Riyadh mengangkat bahu."Tak pastilah sebab kena selesaikan misi baru ni.Jadi mungkin.. two or three months later",

"Dekat luar negara lagi ke?" soal mama yang sudah lali dengan pekerjaan anak lelakinya ini.Kadangkala Riyadh perlu berada di luar negara untuk beberapa minggu demi menyelesaikan misi yang telah diamanahkan.

Riyadh menggeleng perlahan."Kali ni dekat dalam negara je.Tapi tak pasti jugak kalau-kalau operasi pihak sana melibatkan orang dari negara luar,kalau macam tu Ad terpaksa pergi", terangnya.Selama dia menjebakkan diri dengan pekerjaannya sekarang ini,hanya mama dan Raihana saja yang benar-benar memahami dengan keadaannya.

Mama mengangguk faham.

"Hm,mama dah mengantuk ni.Mama masuk tidur dulu laa ye? Ad tu pun jangan nak tidur lewat pulak", pesan mama sebelum dia naik ke tingkat atas.

Riyadh mengangguk."Goodnight",

Selepas memastikan mama sudah masuk ke dalam biliknya,Raihana memandang Riyadh yang sedang fokus menonton televisyen.

" Abang dah ada girlfriend?"

Pertanyaan Raihana membuatkan gadis itu dipandang dengan dahi berkerut."Kenapa tiba-tiba tanya?"

"I'm just asking you..",

Riyadh memandang Raihana dengan mata mengecil.Masih lagi sangsi dengan soalan adiknya.

" Bagitahu abang dulu kenapa tanya?"

"Saja je laa Hana nak tahu abang ni single lagi ke atau dah berpunya", Raihana menjeling siling.Orang dah tanya tu jawablah.Banyak pulak soal dia.

" Yela.. buat masa ni single lagi",

Raihana tersenyum penuh makna.

"Kenapa senyum?"

"Macam ni,bang.Ada seorang doktor ni dekat hospital yang Hana kerja tu.Dia cantik,baik dan.."

"Arghh.. nak kenenkan abang dengan dia laa tu? Tak naklah.. ", belum habis ayat yang dikeluarkan Raihana,
Riyadh segera memintas.Tahu sangat dah niat adiknya tu.

" Ee.. dengarlah Hana nak cakap ni dulu.Dia tu baik,cantik dan boleh dikatakan doktor cemerlang dekat hospital tu.And the best thing is she likes you", Raihana tersenyum sendiri.Doktor Ilya memang sudah lama menaruh hati pada Riyadh sejak beberapa bulan lepas.Waktu itu Riyadh datang ke hospital untuk menjemputnya dan kebetulan Doktor Ilya ternampak Riyadh.Terus dia disoal siasat tentang abangnya itu.

Seperti biasa,Riyadh hanya beriak selamba saja.Langsung tidak tertarik dengan topik yang dibualkan jika topik itu berkaitan dengan wanita atau perempuan atau seangkatan dengannya.

"Jadi?"

"Jadi apa?"

Raihana menepuk dahi."Jadi abang berminat ke tak dengan dia? Nak berkenalan tak? Kalau nak,Hana boleh uruskan",

"Tak naklah.. abang tak kenal dia pun",

" Sebabtu Hana nak kenalkan abang dengan dia",

Riyadh memandang adiknya lama.Tak boleh jadi ni."Hana,macam ni.Hana kena faham dengan kerja abang sekarang ni.Buat masa ni abang tak boleh nak bercinta dengan siapa-siapa.Bukan abang tak nak tapi abang terpaksa.Hana sendiri tahu kerja abang macam mana kan? Kerja abang tak ikut masa.Kalau abang bercinta sekarang,macam mana abang nak bahagikan masa abang dengan kerja dan kekasih abang? Kalau abang dapat perempuan yang tak boleh faham abang? Hubungan tu memang takkan ke mana",

Raihana hanya diam mendengar.Ada betul jugak kata Riyadh.

"Tapi takkanlah sampai ke tua abang tak kahwin?"

"Abang akan kahwin.. tapi bila abang dah jumpa perempuan yang terbaik untuk abang.Dan yang penting,bila abang rasa abang tak sanggup nak kehilangan dia.Jadi perempuan tu abang akan kejar sampai dapat",

Raihana sekadar mengangguk.
Terpaksalah dia membatalkan niatnya untuk menyatukan abangnya dengan Doktor Ilya.Dia dah agak dah walau macam mana sekalipun dia pujuk,abangnya tetap akan menolak.Haih,keras kepala betul!

Setelah rancangan yang ditonton tamat,Riyadh naik ke biliknya.Dia merebahkan diri di atas katil.Buat beberapa saat,dia merenung kipas siling yang berpusing di hadapannya.

" Perempuan tu.. erhhh.. get out of my head!" Riyadh terjerit kecil.Entah kenapa dia masih terbayang wajah gadis yang bekerja di cafe petang tadi.Apa yang menarik sangat tentang gadis itu sehingga dia teringat? Erhh!

Love In Silent ✔Where stories live. Discover now