Mahu atau tidak,Aizat terpaksa akur.Riyadh ni bukannya reti nak dengar cakap.

"Aku kena gerak pergi ibu pejabat dulu.Apa-apa bagitahu aku", kata Aizat sebelum dia berlalu keluar dari bilik itu.Maka tinggallah Riyadh bersendirian terkebil-kebil di situ.Dia mengerling jam dinding.Baru pukul sebelas lima belas minit pagi.Mata pun dah mengantuk.Eloklah ni kalau dia tidur sekejap.

Baru matanya hendak lelap,pintu bilik dibuka dari luar.Dia lantas menoleh melihat ke arah pintu.Sengih kecil terukir di bibirnya.

"Abang okey ke tak? Ya Allah,macam mana boleh teruk macam ni?" soal Raihana.Dia terus mendekati Riyadh.Tengok dari keadaan Riyadh sekarang ini,nampak teruklah jugak.Dengan luka kena pisaunya lagi.

"Tak teruk pun cuma kena pisau rambo je",

"Kena pisau rambo abang kata tak teruk?" Raihana terjerit kecil.Dia tengok pisau rambo tu pun dah menyeramkan apatah lagi kalau kena.Tapi Riyadh boleh cakap macam kena pisau potong sayur je.

"Bukannya kali pertama abang kena.Ni macam mana Hana tahu abang masuk hospital?"

"Tadi Hana terserempak dengan Aizat,nampak dua orang unit UTK sekali dengan dia.Lepastu Hana tanyalah dia buat apa dekat sini,dia kata abang cedera", jelas Raihana sambil meneliti laporan kesihatan yang berada di meja hadapan katil.Syukurlah Riyadh tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.Tapi dia tetap ditahan selama seminggu kerana luka terkena pisaunya agak dalam.

" Ohh.. Hana doktor abang ke?"

Raihana menggeleng perlahan kemudian tersengih."Hana datang sini nak jenguk abang je tapi abang bukan patient Hana.Kejap lagi doktor abang datanglah nak buat check up",

Riyadh mengangguk faham."Jangan bagitahu mama tau pasal ni.Nanti kalut pulak mama dekat sana",

"Hm..ye laa macam tak biasa pulak.Okeylah,Hana dah nak kena pergi ni.Nanti doktor lain datang tau.Abang jangan lupa makan ubat pulak", pesan Raihana sebelum berlalu pergi meninggalkan abangnya.

"BAIKLAH,Ell.Ini pesakit pertama Ell sepanjang praktikal ni.Gunakan ilmu yang Ell dah belajar selama dekat UiTM tu.Ingat,semua yang Ell buat akan dinilai", pesan Doktor Zura sebelum dia meninggalkan Aurell yang masih tercegat di hadapan bilik tersebut.

Aurell menarik nafas dalam.

"Okey,Ell.This is what you want.You can do it!", bisiknya pada diri sendiri.Beberapa saat memotivasikan diri,Aurell menolak daun pintu tersebut.Di atas katil kelihatan seorang lelaki sedang lena dibuai mimpi.Dia menghampiri pesakitnya itu.

"Uish,boleh tahan jugak luka dia ni.Kena apa?" soalnya sendiri.Dia meneliti tubuh lelaki itu.Ada kesan lebam di tepi bibir dan anggota badan yang lain.Di lengan dan pehanya juga terdapat satu balutan.Dari segi balutan,dia tahu yang luka itu dijahit.

Setelah memeriksa laporan kesihatan,Aurell mula memeriksa lelaki tersebut.Disebabkan kali ini bukanlah pemeriksaan menyeluruh,
jadi dia tidak memerlukan bantuan jururawat bersamanya.Semua boleh dibuat sendiri.

Aurell mahu memeriksa air yang dimasukkan ke dalam tubuh pesakit itu melaui tiub pelastik di belakang tangan lelaki itu.Baru dia hendak menyentuh tiub tersebut,pesakit itu membuka matanya.Aurell berhenti dari bergerak.Dia hanya memandang lelaki itu tidak berkelip.

Satu saat.

Dua saat.

"Arghh.. " Riyadh terjerit kecil.Kus semangat.. doktor rupanya.Kenapalah perempuan ni berdiri tak bergerak rapat-rapat macam ni? Dahlah pakai baju putih.Buat lemah jantung je.

Aurell tersentak juga dengan jeritan Riyadh.Walaupun tidaklah sekuat mana jeritannya tapi cukup membuatkan dia terkelip-kelip memandang lelaki itu.

"Ke.. kenapa encik jerit?"

Riyadh membetulkan kedudukan kepalanya.Dia memalingkan wajah.Malu jugaklah sikit.

"Ingatkan pencuri..",

"Dekat hospital ni ada pencuri?" Aurell mahu tergelak dengan kenyataan lelaki itu.

"Jenayah boleh berlaku kat mana-mana je", selamba Riyadh bersuara.

Aurell terdiam.Melihatkan wajah serius lelaki itu,tak berani pulak dia nak gelak.Mungkin pesakitnya ni jenis yang garang kut.Eh,tak pun gangster? Tengok luka-luka ni macam kesan bergaduh je.Hm.. betullah tu kut.

"Err.. saya Doktor Aurell.Saya cuma nak periksa encik je tadi tapi encik tiba-tiba tersedar.Boleh saya teruskan?" soal Aurell.Kena mintak izin dulu.Kalau tidak,mahu boleh putus kepalanya dikerjakan lelaki samseng ni.

"Yaa.." Riyadh masih tidak memandang wajah Aurell.

Beberapa minit kemudian,Aurell menulis sesuatu pada laporan kesihatan milik lelaki itu.Sempat dia memandang sekilas pada nama pesakit.

Riyadh Nadif.

"Baiklah,dah selesai pemeriksaan.
Saya datang balik malam ni untuk bersihkan luka encik.Berehatlah.." kata Aurell dan terus pergi dari bilik tersebut.

Riyadh memandang daun pintu yang sudah tertutup rapat.Lama dia merenung pintu itu.

"Kau lagi.. " katanya perlahan.Dia kenal doktor perempuan yang memeriksanya tadi.Perempuan yang sama di restoran mamak dan cafe.Tapi peliknya,kenapa dia bekerja di cafe tempoh hari sedangkan dia seorang doktor?

Love In Silent ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang