CH 1

9.4K 340 12
                                    

3 tahun kemudian,

Iffah mengemas begnya. Dia mengusap perutnya. Dia lapar tapi em takpelah mesti familinya akan jijik tengok dia.

" Nampaknya kita kena beli dekat kedai lah ye, syg " ujar Iffah.

Dia menuruni tangga dengan perlahan. Kelihatan familinya sedang sarapan. Puan Izzah ternampak kelibat anaknya itu.

" Hah! Apa tengok tengok? Pergi sana. Takde selera mama nak makan nanti tengok muka kamu tu " sindir Puan Izzah.

Iffah tersentak. Tipu lah kalau dia tak terasa. Namun dia diamkan diri. Dia dah lali dengan semua tu.

" Pergi dulu ma, pa "

Iffah terus berjalan kaki ke sekolah. Dia tidak seperti kakaknya, Ifrina. Gadis itu sangat disayangi mama dan papa kerna kecantikannya. Namun dia? Apa je ada. Takde langsung.

Glory High School

Iffah melangkah masuk ke dalam kelas. Nampaknya semua belum datang lagi. Dia menghampiri mejanya. Dia tersenyum miris apabila ternampak contengan di mejanya. Namun dia sudah biasa. Duduk pun seorang je. Sape je nak kawan dengan dia. Takde!

Semua pelajar mula masuk ke kelas. Kelas sudah mula berbunyi bising. Namun Iffah masih terperuk di belakang melakukan halnya sendiri.

" Heyy budak buruk! "

Iffah mengangkat kepalanya. Dia menunjuk dirinya.

" Yelahh kau. Sape je lagi buruk rupa dalam kelas ni haih bengap " sindir Hani.

Semua di dalam kelas tergelak. Iffah menahan malu yang bertandang. Dia tahu lah dia hodoh tapi tak payah lah sindir.

" Nak apa " tanya Iffah.

" Tu nampak tu sampah. Buat ah kerja kau. Menyapu! Kau kan cleaner. Kitaorang ni lawa, takdenya nak pegang semua ni " ujar Hani.

" Entahh! Ingat kau lawa sangat nak jadi ratu dekat sini? Blah ah " perli Wana.

Iffah bangun lalu mencapai penyapu. Dia menyapu satu kelas itu. Semua di situ hanya memandang sinis dirinya. Hampir sahaja air matanya mengalir namun dia tahan.

" Macam mana lah Kak Rina ada adik macam kau ni .. Dia lawa gile kot tapi kau? Buruk! Hahahahah tak sesuai jadi Queen sekolah ni kot hahaha " sinis Hani. Dia sengaja menaikkan marah gadis itu. Dia paling suka membuli gadis itu.

Tok tok!

Semua berpaling ke pintu kelas. Kelihatan Raihan dan Irfan di pintu kelas. Hani mula lah menunjukkan gaya gediknya.

" Ehh Senior. Kenapa ye? " lembut sahaja dia bertanya. Ni kalau Ifrina tahu dia menggedik dengan Raihan, mati dia tapi apa dia kesah.

" Aku dengan Irfan akan jaga kelas ni. Tapi nanti Naim datang. Korang dapt classmate baru. So duduk. Sebab cikgu semua mesyuarat. " ujar Raihan, Head Prefect GHS.

Semua duduk di tempat masing masing kerna Raihan boleh jadi ganas bila marah. Irfan memandang gadis di hujung kelas. Gadis yang memakai spec , gadis yang menjadi budak buli orang ramai dan gadis yang dia suka dalam diam.

" Assalamualaikum. Sorry bro lambat. Ni hah budaknya " ujar Naim sambil memasuki kelas diikuti seorang gadis di belakangnya. Dalam diam, dia terpikat dengan gadis itu.

Raihan dan Irfan memandang dua manusia itu. Raihan mengangguk dan menyuruh dia masuk.

" Introduce yourself. " arah Irfan. Dia memang seorang yang dingin dengan perempuan sebab dia tahu perangai mereka semua di sini.

Gadis itu mengangguk lalu ke depan kelas. Dia berdehem sebelum berkata.Dia cuba menstabilkan diri.

" Em hai? Nama Ilyana Haziqah. Saya baru je tukar dekat sini sebab papa kena transfer sini. And saya dari Canada. Ok dah " simple sahaja Ilyana perkenalkan diri.

Irfan, Raihan dan Naim berpandangan.Mak haihh simplenya. Selalu kalau perempuan berjela je. Thug life gile budak ni hahaha

" Em okey then kau pilih lah tempat kau nak duduk. " ujar Irfan.

Hani mula melambaikan tangannya supaya duduk di sebelahnya. Namun Ilyana buat tidak tahu. Baginya gadis itu pasti ingin populariti. Kemudian dia ternampak seorang gadis di hujung kelas. Dia perasan gadis itu hanya menundukkan kepalanya apabila dia masuk ke dalam kelas. Entah kenapa dia tertarik untuk berkawan dengan gadis itu.

" Nak duduk sebelah budak dekat hujung kelas tu " arah Ilyana.

Iffah tersentak. Aku!? Ehh dah kenapaaa?!

Semua tergamam mendengar permintaan gadis itu namun tidak bagi Irfan. Dia tersenyum kecil kerna dia tahu gadis itu ikhlas dengan Iffah.

" Like serious? Ehh you! Dia hodoh lah. Muka dia berparut kot. Nanti berjangkit " ujar Hani geli.

Ilyana menjulingkan matanya.

" I don't care, miss. Dia pun makhluk Allah, sama je macam kita. Jangan sedap hati je kutuk orang. Kang nanti bila dia tetiba lawa, awak yang menyesal " ujar Ilyana sehingga Hani tergamam.

Dia duduk di sebelah Iffah. Dia perasan muka gadis itu memang buruk namun dia tidak kesah. Mamanya selalu berpesan jangan menilai orang dari luar.

" Haii. Nama siapa? " ramah Ilyana.

" Iffah Farhana "

" Ohh saya panggil awak Farhana ea? Boleh lah taw " pujuk Ilyana.

Iffah hanya mengangguk. Dia tidak kesah sebenarnya.

" Kenapa ye? Awak sanggup duduk sebelah saya. Awak lawa kot " ujar Iffah lalu mengangkat muka.

Ilyana tersenyum. Gadis di hadapannya bukan buruk pun, dia lawa. Dan Ilyana pasti itu. Cuma yang mencacatkannya parut di sebelah muka. Tu je.

" Sebab awak ada aura yang menarik saya untuk kawan dengan awak. Kalau awak jauhi saya, saya akan kejar awak. Sebab saya suka kawan dengan awak. Mana tahu boleh jadi bff nanti " Ilyana berkata selamba.

Iffah terdiam. Dia terharu sangat bila ada orang mahu berkawan dengannya. Dalam diam, Irfan memandang gadis itu. Dia berharap Ilyana mampu melindungi gadisnya.

" Kau apahal tenung dia? Mabuk cinta keee " bisik Naim.

" Kau merepek apa ngek " bisik Irfan.

" Ek eleh nak kelentong aku konon. Raihan tu boleh lah kau tipu, aku tak k. Kau suka Iffah tu kan? " ejek Naim.

" Diam Naim. Aku cepuk kau karang. Ingat aku tak tahu kau dah jatuh hati dekat budak baru tu? " smirk Irfan.

Naim tersengih malu. Halahhh kantoi pulakkk!

" Korang ni pahal berbisik bisik? " pelik Raihan.

" Hehehe takde apa. " cover Naim.

Iffah menjeling Raihan di hadapan. Dia suka lelaki itu namun dia tahu dia tidak setaraf dengan Raihan. Lagipun Raihan itu hak kakaknya. Mereka memang hot di sekolah ni. Queen and King GHS kot weh. Dia mula menundukkan kepalanya. Tiada siapa tahu hal itu. Kalau tak, mahu dia kena sindir perli 24/7. Dan kakaknya pasti akan mengamuk. Mama papa pula pasti akan marah dan bela Ifrina.

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now