[17] I'm Not Cute

Start from the beginning
                                    

"Kenapa? Hud tak suka ke?" Tanya Mia. Pandangan kami bertemu.

"I'm... Just stop saying that i'm cute." Jelasku. Aku tertunduk. Mia tidak pernah memujiku comel sebelum ini. Sejujurnya aku sedikit malu.

"Hud cute.." Katanya lagi.

"Stop.." kataku pelan.

"Hud Cute.." Mia tergelak kecil.

"Okey princess. Stop it.." kataku. Mia tergelak kecil.

"Hud nak tahu tak macam mana Mia jatuh cinta dengan Hud dulu?" Kata Mia.

"Nak." Aku tersenyum.

"Waktu tu Mia kat ruang tamu, Mia dengan mummy baru sampai kat kampung pagi tu. Lepastu Mia nampak ada orang datang. Rupanya Hud dan mama sofia. Hud salam Tok Aki dan Hud ternampak Mia.." Mia mula menceritakan kisah lalu kami yang aku tak dapat untuk ingat.

"Lepastu? Kenapa berhenti?" Tanyaku. Aku betul-betul nak tahu.

"Lepastu Hud senyum.." Kata Mia lalu Mia tersenyum.

"Jadi Mia sukakan Hud sebab apa?" Tanyaku.

"Sebab senyuman Hud." Katanya.. Senyuman aku?

"Hud kan cute." Katanya lagi. Dia tergelak kecil.

"Stop it.." Janganlah cakap pasal cute.

Mia memandang tepat ke mataku.

"Mia.." Panggilku pelan.

"Hm?" Kata Mia. Aku melihat ke arah bibir Mia yang berwarna merah jambu. Tiba-tiba jantungku berdegup kencang.

"Kenapa Hud?" Tanya Mia.

"Can i kiss you?" Tanyaku. Belum sempat Mia menjawab soalanku, aku sudah mencium bibir Mia.

~°~

"Selamat pagi Tok." Aku menyapa Tok Aki sambil tersenyum ceria.

"Pagi apanya? Dah tengahari ni." Kata Tok Aki. Aku tergelak kecil. Aku tak perasan dah tengahari.

"Selamat tenghari Tok." Kataku.

"Lain macam kamu harini Hud." Kata Tok Aki sambil melihatku dengan wajah curiga.

"Biasa jelah Tok." Kataku. Tok Aki menghirup kopi suamnya.

"Boleh tak kamu tolong Tok pasang langsir dekat bilik tetamu?" Tanya Tok Aki setelah lama mendiamkan diri.

"Boleh Tok, mana langsirnya?" Tanyaku pula.

"Tok dah letak langsir tu dalam bilik tetamu." Kata Tok Aki lagi.

"Ok Tok, Hud pasang sekarang lah." Kataku sebelum berlalu pergi ke bilik tetamu. Saat aku masuk saja ke dalam bilik tetamu, alangkah terkejutnya aku saat melihat bilik yang dulunya stor itu kini sudah bersih dan kemas tanpa serbarang habuk pun.

"Waa." Kataku kagum. Tok Aki memang hebat!

Aku melihat ke arah langsir yang berada di atas katil.

Tanpa berfikir panjang lagi, aku pun terus mengambil langsir itu. Aku melihat ke arah tingkap sambil mengerutkan dahiku.

"Macam mana nak pasang ni?" Kataku sendiri.

~°~

Harris mendekati umienya yang sedang menonton tv di ruangtamu.

"Harris pergi dulu yaa." Kata Harris lalu menyalam tangan umienya.

"Hati-hati dekat kebun umie tu." Pesan umienya.

"Baik umie." Harris tersenyum sebelum berlalu pergi. Harris pun terus pergi ke kebun yang berada di belakang rumah.

Harini Harris ingin membersihkan kebun umienya lalu memancing di kolam umienya.

Sudah lama Harris tidak melakukan aktiviti itu kerana terlalu sibuk berkerja. Berkerja sebagai model bukannya kerja yang senang. Tapi Harris tetap menyukainya.

8 tahun yang lalu..

Harris mendekati Mia yang sedang duduk termenung di tangga terakhir rumah Tok.

"Mia." Sapa Harris lalu duduk di sebelah Mia. Harris memberi sedikit jarak di antara mereka.

"Mia." Panggil Harris lagi. Namun Mia masih mengelamun ke arah perkarangan rumah. Harris melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Mia.

"Harris." Mia tersenyum sambil melihat ke arah Harris.

"Mia fikirkan apa sampai tak perasan Harris datang ni?" Tanya Harris. Mia ini ada-ada saja.

"Tadi Mia tengok Tv dekat rumah Tok Aki. Mia ada nampak model tu jalan kat pentas." Kata Mia.

"Oh.." Harris hanya mengangguk faham.

"Macam mana perasaan jadi model ya?" Tanya Mia pada Harris. Selalunya semua soalan Mia pasti dapat di jawab dengan pantas oleh Harris. Kerana Harris memang seorang pelajar yang bijak. Tapi kali ini, Harris tidak dapat menjawab soalan Mia.

"Hmm.." Harris tidak tau perasaan orang yang berkerja sebagai model macam mana.

"Harris.. Tak tau." Akhirnya Harris mengalah. Inilah kali pertama Mia bertanya dan Harris tidak tau jawapannya.

"Harris sesuai lah jadi model!" Kata Mia sambil melihat Harris dengan teruja.

"Maksud Mia?" Tanya Harris pelik.

"Harris kan tinggi, kacak pula tu!" Puji Mia. Harris tertunduk malu.

"Tak lah." Kata Harris malu. Baginya dia biasa-biasa saja. Tapi sebenarnya Harris memang seorang lelaki yang kacak dan pintar. Sekali pandang memang dah perfect sekali.

"Mia rindu Hud." Tiba-tiba Mia bertanya tentang Hud.

"Hud kan masih dekat luar negara. Mungkin nanti Hud balik lah jumpa Mia." Kata Harris. Mia selalu menyebut nama Hud walaupun Hud sudah lama tidak bersama mereka.

Mia mengeluh kecil.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now