Aku pun terus pergi ke taman belakang rumah Mia. Aku berjalan sendiri melihat bunga yang berjenis-jenis. Cantik..

Tiba-tiba aku teringatkan Harris.

Apa yang hebat sangat si Harris tu?

Aku mengeluh kecil. Kenapa aku nak fikir tentang diorang? Bukannya ada kena mengena dengan aku pun. Lagipun aku kahwin dengan Mia bukan sebab cinta. Mungkin selama ni Mia sukakan Harris, lepastu terpaksa kahwin dengan aku. Kalau dah tau tak suka aku, janganlah terima lamaran papa.

Tapi kalau Mia tak kahwin dengan aku, mesti dia kahwin dengan Harris. Ish..

Aku mengerutkan dahiku.

Buat apa lah nak fikir.. Mia dah jadi milik aku dah pun.

Aku masuk ke dalam rumah. Aku dah tak ada mood disebabkan si Harris poyo tu.

Belum smpat aku masuk, aku terlihat Mia yang sedang duduk seorang diri di bangku panjang taman itu.

"Mia.." Sapaku. Aku duduk disebelahnya.

"Hud." Mia tersenyum. Manis sekali dilihat.

"Boleh Hud tanya sesuatu?" Tanyaku.

"Tanya lah, Hud lapar ke?" Dia memandangku.

"Lapar? Eh, bukanlah.. Hud nak tanya.. Harris tu siapa? Sejak bila korang berkawan?" Tanpa sedar aku tanya soalan tu pada Mia. Kenapalah aku tanya? Nampak sangatlah yang aku ni nak tau.

Aku mengeluh kecil.

"Harris kawan Mia dari kecil lagi. Kami rapat sangat." Mia berkata sambil tertunduk.

"Ouh." Macam tu rupanya.

"Sebenrnya Mia ada seorang lagi kawan waktu kecil, selalunya kami bertiga. Dia sayang Mia sangat, tapi dia dah tak ingat Mia lagi. Lepastu dia tinggalkan Mia." Aku melihat cecair jernih mengalir di pipi Mia. Dia nangis ke?

"Hey.. Why are you crying.." Aku memegang kedua bahu Mia kerana cemas. Kini kami berdua berpandangan.

"I'm not.." Mia mengesat air matanya, namun dia tetap mengalir.

"Dia siapa?" Tanyaku serius.
Mia tak menjawab pertanyaanku.

"It's okey. I'm here.. I won't leave you." Aku memeluknya. Berharap dia akan berhenti menangis. Aku mengusap belakang Mia.

"Jangan nangis yaa." Pujukku. Aku tak tau kenapa aku tak boleh tengok Mia nangis. Aku tak nak dia nangis.

"Mia okey.." Katanya pelan, aku pun meleraikn pelukanku. Kami berpandngan agak lama. Tiba-tiba..

"Miauu.." Aku terdengar bunyi yang tidak asing dari bawah bangku panjang itu. Kucing yang berwarna oren itu terus keluar. Dah macam Garfield aku tengok.

"Maaa!!" Aku menjerit dan terus berdiri di atas kerusi saat kucing itu cuba mendekati kakiku. Takut! Nanti dia gigit kaki aku.

"Miloo.." Mia tergelak melihatku lalu terus memeluk si Milo tu.

Tanganku sudah mula sejuk. Aku menjauhkan diri dari Mia. Ini mesti kucing Mia.

"Macam mana Milo boleh keluar dari sangkar ni?" Tanyanya kepada kucing itu. Macam lah kucing tu boleh jawab.

"Miauu.." Sahut kucing itu.

"Milo nak Hud?" Tanyanya dngan tiba-tiba. Dia mendekatkan kucing itu kepadaku.

"Hell No!" Kataku. Dah lah nama Milo. Tak ada nama lain ke?

"Mia gurau je lah." Dia memeluk milo kembali. Mia tersenyum manis. Aku sedikit tenang saat melihat Mia tersenyum.

"Jom teman Mia hantar milo kat sangkar dia.." Mia berkata dengan tenang.

"Wha.. What? No way.." Aku menggelengkan kepalaku sebanyak dua kali.

"Apa Hud?" Tanya Mia.

"Tak nak.." Kataku takut. Nanti Mia keluarkan tikus dia tu lagi.

"Cepat lah Hud! Klau tak, Mia lepaskan musang Mia.. " Katanya dengn senyuman yang penuh bermakna.

"Musang?" Tanyaku takut-takut. Bila masa Mia ada musang ni? Aku tak ingatlah.

"Jomlah teman Mia." Mia menarik lengan bajuku lalu aku ikut saja kemana Mia membawaku.

Aku melihat ke arah kucing yang berada di pelukan Mia.

"Milo ni baik lah." Kata Mia.

"Yelah.." Jawabku singkat. Aku tak suka kucing!

Akhirnya kami sampai di sangkar kucing Mia yang besar itu. Aku fikirkan kucing Mia banyak, ternyata cuma Milo tu je.

Mia memasukkan Milo ke dalam sangkat lalu mengunci penutup sangkar.

"Kenapa Mia tak bebaskan je dia?" Tanyaku.

"Sebab dulu Milo pernah hilang banyak kali.. Nasib baik jumpa. Mia tak nak kehilangan Milo lagi." Jelas Mia sambil melihat ke arah Milo.

Papa kata daddy Mia telah meninggal dunia saat Mia berumur 5 tahun lagi. Pasti Mia sedih kerana membesar tanpa daddy dia.

"Hud." Panggil Mia membuatkan lamunanku terus mati.

"Jom." Kata Mia sebelum berlalu pergi. Aku pun terus mengikuti Mia dari belakang.

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now