BAB 34

8.9K 259 5
                                    

Sepasang mata tidak jemu memerhatikan wajah polos Fatin Arissa dari tadi. Pandangan itu disedari oleh tuan badan sendiri tetapi langsung tidak ambil peduli. Setelah tidak tahan Fatin Arissa segera menjeling Tengku Qalif.

"Kau nak apa?." Fatin Arissa menjegil matanya.

"Berapa hari kau tinggal kat sini?." soal Tengku Qalif.

"Suka hati aku lah, rumah Mak dengan Ayah aku. Aku nak tinggal berapa hari pun bukan ada siapa halang pun." Fatin Arissa mencebikkan bibirnya.

"Masalahnya, kau tu isteri aku diulangi 'isteri aku' faham?." Tengku Qalif menekankan perkataan isteri itu.

"Okey fine! Kau nak aku tinggal kat rumah ni berapa hari?." tanya Fatin Arissa bernada lembut.

"Macam ni lah, cukup tiga hari aku datang ambil kau." ujar Tengku Qalif.

"Apa? pendeknya, kau tau tak aku dah terbaring lama kat katil hospital tu. Sampai aku bangun je badan dah rasa kebas." bebel Fatin Arissa.

"Shhh, aku tak nak dengar apa-apa, cukup tiga hari je kau balik rumah aku. Jangan nak jadi isteri derhaka tau sayang."

"Sukati je kau cakap aku ni isteri derhaka, kau tu pulak apa suami derhaka?."

"Kau kenakan aku balik?."

"Tak adalah, aku main-main je." sengihan berbaur meluat dilemparkan pada Tengku Qalif.

"Kau ni sejak bangun dari koma makin senget kan otak kau." sindir Tengku Qalif.

"Senget aku pun bukan ada ganggu kau !, bukannya aku ada guna otak kau. Aku hairan lah macam manalah aku boleh kahwin dengan lelaki mulut tak de insurans macam kau!." omel Fatin Arissa.

"Mulut tak ada insurans ni jugak yang kau nak dulu." balas Tengku Qalif.

"Ehhh, sorry sikit tak ada maknanya aku nak dengan kau. Entah-entah kau yang terhegeh-hegeh nak dengan aku kan?." tuduh Fatin Arissa. Tapi memang betul kan.

"Macam manalah aku nak betulkan kedudukan otak kau ni." gumam Tengku Qalif.

"Otak aku betul, otak kau tu yang tak betul huh." jeling Fatin Arissa.

"Malaslah aku layan kau ni, buat stress! boleh senget otak aku!!." dengus Tengku Qalif.

"See mengaku pun otak dia senget hahaha." tawa Fatin Arissa.

"Apa benda yang korang berdua bergaduh ni? tak habis-habis sebut pasal otak dah kenapa?" Puan Aminna mencelah sebaik mendengar pergaduhan kecil didalam bilik mereka berdua.

"Tak adalah Mak, ni Suami Rissa buat lawak tapi hambar.!" balas Fatin Arissa.

"Ada-ada sajalah kamu berdua ni!." ujar Puan Aminna. Sebaik habis kata-kata meletus ketawa Fatin Arissa lagi.

"Yang kau dah kenapa gelak macam ni?." tanya Tengku Qalif.

"Sebab kau lah Mak dah tanya bukan-bukan. Dah lah aku nak keluar. Aku nak makan." kaki Fatin Arissa mulai mengatur langkah.

"Tak payah keluar, duduk je dalam bilik ni." Tengku Qalif menarik lengan Fatin Arissa.

"Tak nak! dah macam puteri raja pulak duduk dalam bilik je." Fatin Arissa cuba melepaskan lengannya.

"Kau pilih nak keluar atau..."

"Atau apa?." Fatin Arissa mulai panik.

"Aku cium pipi kau." sambung Tengku Qalif tersenyum nakal.

"What!! ahh tak nak! aku tak nak! aku geli dengan bibir kau!." Fatin Arissa meronta-ronta melepaskan diri.

Wajah Tengku Qalif mulai didekatkan pada pipi Fatin Arissa. Fatin Arissa tiada pilihan lain selain...bertindak ganas. Lutut Fatin Arissa diangkat lalu menendang bahagian sensitif lelaki Tengku Qalif. Apalagi senak Tengku Qalif dibuatnya menahan sakit.

Fatin Arissa terus melarikan diri keluar dari dalam bilik. "Kau memang kurang asam.." Tengku Qalif menahan kesakitan.

"Fuh, sebaik sempat lari." Fatin Arissa mengurut dadanya lega kerana terlepas dari suaminya sendiri.

××××××

"Isteri kau macam mana sihat tak? Ummi kau kata dia dah sedar." tanya Tengku Zarul.

"Entahlah lepas je dia sedar dari koma terus perangai dia pelik." balas Tengku Qalif.

"Pelik macam mana?." hairan Tengku Zarul.

"Dia makin ganas." kata Tengku Qalif.

"Ganas? ganas macam mana tu?."

"Dia sekarang makin brutal. Kau tau tak brutal tu apa!." pening Tengku Qalif memikirkan.

"Huish, kau agak-agak la bini kau boleh jadi brutal?." terkejut Tengku Zarul.

"Tak nak percaya sudah! dulu dia punyalah lembut sekarang boleh sakit kepala aku fikir." luah Tengku Qalif.

"Sabarlah bro, orang hilang ingatan memang macam tu. Layan je dia elok-elok nanti dia okeylah. Dah minum kopi tu." ujar Tengku Zarul tersenyum sinis.

Tengku Qalif hanya menurut sahaja kata-kata Tengku Zarul. "Nasib kau la Qalif." tawa Tengku Zarul dalam hatinya.

**********

𝙐𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘾𝙞𝙣𝙩𝙖Where stories live. Discover now