4. Editor di Syarikat Kecil Dan Besar : Beza

857 69 4
                                    

Seperti yang dijanjikan tentang tajuk di atas, suka dimaklumkan bahawa editor adalah manusia biasa yang sama seperti orang lain, ada due date serta tekanan dari pihak majikan. Kadang kala bayaran gaji yang diterima pun bukan setimpal dengan skop tugasan yang diberi.

Baik, bagaimana terjadinya editor takkan layan atau respons dengan emel yang dihantar, terutama berkenaan penilaian manuskrip novel?

Pertama sekali, skop besar tugasan editor adalah untuk membaikpulih manuskrip termasuklah struktur ayat, meninjau  jalan cerita - ini biasanya tugasan khusus bagi editor di syarikat besar. Tapi sekiranya editor di syarikat kecil, skop tugasannya ada kala mencakupi aspek lain.

Editor di syarikat besar :
- membaikpulih manuskrip
- struktur ayat
- menentukan format
- jalan cerita

Editor di syarikat kecil :
- membaikpulih manuskrip
- struktur ayat
- menentukan format
- jalan cerita
- sebagai pembaca pruf
- membuat layout
- desain untuk kulit luar novel
- mencari penulis untuk dapatkan manuskrip baru
- membantu tugas pemasaran

Jadi itu antara perbezaan besar yang dialami oleh editor syarikat besar dan kecil. Ada kala syarikat besar punya hingga enam orang editor untuk menyemak satu-satu manuskrip, termasuklah editor agama.

Kalau dilihat tugas pembaca pruf adalah tugas khusus orang lain, terasing dari skop tugasa editor. Pruf di sini akan tertumpu pada ejaan. Satu demi satu akan diteliti.

Begitu juga tugasa desain kulit yang biasanya dilakukan oleh pendesain grafik. Dan tentunya pemasaran adalah tugas lain.

Jadi bayangkan beban tugas seorang editor terhadap satu-satu karya. Walau nampak tugas editor di syarikat besar tak banyak, namun manuskrip yang diterinanya dalam satu hari kadang kala melebihi lima manuskrip. Manakala perkara yang sama juga terjadi kepada editor syarikat kecil yang sedang naik dan mula dikenali ramai penulis.

Tidakkah editor merasakan karya yang cincai akan di KIV atau ditolak? Tekanan bekerja biasanya berkaitan masa dan tarikh untuk melaporkan kepada pihak atasan sama ada manuskrip tersebut sudah siap atau belum. Jika tarikhnya sudah dekat dengan pesta buku, editor lagi kelam-kabut menyiapkan tugasan. Kiranya tidak sempat, tugas akan diberikan rakan editor freelance di luar.

Sebab itu manuskrip novel yang tidak menepati syarat yang diberikan akan di KIV atau ditolak terus. Kerana pengalaman saya dengan editor syarikat besar mereka berkata,

"Kalau kamu tak mahu ikut tak mengapa, kami banyak lagi penulis yang nak terbit di sini."

Toing!

Kalau untuk pertandingan, editor akan lebih kejam dan ganas. Tanpa bersikap prejudis dia akan menolak terus karya anda ke dalam tong sampah!

Jadi, rakan-rakan penulis. Silalah ambil berat dan mencari ilmu berkenaan format untuk menghantar manuksrip novel kalian. Ia bukan sekadar menghantar emel dan tentu akan diterbit. Bukan!

Editor hanya manusia biasa, human touch pasti akan membantu.

Pernah juga pengalaman saya dibedal oleh editor dan penulis lama kerana menulis dengan kononnya merendah diri, bahawa saya ini baharu, tak pandai apa, berbunga-bunga ayat. Pun kena!

Hahahaha.....

Jadi kata-kata aluan buatlah seperti yang dianjurkan dalam Bab 2. Tak perlu berlagak mengatakan pernah terbit banyak novel di syarikat lain ataupun merendah diri sangat. Bagi editor karya pertama penulis yang sampai ke tangannya, bermakna anda adalah baru di syarikat tersebut biar banyak mana sekalipun karya sudah terbit di syarikat lain. Tulis seumpama surat rasmi biasa. Itu memadai.

Sekian buat kali ini. Moga rakan-rakan bertambah pengetahuan dan meneliti apa yang saya perkatakan ini.

CATATAN SANG EDITOR (PRE ORDER KE-3 DIBUKA SEMULA)Where stories live. Discover now