Alkisahnya

19.6K 242 20
                                    

Riuh rendah kelas 5A dengan sorakan dan teriakan pelajar pelajar perempuan. Cikgu matapelajaran pendidikan kesihatan masih belum tiba.

"Kalau kitorang bercium, sorang sorang bagi aku 2 ringgit ae.." Aira menghalakan jari telunjuk pada rakan rakannya yang lain. Lengan baju di sinsing memandangkan tiada pelajar lelaki.

"Set! Jangan risau. Mulut ae.. Jangan ngelat!" Fa-iqah sudah siap sedia mengeluarkan not biru 2 keping.

"Ew! Halia gila do korang!" Dalishasha membuat riak jijik.

"Eleh, kitorang kawan je. Setakat cium tu, apa la sangat" Keningnya diangkat beberapa kali. senyuman nakal terukir dibibir sambil memandang orang yang akan diciumnya sebentar lagi.

"Satu..... dua....." Fa-iqah merangkap pengadil tak berbayar memulakan kiraan.

Dua orang pelajar perempuan itu merapatkan mukanya.

"Tig-"

"Ewww! Aku straight lagi do" pelajar perempuan yang berkaca mata itu menarik mukanya kembali.

"Alaa... weh, duit tu. Kau taknak ke?" pujuk Aira, pelajar perempuan yang hampir bercium dengannya tadi.

"Yela yela. Iqah, kira balik"

"Okay, satu... dua... tiga"

Chup!

"Ew!" gamat satu kelas yang menonton adegan dua pelajar perempuan itu tadi.

"Weh! Air weh! Air!" gelupur Aira bangkit dari kerusi lalu melompat lompat. Mulutnya dikesat bertalu talu.

Pelajar perempuan berkaca mata itu pula kaku. Terasa dunia sudah berhenti berputar.

HALIA .✔️Where stories live. Discover now