Part 2

101 1 0
                                    

Cinta..

Untuk Sang Tua ini, tiada cinta yang ingin digambarkan. Cintakah artinya?

Sedangkan Cinta..

Terlalu banyak pada Ai Nou. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar alam semesta. Sesuatu yang menyentuh hati Ai Nou. Itulah cinta.. menggamit Ai Nou untuk menumpahkan sayangnya tidak mengira siapa dia, apapun dia..

Sang Tua,

Masih gagah tubuhnya bekerja. Lasak dan lincah seperti usianya masih lagi anak muda trang tang tang! Jika cinta yang ada dalam diri Ai Nou, dia akur. Pada makna cinta sahaja belum menjelaskan rasa hatinya pada Sang Tua. Biarpun Sang Tua itu lelaki, Ai Nou tidak menafikan juga tidak mengiyakan.

Lelaki,

Difinisi kaum ini pada Ai Nou ada kriterianya sendiri. Manakala Sang Tua. Dia tiada dalam definisi Ai Nou. Jadi, siapa Sang Tua?

Ai Nou! Kau jangan nak meng'khunsa'kan atuk kau! Hahaha! Tak senonoh.

Sang Tua,

Dia.. hanya Sang Tua..

"Ainur." Lembut panggilan itu menyapa telinga Ai Nou. Gadis genit itu, masih begitu. Tiada tanda-tanda pelukan bakal dilepaskan. Malah, semakin dieratkan pelukan yang melingkar pada tubuh Sang Tua.

Rindu,

Tiada kata yang mampu diluahkan. Rindu yang berbuku tetap berpaut di tangkai hatinya. Menyelimuti hati dengan kehangatan rindu. Hangat yang mengundang sebak yang entah dari mana datangnya. Sedar sahaja. Mutiara jernih telah membasahi pakaian Sang Tua. Dari perlahan, semakin lebat. Dari tidak bersuara, teresak juga kedengaran.

"Hey, shuu.. shuu.. atuk datang jauh-jauh. Nangis pula dia." Pelukan pada tubuh dirungkai perlahan. Wajah Sang Cinta diusap. Air mata dikesat. Kemerahan yang menahan rasa pada wajah mengundang sayu pada hati Sang Tua.

"Rindu.." Suara yang tenggelam cuba disuarakan. Lebar senyuman si atuk.

"I know my dear. Atuk pun rindu jugak." Dahi si suli yang dikasihi dikucup penuh kasih. Jantung hatinya ini. Terasa masa begitu pantas berlalu. Bayi yang dikendong kini sudah besar panjang menjadi dara sunti. Hai la cucu..

"Dating jom!" Kesedihan bertukar ketawa. Seri wajah yang suram bersinar cantik menggamit mata-mata memandang tanpa lepas. Air mata dikesat. Gurauan si atuk disambut ceria. Suka sekali Ai Nou melingkarkan tangannya pada lengan si atuk sambil melentokkan kepala di bahu. Manja sekali dia. Mata yang memandang mula mengundang cemburu.

"Amboi dua beranak ini! Kalau jumpa memang lupa orang lain." Wanita berhijab menyapa Ai Nou dengan senyuman mesra. Tidak menunggu, tubuh itu pula menjadi sasaran. Wajah yang sudah berkedut di mamah usia dikucup tanpa henti. Jika tak mendapat ketam batu di perut Ai Nou, bakal penuhlah air liur basi di wajah Sang Bunda. Lagak Ai Nou mengundang tawa semua di situ. Kecuali seorang. Mencebik dia. Riak wajah tidak suka sedangkan hati?

Cinta juga,

Si anak dan si ibu. Sudah Al tahu lagi Al Makruf! Tidak terpisah kasih anak dan ibu. Biarpun jika diuji darah mereka, jika diuji kesahihan nasab mereka. Keraguan sangat penuh pada kata putus kelak. Namun, saat hati itu jatuh kasih. Saat hati itu juga jatuh sayang. Cinta yang tandus bakal membuak-buak ingin dicurahkan. Sang Bunda. Wanita berhijab ini mamanya. Biar apapun sejarahnya. Sang Bunda itu mamanya. Sampai bila-bila!

Tentang sejarah,

Siapa tidak punya sejarah. Dilahirkan, disusukan, dibesarkan, disekolahkan hingga menjadi manusia ketika ini. Walau sejarah itu juga ada hitamnya ada putihnya. Begitu juga Ai Nou. Masa silam Ai Nou. Akal yang waras, tidak pernah sekali kenangan masa lalu dilupakan. Biarpun pahit melampaui pahitnya hijau hempedu mahupun manis nikmatnya melebihi madu. Ai Nou tidak pernah lupa. Mengapa perlu lupa? Ai Nou hari ini kerana sejarah. Yang pahit kekuatan dia hari ini. Yang manis semangatnya hari ni. Positif! Bahagia itu milik kita!

CINTA dan Lelaki (COMPLETED)Where stories live. Discover now