BAB 26

8.6K 269 2
                                    

Hazreen mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Tengku Qalif.Dia sudah rancang ingin melihat adakah bahagia Fatin Arissa bersama dengan Abang Angkatnya.Hazreen merapati Puan Haslina yang sibuk dengan kerjanya menyiram pokok bunga.

"Ibu..boleh tak kita jumpa Abang Qalif?"tanya Hazreen bernada manja sambil memeluk Puan Haslina dari belakang.

"Buat apa sayang?"soal Puan Haslina kehairanan.

"Ala..Ibu kita jenguk je lagipun masa Abang Qalif kahwin kita tak pergi pun kan? lagipun Abang Qalif juga yang kata dia buat kecil-kecilan je."pujuk Hazreen lagi.

"Bila kita nak pergi?"

"Sekarang boleh tak ibu?"

"Sekarang? okeylah jom bersiap..tapi Hazreen tau ke dimana rumah Kak Fatin?"

"Rumah Kak Fatin? hmm...hari tu Abang Qalif ada hantar alamat dekat Hazreen."

"Baguslah kalau macam tu.Boleh kita jumpa Abang Qalif dengan isteri baru dia."

"Erk..menyampahnya aku dengar perkataan 'isteri'! Entah-entah kahwin dengan Abang Qalif pun sebab nakkan harta je."Hazreen menyumpah-nyumpah dalam hatinya tentang Fatin Arissa.

"Hazreen buat apa lagi tu? cepatlah siap..tadi dia yang cepat sangat.Takkan nak tunggu musim durian baru Hazreen nak bersiap?"perli Puan Haslina.

"Okey..okey...Ibu tunggu tau Hazreen nak bersiap lawa-lawa."ujar Hazreen kemudian berlalu pergi.Dalam hatinya berbisik irama girang."Kau tunggulah Fatin Arissa...!"

TENGKU QALIF berdiri dihadapan daun pintu rumah bapa mertuanya sambil menanti kepulangan isteri dengan tenang.Luaran nampak tenang tapi didalam gelisah,geram dan marah saling berbaur.Sejak dari pagi tadi kira-kira pukul 10 pagi hingga kini jarum jam mula ingin menunjukkan pukul 1 petang."Manalah kau pergi Fatin...kau sajakan nak bagi Mak dengan Ayah kau labelkan aku sebagai suami tak guna.Kononnya tak pandai jaga kau.!"getus hatinya.Banyak perkara lain perlu difikirkan selain memikirkan tentang isterinya yang kononnya lari rumah tanpa punca.

"Qalif tunggu Rissa ke?"soal Puan Aminna.Malu juga setelah melihat menantunya jadi seperti ini semuanya gara-gara Fatin Arissa hilang tanpa ketahui tapi Tengku Qalif yang mengaku bahawa anaknya pergi kerumah kawan baiknya.Tetapi bila Puan Aminna cuba menelefon kawan-kawan Fatin Arissa yang begitu rapat tidak pula diangkat.

"Iyalah Mak...risau pula kalau apa-apa terjadi dekat dia.Qalif nak cari dia bukannya tau pun selok belok jalan kampung ni."Tengku Qalif berpura-pura.

"Mak dah cuba call kawan baik dia tapi tak ada pulak diangkat.Sabarlah lagipun Rissa bawa telefon kan? nanti call la dia."

"Qalif dah call dia tapi..dia macam tak nak angkat je.Nak kata kami bergaduh tak ada pula."

"Mood dia kurang baik kut.Qalif tak payahlah tunggu dekat depan ni masuklah dalam."ajak Puan Aminna.

"Nanti Qalif masuklah Mak. Mak masuklah dulu..."

"Kalau macam tu Qalif kata tak apalah Mak pun tak boleh nak kata apa kan."Puan Aminna menapak pergi meninggalkan Tengku Qalif seorang diri disitu.

Tengku Qalif membuka telefonnya mencari nombor telefon milik Isterinya.Tiba-tiba matanya terpana pada nombor telefon 'Nenda' tanda seseorang telah menjawab panggilan dari Nenda.Siapa pula yang jawab panggilan Nenda? takkan Fatin Arissa bini aku?

"Kalau dia yang angkat apa yang Nenda cakap dengan Fatin? jangan-jangan Nenda dah terlepas cakap dekat dia."gusar mulai bersarang dilubuk fikiran Tengku Qalif.

Dia amat mengenali sifat Nenda dia bagaimana.Tengku Hasni akan berbicara dengan lantang apabila marah tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.Selamba Nenda sahaja menghina,mengutuk orang lain tanpa usul periksa.Tengku Qalif juga tahu bahawa keputusan Tengku Qalif untuk menikahi Fatin Arissa awal-awal lagi sudah dibantah oleh Nenda.Sehingga Nenda sanggup mendoakan agar hubungan mereka tidak kekal lama.

𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖Where stories live. Discover now