Special Chapter ?

Start from the beginning
                                    

Raihan tergamam dengan pengakuan Ifrina. Mengenali wanita ini, dia tahu Ifrina bukan jenis orang yang mudah meluahkan perasaannya.

" Most welcome. Abang buat sebab abang nak sayang hidup. Abang nak halalkan sayang. Without you , I'm alone. I do love you too. Thanks sebab hadirkan Rizki. Abang hargai tu semua " Raihan mengusap kepala Ifrina. Dia tahu wanita itu ingin menangis. Biarlah Ifrina menangis dalam pelukan dia. Sebab dia tahu Ifrina masih belum kuat lagi.

Ifrina tersenyum. Rizki. Hm anak mereka. Ada satu hal lagi yang dia inginkan sampaikan. Mungkin Raihan akan terkejut juga ni.

" Rizki adalah anugerah untuk kita. I'm happy for having him. Tapi sayang happy juga sebab 8 bulan akan datang, sayang kan bagi hadiah yang sama untuk abang. Its girl " Ifrina rasakan Raihan menegak. Dia tahu lelaki itu terkejut.

Raihan terkedu. Dia tak salah dengar kan?

" You.. pregnant?! " Raihan rasa nak jerit je sekarang ni. Serious weh!

Ifrina tersenyum sambil mengangguk.

Sejurus Ifrina mengangguk, Raihan terus memeluk Ifrina sambil mengucap syukur. Dia tak sangka mereka akan jadi ibu bapa lagi. Arghh puteri mereka. Ya Allah. Dia janji dia akan jaga mereka yang dia sayangi. Dia janji!

¤¤¤¤

[[ IrfanxIffah ]]

Irfan meletakkan Izfan Hareez. Anak mereka yang baru sebulan. Dia tak tahu nak rasa apa bila Izfan lahir. Rasa nak menangis, gembira semua ada. Melihat tangan kerdil si kecil ni, dia rasa terharu sebab akhirnya dia dah jadi bapa.

" Irfan "

Dia menoleh. Kelihatan Iffah di muka pintu. Hahaha rasa nak gelak juga tengok Iffah berkain batik dengan stokin apa semua ni. Tapi katapun berpantang kan, kena lah.

" Orang dah cakap tunggu je dekat bawah, dia naik juga. Haih Farhana sayang oii. " Irfan membebel sambil pimpin Iffah ke katil.

Tadi Iffah degil nak turun makan. Jemu lah asyik makan dekat bilik je. Nak juga turun bawah. Tu pun mama dah bebel. Hahaha!

" Tak penat ea membebel? Kerjanya asyik nak bercakap je. Nasib baik suara sedap. Kalau sumbang, Farhana diamkan pakai lesung batu je Yan oii " Iffah menjeling suami di sebelah. Ni lagi sorang geng mama. Risau sangat. Macam dia ni nak terberanak lagi je.

Irfan menjulingkan mata. Orang risaukan dia, dia bebel pula. Nasib baik sayang.

" Ehh kita risaukan awak tahu tak. Kalau tak, takdenya nak kisah. " Irfan duduk di sebelah Iffah sambil memandang Izfan yang tidur itu.

Iffah memandang ke arah yang sama. Anak dia. Hero mereka. Rasa macam baru semalam dia dapat berita dia mengandung. Rasa macam semalam Irfan menangis terharu anak mereka hadir dalam perut dia. Pejam celik pejam celik, lahirlah seorang adam ke dunia, Izfan Hareez.

" Dia handsome. Macam aku kan "

Iffah membuat muka. Mulalah tu perangai tak semegah dia. Menyampah je.

" Handsome lagi Izfan dari awak lah. "

Irfan mencebik. Jealous lah tu anak mereka sebijik muka Irfan. Tang mata je ikut Iffah.

" I'm glad you're safe. Serious rasa macam nak gugur jantung tengok kau bertahan nak bersalin. But finally you did it. Thanks sweetheart " Irfan mengucup tapak tangan Iffah. Dia berterima kasih sangat dengan Iffah. Banyak yang wanita ini dah lalui.

Iffah sebak. Dia tahu Irfan bukan senang nak luahkan benda macam ni. Payah nak dengar. Tapi harini dia rasa macam dihargai.

" Yan. Jangan jadi matahari taw. " ujar Iffah tiba-tiba.

Irfan terpinga-pinga.

" Kenapa? "

" Sebab matahari takde bila malam. Aku kan bulan. So, kau kena jadi bintang. Biar selalu dekat dengan aku " Iffah tersengih apabila Irfan mencuit pangkal hidungnya.

Irfan geram je. Ingatkan apalah tadi.

" Haih bintang pun bintang lah. Kita harungi malam tu sama-sama ye Mrs. Irfan Hayyan " Irfan menautkan jari mereka bersama sambil tersenyum.

Iffah tersenyum. Ye harungi bersama. Mereka akan sentiasa bersama. Tak kira apapun jadi. Yang paling dia suka title tu.

Mrs. Irfan Hayyan. Damn sweet!

" Hadirnya kau adalah satu anugerah untuk aku. Kira untung lah aku pilih kau hahaha " Irfan tergelak apabila Iffah mencubit lengannya. Marah lah tu.

Iffah merengus geram. Sengaja je nak sakitkan hati orang haih. Tapi dia tahu itu cara Irfan tunjuk sayang. Dengan Irfan ni, nak tunjuk sweet dia tu payah. Redha je lah.

¤¤¤¤

[[ RaihanxIfrina , IrfanxIffah ]]

Mereka merenung pasangan masing-masing dengan sejuta senyuman yang hanya mereka sendiri tahu. Dalam hati masing-masing berkata..

Moga hubungan ini kekal ke JannahMu, Ya Allah. Sungguh aku menyayangi dia kernaMu.

I'm yours. In Sha Allah dengan izinNya . Aamiin.

Tamat.

Sila comment kalau rasa tak puas hati. Hahaha!

I'm YoursWhere stories live. Discover now