Buli emosi: demi sesuap nasi!

15 1 0
                                    

"Lin, I tak tahan dengar you nangis macamni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lin, I tak tahan dengar you nangis macamni. You berhentilah kerja. Kenapa you nak siksa diri you lagi. Itu orang gila!"
Kata sahabat sepejabatku.

Aku menangis tersedu-sedan. Air mata membasahi muka namun aku biarkan sahaja ia mengalir. Aku terduduk di bahu jalan, kaki rasa tidak kuat untuk berdiri. Aku menelefon dia untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam jiwa.

Ya, aku pernah mengalami hidup bekerja sambil makan hati. Hari-hari dimarahi dan dituduh bermacam-macam cerita walaupun aku tidak melakukannya. Tengking? Itu perkara biasa. Namun setiap kali dimarahi bos aku itu akan kemudiannya memujuk aku kembali.

Semasa aku mula diambil bekerja, dia kata ingin menolong aku yang dalam kesusahan. Namun hakikatnya lebih kepada ingin mengambil kesempatan ke atas kesusahan orang lain.

"Puan, saya mahu balik, anak saya demam panas."
Kataku sambil muka menunduk, bimbang di herdik tiba-tiba seperti biasa.

"You balik sekarang, you kira satu hari potong gaji."
Katanya sambil mata memandang tepat ke arah aku.

Masa tu aku amat memerlukan wang, gaji pula dikira perday basis. Jika potong sehari banyak nilainya pada aku waktu itu. Masa tu jam dalam 11. 00 pagi. Jadi aku meminta untuk pulang waktu tengahari dan ambil cuti setengah hari sahaja. Walaupun anakku ketika itu betul-betul perlukan aku. 2 jam aku bekerja sambil air mata bercucuran.

"Ini pun tak tahu buat kah?"
Sambil tangannya menghempas -hempas fail atas meja.

"Susah sangat ke nak faham?"
"You tengok yang dia punya kerja, cantik tersusun. Bagus sangat. You punya?"
"Bukan dah ajar kan haritu?"
Semuanya di lontarkan dalam nada suara yang tinggi.

Bila dia kehilangan sesuatu dia akan menyelongkar meja aku, bimbang aku mencurinya. Dia semak kertas di mesin fotostat berkurang. Dituduhnya aku berniaga buat bisnes fotokopi. Walaupun hakikatnya ia memang diguna oleh pekerjanya yang lain.

Biasa sahaja aku dimalukan, ditengking malah diejek tidak pandai.  Dibandingkan pula dengan pekerja lain di hadapan umum. Biasanya dia akan memujuk aku kembali dengan belanja aku makan tengahari, buat-buat tanya tentang keluarga dan anak-anakku.

Aku tak daya untuk berhenti kerja waktu itu kerana sejak habis belajar Uia, aku gagal mendapatkan   pekerjaan lain. Suamiku pula diberhentikan kerja. Jadi memang hari-hari aku bekerja berendam air mata. Emosi aku terganggu dan jiwa aku seolah-olah dibeli. 

Akhirnya setelah dua bulan,  aku diberi kekuatan untuk menghantar surat berhenti. Itupun kerana kawanku tadi juga turut ingin meletakkan jawatannya. Walaupun gajinya jauh lebih lumayan dari aku, dia tidak sanggup lihat aku hari-hari dibuli emosi.

Jadi pada suatu tengahari, kami sama-sama undur diri. Namun yang mengejutkan kami, ada seorang lagi pekerja yang mengikuti kami hari itu dan turut berhenti kerja. Jadi bos aku kehilangan 3 orang pekerja sekaligus haritu.

Kenapa aku ceritakan ini pada kamu semua?

Aku pasti, ramai sahaja dia antara kita yang dibuli ditempat kerja. Pembulian emosi dalam bentuk kawalan aktiviti,  tengking, mengejek dan juga tidak kurang juga membuat tuduhan-tuduhan palsu.

Biasanya bila yang membuli kita itu adalah bos kita sendiri, memang sukar untuk kita mendapat pembelaan. Ramai yang akan menyuruh kita mengalah sahaja agar cerita tidak menjadi panjang dan serius.

Kita juga biasanya akur sahaja kerana fikir periuk nasi kita bergantung pada dia. Bila-bila masa dia boleh buang kita. Kawan-kawan juga takut hendak menolong kerana takut terkena juga, masing-masing ingin jaga periuk nasi mereka sendiri.

Baik aku buat hal aku, nanti aku pula yang kena. Mujurlah kawanku itu tidak begitu.  Walaupun berlainan bangsa dan agama, kita sama-sama manusia dan faham perasaan dibuli begitu. Harini hari dia, mana tahu esok hari aku?

Cerita buli emosi, pengawalan minda, pemantauan hidup peribadi di luar skop kerja serta pelbagai lagi corak buli yang menggangu jiwa ini biasanya jarang di bawa ke muka pengadilan.

Atas dasar apa kamu nak cari peguam? Nak cakap dalam mahkamah, yang bos kamu marah kamu kerana tidak jawab WhatsApp pada hujung minggu? Pada mereka ianya remeh.  Pada kamu, ianya ibarat hidup seperti telur dihujung tanduk, bila-bila masa boleh jadi alasan untuk dia membuang kamu.

Sahabat itu cerita aku 7 tahun dahulu. 
Cerita kamu?

-Kak Lin-
#TheStoryOfElin

The Story of ElinWhere stories live. Discover now