BAB 35

9.2K 230 0
                                    

Fatin Arissa melangkah perlahan keluar dari rumah. Kakinya menyarungkan selipar lalu mendekati pangkin yang tersedia dibawah sebuah pohon buah mangga. Memang tidak dapat dinafikan pohon itu ada banyak kerengga. Lagi banyak masa buah tengah lebat mujurlah sekarang bukan musimnya berbuah.

Fatin Arissa melabuhkan punggungnya pada pangkin dan selipar yang disarungnya juga tadi ditanggalkan lalu kakinya diangkat keatas pangkin itu dan duduk sambil memeluk kedua belah kakinya. Mata Fatin Arissa memandang sawah padi yang masih tempoh untuk menguning. Perlahan-lahan angin sepoi-sepoi bahasa meniupi tubuh badan Fatin Arissa.

Tenang jiwanya merasai, tetapi hatinya tiba-tiba mulai bertanya bagaimanakah dia boleh mengenali sang jejaka pelik bernama Tengku Qalif lalu berkahwin dengannya.

"Peliklah dia ni siapa sebenarnya? bohonglah kalau dia kahwin dengan aku tanpa sebab. Tak mungkin orang kaya macam dia akan pandang aku, aku kena siasat jugak ni." tekad Fatin Arissa.

Telefon bimbit dalam poketnya berbunyi, "Aduh siapa pulak lah yang call aku tak habis-habis ni. Artis pun tak angkat call dua puluh empat jam." omel Fatin Arissa tangannya menyeluk poket.

"Alah, dia lagi." Fatin Arissa mencebik bibirnya.

"Assalamulaikum, nak apa call saya ni? tak penat ke asyik call saya je?." Fatin Arissa dengan mimik muka menyampahnya.

"Walaikumussalam, baguslah satu peningkatan yang baik selalu panggil 'kau aku' tapi kali ni guna 'saya' pula." kata Tengku Qalif tersenyum sinis

"Awak puji atau memerli?." tanya Fatin Arissa geram.

"Apa yang awak fikirkan itulah jawapannya." balas Tengku Qalif.

"Okey, sekarang ni apa yang awak nak call saya ni?." Fatin Arissa menepis seekor kerengga yang cuba menghampirinya.

"Tak rindu Abang ke?." tanya Tengku Qalif

"Apa tak dengar, Abang." Fatin Arissa segera berpura ingin muntah, geli dengan kata-kata Tengku Qalif. Macamlah tak pernah panggil Abang dengan bekas suami dulu.

"Fatin tak rindu Aisha ke, tak rindu Ummi ke?." soal Tengku Qalif serius.

"Siapa Aisha? dan Siapa Ummi?." tanya Fatin Arissa semula.

"Aisha tu anak Abang dan Ummi tu dah tentu Mak Abang." kata Tengku Qalif.

"Ouh, macam tu ke? maaflah lupa." balas Fatin Arissa teragak-agak.

"Sayang jangan lupa tau esok Abang akan datang jemput Sayang balik. Abang akan bawa Aisha sekali." Tengku Qalif memperingati.

"Awak, please jangan panggil saya dengan panggilan 'sayang'. Bukan atas sebab saya tak suka tapi saya betul rasa tak selesa. Saya mintak maaf sangat." Fatin Arissa memohon maaf.

"Salah ke kalau saya panggil isteri saya Sayang?"

"Tak salah cuma panggilan tu memang betul-betul buat saya tak selesa buat masa ni. Harap awak faham, saya selesa kalau kita teruskan buat masa ni dengan panggilan 'kau aku' ataupun 'awak saya'." tutur Fatin Arissa lembut. Bukan senang nak bagi si Fatin Arissa ni bercakap lembut selalu garang je memanjang.

"Kalau macam tu tak apalah, bye Assalamulaikum." mati hasrat Tengku Qalif untuk bergurau dengan isterinya sendiri apabila Fatin Arissa berkata begitu.

"Walaikumussalam." balas Fatin Arissa lembut. Serta merta talian dimatikan.

"Dia merajuk ke?" monolog Fatin Arissa sendiri.

"Tapi untuk apa dia merajuk? bukannya aku bergusti dia pun. Hmm, biarlah kat dia." Fatin Arissa meneruskan lamunannya.

Sedang asyik menikmati pemandang. Bahu Fatin Arissa ditepuk oleh Puan Aminna. "Jauh termenung nampak? dah sampai mana?." tegur Puan Aminna. Puan Aminna duduk bersebelahan Fatin Arissa.

"Dah sampai Menara Condong kat Teluk Intan tu Mak." senyum Fatin Arissa.

"Mak ingatkan dah sampai ke Kuala Lumpur." teka Puan Aminna.

"Kuala Lumpur ada siapa?." Fatin Arissa cuba mengingati.

"Suami sendiri pun dah lupa. Tadi siapa yang call?." soal Puan Aminna.

"Qalif yang call." balas Fatin Arissa.

"Sebab apa dia call?."

"Esok dia nak datang bawak anak dia sekali. Mak kalau Rissa nak tanya satu soalan boleh tak??." tanya Fatin Arissa.

"Nak tanya sepuluh soalan pun Mak tak kesah."

"Rissa kenal dengan suami baru Rissa ni dah berapa bulan?." tangan Fatin Arissa menepis lagi seekor kerengga yang naik ke betisnya. Banyak betul kerengga ni.

"Mak rasa tak sampai sebulan kut, lepas tu Rissa dengan Qalif berkahwinlah." balas Puan Aminna.

"Ouh, okeylah macam tu." Fatin Arissa sudah bangun ingin pergi.

"Rissa nak pergi mana?."

"Nak masuk dalam rumah nak minum, tekak ni dah hauslah." Fatin Arissa memegang tekaknya.

"Tak payah masuk dalam, duduk je dekat sini biar Mak yang ambilkan."

"Ehh tak payahlah Mak. Rissa boleh buat sendiri." Fatin Arissa cuba menghalang.

"Mak nak bawak minuman petang ke pangkin tu lah. Kita duduk rehat dekat situ." ujar Puan Aminna.

"Alah Mak, Rissa boleh tolonglah." Fatin Arissa menawar diri untuk membantu.

"Betul nak tolong ni?" Puan Aminna inginkan kepastian.

"Nak! Nak!." teruja Fatin Arissa dibuatnya. Padahal angkat sepinggan cucur udang sahaja.

"Jomlah.." Puan Aminna berjalan mendahului anaknya manakala Fatin Arissa hanya setia mengikuti Puan Aminna dari belakang.

***********

𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖Where stories live. Discover now