahu tentang tugasan yang perlu kami pelajar junior lakukan. Tugasan nya ialah, kami perlu membuat satu kumpulan terdiri daripada 4 orang pelajar junior dan akan datang nya lagi 4 orang pelajar senior.

"Okey cantik lah ni kita punya group, cun cun 4 orang" kata Aween dengan teruja.

"Eh biasa kita kan power hahahaha" balas Ayra pula dan disambut gelak ketawa dari 3 orang rakan karib nya.

Ketika mereka yang lain sedang sibuk mencari member untuk melengkapkan group mereka, Ayra sedang leka dengan bermain iPhone nya. Tatkala Ayra memandang kehadapan, Ayra ternampak seorang lelaki yang amat dikenalinya berada di sebelah Ema, namun Ayra tidak perasan. Ayra kembali fokus kepada iPhone nya.

"Ehem, group korang dah ada senior ke ?" Tanya seseorang.

"Belum" jawab Ema dengan sopan.

"Ok, kitorang ni atas korang lah means your senior kalau kitorang nak pilih group korang boleh ?"

"Oh boleh je" jawab Aween pula.

Ayra yang tidak perasan akan kehadiran 4 orang seniornya itu tersentak apabila dia terasa ada seseorang disebelahnya.

"Eh..." Ayra melihat lelaki disebelahnya dan dia terkejut.

Zaff ! Lelaki yang pernah membuatkan Ayra menyimpan perasaan lebih dari seorang kawan.

"Hai" sapa Is kawan Zaff. Ye Ayra juga mengenalinya.

Ayra cuma membalasnya dengan senyuman sahaja. Ayra melihat ke empat-empat orang senior nya itu.

Zaff, Is, Naz dan lagi seorang dia tidak kenal.

"Okay, kamu semua sudah dapat kumpulan kamu ? Jika ya, jerit YA dan jika belum, jerit TIDAK" kata Prof Irsyad.

Spontan semua yang berada di situ menjawab ya atau tidak dengan volume suara yang tinggi. Sporting semuanya dan mereka membuatkan lagi aktiviti itu menjadi fun.

From Crush Become Husband. 😍Stories to obsess over. Discover now