Plot

402 22 6
                                        

   Pagi menjelang lalu Kaila pun terbangun dari tidurnya dan terus bersiap untuk ke sekolah. Apabila tiba di sekolah Kaila disapa oleh Aini "Selamat pagi Kaila!" sapa Aini dengan gembira "Hai!" balas Kaila namun Kaila melihat sekelilingnya "Mana Syafikah?" Kaila mengangkat kedua keningnya "Tak datang lagi kot?" Aini sendiri tak pasti.

 "Well, tengok apa yang kita ada? Oh, the loser club!" Nana merenung mereka dengan tajam seraya tersenyum sinis melepasi Aini dan Kaila "Berlagaknya minah tu" Aini menjeling Nana yang semakin menjauh "Biarlah dia" Kaila menarik Aini ke kelas.

 Lalu mereka masuk ke kelas.

 Tak lama itu cikgu Zarina pun masuk ke kelas "Baiklah murid-murid topik komsas kali ini ialah tema cerita" cikgu Zarina memandang Hendri "Baiklah Hendri berikan saya contoh tema sesebuah cerita" arah cikgu Zarina sambil memandang Hendri "Oh, tema seram macam cerita hantu" Hendri tersenyum bangga "Menarik boleh berikan saya contoh?" tanya cikgu Zarina lagi "Cerita yang suspens dan menarik seperti Pontianak Harum Sundal Malam" jawab Hendri "Maksud kau perempuan mengandung yang mati di bunuh?" Celah Fiqah "Ya!" balas Hendri "Aku benci cerita yang banyak perempuan mengilai" sampuk Aisyh seraya membuat rolling eyes lalu semua tertawa.

 Masa rehat, "Jadi topik tugasan kita ialah cerita seram" kata Mimie acuh tak acuh "Ya, susahlah nak cari" Sahira mengeluh kecil. "Tak guna punya Hendri disebabkan dia aku kena cari cerita seram untuk tugasan komsas aku!" rungut Nana kepada Atira seraya mengurut dahinya "Betul tu aku dah la penakut ni nak suruh aku kaji cerita seram pula" bebel Atira sampai termuncung mulutnya.

 "Congkak, Jangan Pandang Belakang dan lain-lain korang boleh ambil untuk tugasan tu" Hendri bersemangat untuk membantu Kaila dan Aini "Tak apalah aku cari sendiri" balas Aini dengan senyuman kecil lalu bangun untuk membeli makanan "Aku pun sama" sampuk Kaila.

 Masa balik pun tiba, Kaila berjalan kaki hingga ke rumah namun dalam perjalanan itu dia dapat merasakan seperti ada seseorang yang sedang memerhatikannya dan mengekorinya "Perasaan saja ni" getus hatinya untuk menyedapkan hati namun Kaila mula terasa takut dan terus berlari ke rumahnya.

 "Sayang!" sapa ibunya puan Dalilah namun Kaila tidak mengendahkan sapaan itu dan berlari masuk ke dalam biliknya. Puan Dalilah tergamam kehairanan dengan sikap anaknya tadi "Mungkin masalah sekolah la tu" puan Dalilah tidak mengambil serius lalu menyambung membasuh pinggan.

 Tiba-tiba pintu rumah puan Dalilah diketuk "Sekejap!" jerit puan Dalilah lalu membuka pintu namun tiada siapa pun di luar hanya sebuah kotak saja yang ditinggalkan dan ada sekeping kertas yang diletakkan di atas kotak tersebut yang bertulis 'Untuk Dalilah tersayang' riak wajah puan Dalilah berubah menjadi risau.

 Puan Dalilah pun segera membuka kotak tersebut "Ya Allah!" puan Dalilah terkejut melihat jantung manusia ada dalam kotak itu.

***

Malam itu, Atira sedang mencari cerita seram sebagai tugasannya "Seram la cerita ni takut aku" Atira memeluk bantal di dalam bilik tidurnya tiba-tiba telefonnya berdering.

Atira: Hello, ibu.

Ibu: Tira malam ni ibu dan ayah tak balik ya kami balik esok pagi.

Atira: Ok ibu, bye.

Lalu Atira turun ke bawah untuk mengunci pintu dan tingkap "Bila sorang dekat rumah ni memang seram" bisik Atira kepada dirinya sendiri lalu memeluk tubuhnya.

 Telefonnya berdering lagi lalu Atira segera menjawabnya.

Atira: Hello.

...: Hey.

Atira: Hey?

...: Awak suka cerita seram?

Atira: Siapa ni?

...: Peminat awak

Atira: Tak saya lebih suka cerita pembunuhan. (tersenyum)

...: Sangat menarik gaya pembunuhan macam mana yang awak suka?

Atira: Saya suka gaya di bunuh dengan tikaman di dada berkali-kali hingga mati.

...: Bagus!

Atira: Bagus?

Atira: Nanti siapa ni?

 Tiba-tiba Atira terdengar bunyi hentakan di pintu belakang. Perasaan takut mula muncul di benak hati lalu Atira ingin keluar dari pintu depan namun dia tersentak apabila ternampak kelibat berpakaian serba hitam dan bertopeng  putih berada di hadapannya. Atira kaku seakan boneka, dia tahu ajalnya bakal tiba. "Arrgh!" Atira ketakutan lalu perutnya ditumbuk oleh pembunuh itu hingga tersungkur ke lantai.

 Senak rasa perutnya apabila ditumbuk dengan kuat "To-tolong!" Atira cuba menjerit dengan kuat namun suaranya agak sukar dikeluarkan.

 Pembunuh itu pun mengeluarkan sebilah pisau yang tajam dan berkilat lalu terus menikam dada Atira "Arrgh!" darah keluar dari mulutnya kemudian pembunuh itu menikam perut Atira pula.

 Tak lama itu Atira maut di situ dan pembunuh itu pun menghilangkan diri. Esoknya ibu bapa Atira tiba di rumah lalu ibu Atira terkejut melihat pintu rumahnya terbuka "Atira" panggil ibunya dalam keadaan resah namun tiada jawapan lalu ibunya menghampiri pintu masuk dan "Atira!" ibunya terkejut melihat mayat Atira yang berlumuran darah terbaring di ruang tamu.

 Di sekolah.

 Cikgu Zarina masuk ke kelas dengan wajah yang sayu "Saya nak maklumkan bahawa Atira telah pun meninggal dunia akibat di bunuh semalam" cikgu Zarina menunduk sayu. Semua yang ada di kelas bagai tidak percaya dengan apa yang mereka dengar "Atira dah ma-mati?" Kaila tergagap "Tak, tak, tak mungkin!" Nana bernada sedih kerana Atira merupakan kawan baiknya "Jangan sedih ini dah takdir" Aisyh memeluk Nana untuk menenangkannya.

 Mereka semua menghadiri majlis pengebumian Atira dengan penuh kesedihan.

 Setelah tamat majlis pengebumian, Kaila pergi ke rumah Atira untuk kenduri tahlil yang diadakan "Tabah la makcik pak cik berdoalah supaya Atira di tempatkan di golongan orang yang beriman" nasihat Aisyh kepada ibu bapa Atira.

 Seminggu selepas kematian Atira.

 "Kau tak rasa pelik ke dengan kematian Atira ni?" Hendri merenung Sazlyn dengan pandangan sangsi "Apa maksud kau?" Sazlyn tak faham dengan maksud Hendri "Maksud aku, dia di bunuh tapi kenapa dan siapa yang buat?" Hendri menongkatkan dagunya "Berkemungkinan orang tu musuh  Atira" balas Sazlyn acuh tak acuh sambil menulis nota "Atau mungkin sesiapa saja di sekolah ni adalah pembunuh" Hendri tersenyum sinis "Dan termasuk..." kata Sazlyn dipotong oleh Hendri "Termasuk kita semua" sampuk Hendri.

  Malam itu, Sazlyn membuka Youtube untuk menghilangkan rasa bosan namun dia terkejut apabila melihat video dia sedang bermesra dengan Qis di dalam sebuah kereta Myvi  bewarna kelabu tersebar. Riak muka Sazlyn berubah resah lalu melepaskan nafas berat.

 Sazlyn pergi ke rumah Qis "Sayang!" jerit Qis seraya memeluk Sazlyn dengan eratnya "Awak dah tengok ke video tu?" Sazlyn mencuka "Dah tapi biarlah.. Biar semua orang tahu" Qis tersenyum seraya kedua tangannya merangkul leher Sazlyn lalu mereka berpelukan.

#PercayaKami

#TidakPercaya

MenjeritWhere stories live. Discover now