Prolog

6.6K 168 21
                                    

Orang kata perkahwinan itu macam bungee jumping. Penuh risiko. Penuh kejutan. Penuh rasa keterujaan.

Sebelum terjun, macam-macam benda yang ada dalam fikiran. Macam mana kalau termuntah masa tu? Macam mana kalau tiba-tiba terpengsan?

Paling sadis, macam mana kalau tengah terjun, tali tiba-tiba terputus dan aku terhempas ke bawah? Tak ke sakit dan aku mungkin akan... mati?

Samalah juga macam kahwin.

Lagi-lagi sekarang ini banyak kes orang kahwin-cerai. Pasangan tak setialah. Kes keluarga masuk campurlah. Sampaikan badan bau busuk pun boleh jadi punca kepada sebuah perceraian.

Bukti?

Minta tolong saja pada Pak Cik Google untuk carikan berapa statistik dan punca berlakunya perceraian di Malaysia. Tak pun, pergi page Kisah Rumah Tangga (KRT) di Facebook. Macam-macam jenis masalah yang diadukan di situ. Sampaikan versi yang aneh-aneh pun ada sekali.

Tak ke buat hati orang-orang bujang macam aku jadi takut nak kahwin?

Tapi, itulah. Selagi tak cuba, selagi itu aku tak tahu.

Mungkin bila dah kahwin nanti segala ketakutan, kekosongan, kelukaan dan macam-macam persoalan yang timbul selama ini akan hilang. Selepas itu, digantikan pula dengan sesuatu yang lebih baik.

Lebih baik yang macam mana?

Entah. Aku tak boleh nak cakap. Sebab aku sendiri tak lalui momen itu lagi.

Jadi, sekarang ni apa keputusan yang patut aku buat? Dah cukup berani ke aku nak buat bungee jumping? Dah cukup berani ke aku nak katakan 'Ya' pada sebuah lamaran? Lagi-lagi, antara aku dengan dia tak ada lagi rasa cinta?

Ada yang kata, a great marriage is not when the 'perfect couple' comes together. It is when imperfect couple learns to enjoy their differences.

Masalahnya, boleh percaya ke dengan statement tu?

KONTRAK KAHWIN ANTI KLISE - #SethWhere stories live. Discover now