Hai, aku Elin. Itu panggilan yang diberi oleh arwah ibuku yang kupanggil "Ming".
The Story of Elin merupakan koleksi cerita-cerita yang pernah berlaku dalam hidupku.
Tujuan aku berkongsi cerita-cerita ini adalah untuk memberitahu kamu bahawa kejay...
¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.
"Kenapa awak duduk sorang-sorang kat sini?". Tanya seorang senior lelaki padaku.
"Takda apa, saja." Jawabku acuh tak acuh.
"Pelik tengok awak, awak takde kawan ka?" Tanyanya lagi.
Aku cuma tersenyum dan beralih ke meja satu lagi. Itu soalan biasa bagi aku, namun dalam hati aku rasa pilu. Ya, aku tiada kawan. Bukan tiada langsung orang hendak berkawan dengan aku, tapi aku ni memang tidak pandai berkawan. Aku lebih suka melayan fikiranku sendiri memikirkan tentang banyak perkara.
Waktu itu aku bersekolah di MRSM Kuala Terengganu. Aku seorang yang aktif menyertai aktiviti seperti pidato, berpantun, bersajak dan juga pementasan drama. Ramai juga yang mengenali aku. Tidak kurang juga yang cuba nak memikat aku. Almaklumlah masa itu aku masih muda lagi, badan masih lagi "slim" lagi, haha!
Walaupun aku dikurniakan bakat berpidato dan berbahas, aku ini tidak berbakat dalam mencari persahabatan. Ada yang fikir aku ni sombong, hakikatnya aku ini yang takut orang tidak mahu berkawan dengan aku. Aku lebih banyak melepak dengan senior-senior dari rakan sebaya aku.
Mungkin kerana sikapku yang pelik, iaitu suka menyendiri itu membuatkan rakan sebaya menjadi kurang senang dengan aku. Tapi aku tidak peduli hal orang. Aku masih ingat kisah aku menolak cinta seorang senior dan cara yang kasar walaupun dia cakap baik-baik sahaja dengan aku. Bukannya apa, sudahlah aku ini tiada kawan, nanti apa pula kata orang jika tahu aku bercinta pula dengan senior.
Masih aku ingat, peristiwa di "Boo" ramai-ramai di atas pentas pemilihan perwakilan pelajar kerana aku memberi jawapan yang jujur tetapi bodoh.
"Anda memilih untuk jadi MPP, adakah anda yakin anda akan menang?" soal seorang rakan sebaya aku.
"Saya yakin. Sebab saya ada sokongan penuh dari senior-senior".
Serentak itu juga aku di "Boo" dan dibaling kertas seingat aku. Memang jawapan itu jawapan bunuh diri. Apa aku ingat aku ini artis? Walaupun aku dikenali ramai, tidak bermakna semua akan sokong aku. Meluat lagi adalah!
"Kamu tahu apa beza Famous dan Popular?" Aku masih ingat soalan itu ditanya oleh guru Bahasa Melayuku. Dia bertanya sambil santai duduk di atas meja sambil kakinya dihayun-hayun ke belakang dan ke depan.
Guruku ini walaupun mengajar Bahasa Melayu, dia suka menyelitkan cerita-cerita tentang hidup dan suka berjenaka. Maaf, aku tak begitu ingat namanya. Cuma aku agak rapat juga dengannya kerana aku sering mengikuti program pidato dan bahas.
"Famous adalah, ramai yang kenali kamu". Dia kemudian melihat ke seluruh kelas, kemudian memandang ke arah aku. Mungkin kerana dia nak sampaikannya padaku barangkali.
"Popular pula, ramai yang kenali dan suka kamu." Dia berhenti lagi, kemudian turun dari meja dan berdiri.
"Beza antara keduanya, orang yang famous dikenali ramai, tapi belum tentu disukai ramai. Jadi sesiapa sahaja boleh jadi famous, tapi belum tentu semua boleh jadi popular".
Sahabat, semoga kau belajar sesuatu malam ini, sebagaimana aku, 18 tahun dahulu.