Hud:
Dari mana dapat nombor hud?

Mia Elsa:
Mummy

Aku tergelak kecil saat membaca nama Mia. Macam ni baru betul.

Hud:
Ouh.. Kenapa?

Mia Elsa:
Hud dekat mana??

Hud:
Kerjalah. Harini hari pertama Hud Kerja.

Mia Elsa:
Boleh ambil gambar? Mia nak tengok Hud.

Gambar aku? Dia nak buat apa?

Hud:
Kenapa? Hud malaslah.

Mia Elsa:
Cepatlah..

Aku memejamkn mataku. Aku mengeluh kecil lalu menghulurkan handphoneku ke depan muka untuk berselfie. Lantas aku send selfieku ke Mia.

Hud:
Dah.

Mia Elsa:
Ikhlas ke?

Hud:
Ikhlas lah.. Mia dekat mana?

Mia Elsa:
Dekat taman belakang rumah.

Aku sedikit terkejut saat mengetahui bahawa Mia berada di taman kerana itu membuatkan aku teringat kejadian haritu.

Hud:
Careful, Mia sorang je ke?

Dah 2 minit berlalu namun Mia tetap belum reply. Cepatlah reply Mia.

Hud:
Mia? R u okey??

Aku menghantar mesej sekali lagi. Namun Mia tetap tak balas. Aku pun terus minta alamat rumah Mia daripada papa.

~°~

TING-TONG!

Aku menekan lonceng rumah Mia.

Cepat lah.

Tiba-tiba kelihatan seseorang membuka pintu utama.

"Encik cari siapa?" Tanya wanita yang berusia lingkungan 40an itu.

"Mia ada? Saya tunang dia." Jawabku dengan cepat.

"Cik Mia ada dekat ruang tamu, masuklah Encik.." Kata Wanita itu.

Aku pun masuk ke dalam rumah. Kelihatan Mia sedang duduk di sofa ruang tamu. Kejap.. Siapa lelaki yang duduk kat sofa depan Mia tu?

"Hud.." Mia terus berdiri dari duduknya setelah nampak aku. Dia tersenyum.

"Kenapa Hud datang?" Tanyanya.

"Hm.. Hud.." Aku mencari alasan. Takkan nak cakap sebab aku risaukn dia pula.

"Ini Hud.. Tunang Mia.." Mia memperkenalkan aku pada lelaki itu. Lelaki itu melihat ku lama sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Saya Harris, kawan Mia." Kata lelaki itu. So.. Mia tak reply mesej aku di sebabkan Harris ni?

Tiba-tiba handphone harris berbunyi.

"Mia, Hud.. I think i should go.." Harris berkata setelah melihat screen handphonenya.

"Kalau Harris tak sibuk, datanglah jenguk Mia lagi ya?" Mia berdiri di sebelah harris.

"Okey, Harris janji." Dia tersenyum lalu mengusap rambut Mia dengan pelan. What the?

Aku hanya mampu mendiamkan diri sambil melihat mereka berdua.

"Terima kasih." Mia tersenyum gembira. Dia tak pernah senyum macam tu dengan aku.

"Sama-sama, Harris pergi dulu. Hud, saya pergi dulu.." Katanya dan terus berlalu pergi.

Aku hanya tertunduk dan mendiamkan diri. Kenapa dengan aku ni?

"Kenapa Hud datang?" Tanya Mia. Aku tidak menjawab soalan Mia.

"Hud?" Panggil Mia sekali lagi.

"Hud.. Belikan Mia buah.. Sebab.. Kemarin tak sempat belikan Mia.." Jawabku lalu tersenyum kelat, berharap dia tak curiga.

"Buah? mana?" Tanyanya dengan wajah pelik.

"Hah?" Aku memegang belakang leherku. Bodoh lah kau ni Hud, kalau cari alasan tu carilah yang logik sikit.

"Ouh ya! Dekat kereta, tertinggal. Hud ni memang pelupa..." kataku lagi.

"Yeke.." Mia kelihatan curiga.

"Nak Hud ambilkan?" Aku pun tak tahu kenapa aku cakap macam tu. Dah jelas-jelas tak ada buah dekat kereta.

"Nanti jelah.. Hud nak tengok pet Mia?" tanyanya dengn wajah teruja.

"Mia ada pet?" Tanyaku.

"Yaa! Jomlah." Dia menarik lengan bajuku.

Mia membawaku ke bilik yang sangat besar, Di mana dia meletakkan haiwan peliharaannya yang berjenis-jenis.

"Banyaknya..." Aku terkejut. Ada kucing, burung, arnab, musang, dan banyak lagi. Sejujurnya, bilik ni sangat menakutkan.

"Comelkan?" Tanyanya dengan wajah terujanya itu.

"Mia ada musang.. Tak takut ke dia gigit Mia?" Tanyaku takut-takut sambil melihat ke arah musang itu.

"Aman tu musang yang baik tau, dari kecil Mia jaga Aman.." Katanya. Siap bagi nama Aman lagi dekat musang tu.

"Arnab tu.." Mia menunjuk arnab yang berada di belakangku. Aku melihat ke arah arnab yng berwarna putih itu.

"Mia beli kemarin.. Nama dia Hud, bila tengok dia Mia teringat dekat Hud sebab Hud ada gigi arnab.." Mia tergelak kecil.

"Jadi ada dua Hud sekarang?" Tanyaku bergurau.

"Wait.. Is that.. Rat?!" Aku terkejut saat terlihat tikus itu. Kenapa jaga tikus?!

"Itu bukannya tikus lah.. Itu hamster, nama dia Leo." Katanya dengan bangga memperkenalkan si Leo tu.

Mia mengeluarkn leo dari sangkarnya.. What the!

"No no no! Tak perlu keluarkan.." Aku undur dua langkah ke belakang. Tanganku sudah mula sejuk.

"Kenapa? Hud takut hamster??" Tanyanya. Dia mengusap-ngusap tubuh tikus itu.

"Tak.. Hud tak takut.. Cuma.." Aku cuba menyembunyikn wajah takutku. Aku berpaling ke arah tingkap yang berada di sebelah kananku.

Tiba-tiba Aku terasa kepalaku sangat sakit.. Aku memegang kepalaku.

"Ini Hamster, haiwan kegemaran saya.. Nama dia Jijo.." Tiba-Tiba suara budak perempuan terdengar di telingaku.

"Hud?" Aku terdengar suara Mia memanggilku.

Entah kenapa tiba-tiba pandanganku menjadi kabur dan akhirnya gelap..

ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
𝓗𝓮𝓵𝓹 𝓶𝓮 𝓽𝓸 𝓶𝓪𝓴𝓮 𝓲𝓽 𝓼𝓱𝓲𝓷𝓮 ⭐
|🌹THANK YOU🌹|
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤㅤ

🅲 𝗛𝗘𝗥 𝗦𝗪𝗘𝗘𝗧 𝗛𝗨𝗦𝗕𝗔𝗡𝗗Where stories live. Discover now