BAB 38

9.7K 248 7
                                    

"Awak boleh tak kalau saya keluar dengan Nasuha esok?" soal Fatin Arissa pada suaminya.

"Aik? Nasuha awak ingat pulak?" balas Tengku Qalif seolah-olah dengan nada menyindir.

"Memanglah saya ingat dia sebab saya dah kenal dengan diasejak dari kecik lagi awak tau apa?" ujar Fatin Arissa.

"Okeylah, esok nak keluar bila? pukul berapa dan balik pukul berapa?" Tengku Qalif inginkan kepastian.

"Esok pagi, pukul sepuluh tapi kalau balik tak sure lah pukul berapa." balas Fatin Arissa.

"Hmm, pastikan esok balik awal dah lah." kata Tengku Qalif sebelum menoleh memandang laptop miliknya semula.

Fatin Arissa berdiri dihadapan pagar rumah Tengku Qalif tidak lama mungkin Nasuha akan tiba. Penat juga menunggu Nasuha datang sehingga beberapa kali ditegur oleh Mak Cik Ida salah seorang orang gaji dirumah Tengku Qalif. Tidak lama kemudian muncul sebuah kereta yang dinantikan. Siapa lagi kalau bukan Nasuha? penat je menunggu dia ni!.

Dahi Nasuha berkerut hairan."Aik kau dah kenapa Fatin? bibir dah macam itik, tak boleh muncung lagi ke?" tegur Nasuha.

"Kau diam! kau tau tak aku penat tunggu kau dekat pagar tadi. Janji pukul sepuluh pagi sekarang dah pukul sepuluh lima belas minit apa alasan kau?" Fatin Arissa menjegilkan matanya.

"Ala, lambat lima belas minit je bukan tak datang terus, kalau tak datang terus tu lagi teruk" Nasuha memberikan alasannya.

"Aku rasa lah mungkin ini adalah salah satu faktor jodoh kau lambat datang. Iyalah kalau kau sentiasa datang awal mungkin jodoh kau sampai awal." Fatin Arissa tersengih dengan teori merepeknya sendiri.

"Erk? kalau macam tu nanti aku datang awal lah ya. Supaya jodoh aku sampai awal gitu?" Nasuha mengangkat sebelah keningnya.

"Yup!." balas Fatin Arissa.

"Kau ni kan Fatin, kalau bab merapu serahkan pada kau. Memang takkan pernah kalah! dah lah jom gerak. Kau jangan nak jadi itik kalau masuk dalam kereta aku faham? kalau tak aku gunting bibir kau." ujar Nasuha memberi amaran kepada Fatin Arissa.

"Okey!" mulut Fatin Arissa terkumat kamit seperti mengejek Nasuha.

"Kau dah kenapa? mulut terkumat kamit macam tu? nak rasa cili api ke?." soal Nasuha geram pandangan tajam juga tak ketinggalan dan turut dilemparkan bersama.

"Aku baca jampi" Fatin Arissa tersengih-sengih ingin menyakitkan hati Nasuha.

"Jampi kepala hangguk kau!" jeling Nasuha. Kereta milik Nasuha mulai bergerak meninggalkan rumah Tengku Qalif.

"Aik, marah lagi ke?." soal Fatin Arissa.

"Bukan marah tapi geram!" balas Nasuha.

"Jangan marah-marah nanti cepat tua, kalau kau tua dah tak boleh kahwin kesian laki kau dapat bini tua." usik Fatin Arissa lagi.

"Iyalah, aku tak marah! kau ni banyak cakaplah, kalau kau cakap lagi sekali aku stapler bibir kau nak?" ugut Nasuha.

"Okey, sekarang ni kita tukar topik. Hari ni kita nak pergi mana?" tanya Fatin Arissa.

"Kafe Deyna kot." balas Nasuha selamba.

"Kafe Deyna lagi? nak buat apa kat sana?" hairan Fatin Arissa.

"Kita minum dulu lepastu keluarlah tengok wayang ke apa lepastu shopping benda-benda yang perlu"

"Okeylah aku ikutkan je. Hari ni kau tak kerja ke?"

"Aku dah berhenti kerja sekarang pun tengah buat business online."

"Sebab apa kau berhenti?"

"Ada banyak sebab salah satunya boss aku cerewet, itu tak kena ini tak kena. Sudahnya aku berhenti dan start niaga online Alhamdullilah semuanya elok je."

"Kau jual apa Nasuha?"

"Aku jual bengkung sajat kenapa kau nak ke?" Nasuha mengangkat sebelah keningnya.

"Hah? bengkung? sejak bila kau suka pakai bengkung weh?" terkejut Fatin Arissa dibuatnya.

"Aku jual tudung online lah tak ada maknanya aku nak jual benda macam tu."

"Kau kalau bergurau mesti menyakitkan hati aku kan!" jeling Fatin Arissa.

"Sekali sekala beb."

"Ni bukan sekali sekala, tapi banyak kala!." Fatin Arissa menjuihkan bibirnya.

"Banyak kala ke sikit kala ke, kau jangan nak buat mimik muka macam tu. Aku menyampah plus..plus faham?." tegur Nasuha.

"Okey" Fatin Arissa memeluk dirinya sendiri.

××××××

Kaki Ashraff terus menapak mendekati Fatin Arissa dan Nasuha yang sedang berborak dimeja Kafe itu. Tanpa dijemput tiba-tiba saja Ashraff mengambil tempat bersebelahan bekas isterinya dahulu.

"Kau nak apa Ash?" suara Fatin Arissa yang separuh jerit.

"Weh Ash! aku dah pernah bagi kat kau amaran! kenapa kau ni tak faham-faham bahasa? kau nak aku cakap bahasa sepanyol ke baru kau faham!." geram Nasuha melihat susuk tubuh tidak diundang itu.

Tangan Ashraff mulai melingkari ke bahu Fatin Arissa. "Kau ni dah kenapa!" Fatin Arissa segera menepis tangan milik Ashraff.

"Woi mangkuk! kau tak faham lagi ke? yang bekas isteri kau ni dah kahwin? apasal lah kau ni gila talak sangat! kau pernah tak makan penangan sulung maut?. Kalau tak pernah rasa aku boleh bagi." Nasuha siap memberi tawaran tentang penangan sulung mautnya siap percuma lagi.

"Yang kau sibuk sangat apahal? hal aku dengan Fatin. Kau ni suka sangat masuk campur hal orang patutlah tak ada lelaki terkenan dengan kau!" sindir Ashraff.

Melopong mulut Nasuha dibuatnya. "Suka hati kau je buat andaian macam tu! Hello! jodoh, ajal, maut semua kat tangan Tuhan. Kau ni apa masalah kau asyik nak kacau bini orang je? kenapa muka kau dah tak laku ke sampai tak ada perempuan lain nak!." Nasuha menyindir semula.

"Hei pompuan! sebelum aku tampar kau baik kau diam! kau ingat ni! walau apa pun yang terjadi aku akan tetap jadikan Fatin sebagai isteri aku semula. Biarpun rumah tangga dia bergolak kau faham!." tengking Ashraff tiba-tiba sehingga pelanggan diKafe memandang pelik kearah mereka.

Nasuha terus diam menikus. Merah padam muka Nasuha dibuatnya kerana ditengking begitu sudahlah berada ditempat awam. "Dasar psiko, gila talak! nak je aku lempang muka mamat yang tak berapa nak kacak ni!." getus hati Nasuha. Ashraff pula sebaik menengking Nasuha dia terus melangkah keluar meninggalkan Kafe itu.

"Nasuha kau okey tak?." tanya Fatin Arissa juga turut terkejut dengan tindakan Ashraff yang memalukan.

"Okey, masalah betullah bekas laki kau ni. Aku dah tak tau nak buat apa. Mula-mula kacau Kak Long kau tapi lepas dia tahu rumah yang kau tinggal dulu terus hari-hari berdiri depan rumah nak jumpa kau. Sakit je hati aku dengan Mamat Gila tu." Nasuha mengepal tangannya seperti penumbuk.

"Dah, jangan nak marah-marah biarkan nanti dia penat dia diamlah kot. Ugutan dia tu tak sampai mana pun. Bukan betul pun si Ashraff tu kau pun tau kan dia tu banyak wayar putus.!"

"Iyalah, aku tahu!" Nasuha cuba meredakan kemarahannya.

"Aku akan cuba untuk dapatkan dia semula! dan jadikan dia milik aku macam dulu!" Ashraff bermonolog sendirian.

*********

𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖Where stories live. Discover now