Prolog

6.4K 208 23
                                    

Nota Penulis : Segala entri yang tersedia di sini adalah hak milik penulis sepenuhnya kecuali gambar-gambar yang diambil dari pelbagai sumber (Google, Pinterest). Dilarang sama sekali mengambil, menyunting, mencuri dan menyalin dari mana-mana bahagian entri. Tolong hargai usaha dan penat lelah cik author. Terima kasih. ❤❤


🌸🌸🌸🌸

Sekeping cek siap bertanda tangan dikeluarkan dari handbag lalu disua kepada seorang wanita separuh usia.

"Ini pendahuluan. Sebagai tanda yang I dah cop anak you sebagai bakal menantu I."

"Saya faham. Terima kasih, datin."

Cek berwarna kuning tersebut segera disambut. Angka yang tertulis dibaca sekali imbas. Sepuluh ribu! Lebar senyumannya sampai ke telinga. Gila tak suka orang nak bagi duit!

Kerja sepuluh tahun pun belum tentu boleh kumpul nilai sebanyak itu. Ini baru pendahuluan, belum lagi bayaran penuh dibuat. Uishh, kaya dia nanti!

Bertuah sungguh badan. Tak perlu bersusah-susah, macam itu saja duit 'ditabur' depan mata. Ada gunanya juga dia ambil dan jaga anak angkat 23 tahun dulu. Tak sia-sialah membesarkan Dalili kalau tahu bakal mendatangkan keuntungan begini.

Dalam kepala sudah mula memikirkan apa yang mahu dibeli dengan wang sebanyak itu. Mungkin dia patut beli gelang dan rantai emas yang diidam-idamkan sejak dulu.

Boleh bergaya dan tayang depan teman-temannya yang suka sangat berlagak sombong itu! Bermegah-megah dengan apa yang dimiliki walaupun hanya setakat emas 990. Huh!

"Pastikan you tak mungkir janji. Jangan nak cuba-cuba bawa lari duit I pula. Kalau I tahu you buat macam tu, siaplah! I tak teragak-agak kerat leher you anak-beranak!" Datin Kuzaifa memberi amaran keras.

Hamidah teguk liur. Senyumannya tadi kendur. Pucat mukanya serta-merta. Kecut rasa usus-usus yang berselirat dalam perut.

"Tak datin, saya takkan mungkir janji. Datin dah tolong saya, giliran saya pula tolong datin." Bergetar juga suara Hamidah. Takut dengan amaran Datin Kuzaifa.

"Bagus!"

Datin Kuzaifa buka pintu kereta bahagian penumpang belakang. Dua buah beg kertas dikeluarkan.

"Dalam ni ada baju nikah. Tudung pun ada sekali. Semuanya lengkap." Salah satu beg dihulur.

Hamidah mengangguk. Beg kertas tersebut pantas diambilnya. Dibuka sedikit dan melihat isi di dalam. Ada sepasang baju berwarna putih krim. Cantik!

Haihlah Lili! Beruntung sungguh nasib kau. Dapat bakal mentua poket setebal batu-bata. Apa saja boleh beli. Silap-silap dia pun boleh tumpang senang sekali.

"Terima kasih, datin."

"Yang satu lagi ni ada baju untuk you dan suami. I tak nak you pakai pakaian yang entah apa-apa masa majlis tu nanti. I ni datin, kena jaga nama family. Malu kalau orang tengok bakal besan I macam ni."

Hamidah ditenung atas bawah dengan wajah serius. Kelihatan sombong tingkahnya.

"Baju untuk saya? Betul ke ni datin?"

"Ya lah. Untuk siapa lagi?"

"Tapi..."

"Nak ke tak nak?"

"Nak! Nak!" Beg kertas lagi satu diambil dari tangan Datin Kuzaifa.

Lebar kembali senyuman Hamidah. Beg tadi juga dibuka dan ditilik isi dalamnya. Ada sepasang baju berwarna dark chocolate, sehelai selendang, sehelai baju batik dan sehelai seluar slack terisi dalam beg berkenaan.

Tentu harganya bukan calang-calang. Bukan senang nak dapat kain mahal-mahal begini. Dalam mimpi pun belum tentu lagi boleh merasa. Nak harap Mahad yang belikan, sampai kucing tumbuh tanduk pun tak akan tercapai.

Suaminya itu mana ada duit! Sesen pun tak pernah lekat dalam poket. Sebaliknya dia pula yang kena tanggung keluarga. Huh!

"Terima kasih sekali lagi, datin."

"Lagi satu, lepas aje akad nanti anak you mesti tinggal dengan anak I. Tak ada maknanya nak suruh tinggal kat kampung lagi. Kalau boleh biar anak you dekat dengan I. Senang I nak pantau."

"Boleh datin. Ambillah. Buatlah apa aje yang datin suka. Saya tak kisah. Lepas nikah nanti Lili bukan lagi tanggungjawab saya dan suami."

Datin Kuzaifa senyum senget. Mujurlah ada Hamidah dan Mahad. Rupanya manusia bodoh dua orang itu ada juga gunanya. Tak menyesal pinjamkan wang berpuluh ribu dulu kalau pulangannya lumayan.

🌸🌸🌸🌸🌸

Nota Cinta Cik Author

TQ awak-awak yang sudi singgah sini. Jangan segan-segan nak komen dan tekan bintang tau. Ngeee~~
BTW, moga terhibur.

🌸🌸🌸🌸🌸

Klik link di bawah untuk dapatkan TAMD
http://www.wasap.my/+60129564001

my/+60129564001

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tulus Aku Menikahi Dirimu [SUDAH TERBIT]Where stories live. Discover now