Part 9

38 0 0
                                    

"Ma! Abang ma! Abang!" Gadis itu hanya menjerit terlolong sedari tersedar dari lenanya yang panjang. Dia yang tak mampu bertenang itu terpaksa diberikan ubat penenang untuk stabil sebelum rebah kembali ke katil.

-----

"Ai Nou bunuh abang ma! Abang mati ma! Macam mana Ai Nou nak hidup kalau macam ni." Setiap kali jaganya. Matanya tak akan kering dari rembesan air yang bercucuran. Sudahnya membengkak dan merah lebam mata cantik si gadis. 

"Shhh.. sayang rehat ye." Sang Bonda tabah melihatkan keadaan anaknya begitu. Jika tidak diberi ubat penenang begitulah dia. Menangis dan meraung. 

-----

"Helmi!"

"Helmi!"

"Helmi!"

Buk!

Tubuh itu jatuh menyembah lantai. Gelisah dan resah. Imbasan dan gambaran ngeri bermain-main di mindanya. Tubuh yang terperosok di bawah lori berulang tayang bak pita rosak. Hamis darah semakit menyucuk deria baunya. Simbahan lekikan merah terlihat di mana-mana. Tubuh yang tidak sempurna itu dipaksa pergi dari bayangan-bayangan ngeri yang mengejarnya. 

Pintu dibuka dari luar meresahkan gadis yang ketakutan itu. Muncul wajah bengis dengan senyuman sinis bersama revolver di tangan. Mata si gadis terbeliak kerana terkejut. Tergeleng-geleng kepalanya mengharapkan belas kasihan. Terasa tubuh dipeluk, gadis itu mencuba menghalang gerangan yang memeluknya dari menjadi sasaran lelaki bengis di depannya. 

"Tak!"

"Jangan!"

"Jangan bunuh dia!"

Bang! 

Jeritan menggila memenuhi ruang bilik. Menggelupur tubuh si gadis terdampar di lantai ruangan itu.

"Cinta!"

Hamis yang semakin meloyakan menyebabkan segala isi perut dimuntah keluar. Lemah. Terasa tiada lagi yang mampu dikeluarkan selain muntah angin.

"Cinta!"

"Abang..."

"Doktor! Nurse!"

-----

Matanya dibuka perlahan saat terdengarkan bunyi pintu ditutup perlahan. Pandangan yang kabur perlahan-lahan semakin jelas setelah retinanya semakin biasa dengan terjahan cahaya. Kiri dan kanannya dipandang. Asing. Dia di mana? Baru sahaja mahu menggerakkan tubuhnya kesakitan yang menjalar seluruh tubuh hampir membuatkan dia menjerit kuat.

"Aduh!" Tapi hanya itu sahaja yang terbit keluar dari bibirnya. Berkerut dahinya dengan mata yang tertutup menanggung kesakitan yang tak terperi. Tangannya cuba digerakkan tapi tiada rasa yang mampu dikesan. Kaki juga dilakukan yang sama. Namun tetap sama yang dirasakan pada tangan kirinya. Terasa seperti sesuatu, kepala yang terasa berat dipanggung sedikit melihat kondisi kaki dan tangannya. Satu keluhan berat terlepas dari bibirnya.

Mata yang terpejam memikirkan nasib sendiri. Perlahan-lahan memorinya yang samar-samar menerjah ingatan. Insiden ngeri itu buatkan Ai Nou kembali membuka matanya luas. Cemas yang tiba-tiba menyerang buatkan Ai Nou mula gelisah. Wajah itu dicarinya. Harapan diletakkan tinggi menggunung. Tolong! Tolong katakan! Ini semua hanya mimpi. Kondisi Ai Nou beberapa hari lalu seperti manusia tidak waras juga semakin jelas di ingatan. Semakin memberatkan dia pada suatu kesimpulan. Dia tak mimpi. Ini semua benar-benar terjadi. Buktinya dirinya sendiri.

Mimpi itu. Mimpi yang sama mengetuk lena-lenanya. Ternyata ia petanda. Insan yang bertahun-tahun tidak ditemui itu akan diambil pergi buat selama-lamanya. Perpisahan yang dicipta mereka kerana haluan kehidupan yang berbeza dan juga pilihan keluarga yang difikirkan hanya sementara akhirnya hilang. Hilang. Tak akan lagi boleh bersua muka selain memori indah dan pahit sebagai kenangan. Rasa pedih dan sesak pada dada akhirnya meledakkan tangisan yang semakin murah. Penyesalan. Tiada guna untuk menyesal. Suratan Qada' dan Qadar sudah tertulis seperti itu. Manusia yang bertuhan itu hanya punya pilihan. Muhasabah, redha dan teruskan hidup menjadi hamba Tuhan. Atau menjadi hamba kufur sentiasa menyalahkan takdir yang tidak diminta. Tidak sedar takdir itu ditentukan untuk menguji bukan didatangkan kerana diminta.

CINTA dan Lelaki (COMPLETED)Where stories live. Discover now