CH 25

6.6K 238 1
                                    

Iffah melangkah ke cafe dengan tenang. Dia tidak menghiraukan pandangan orang lain terhadap dirinya. Dia tahu semua sudah kenal siapa dia. Orang yang mereka tidak sangka akan balik. Dan pastinya ingat dia akan menuntut janji dia.

Langkah Iffah terhenti apabila terpandang pemandangan di hadapannya. Dia tersenyum ke arah subjek itu. Seseorang yang selalu jaga dia. Yang selalu ada untuk dia. Hero dia.  Cinta dia. Tengku Irfan Hayyan.

Irfan memandang gadis di hujung sana. Gadis dia. Gadis yang dia tunggu selama ini. Gadis yang masih takhta di hati dia. Gadis yang masih dia cinta sampai saat ini. Gadis itu dah banyak berubah. Makin cantik. Tengku Iffah Farhana.

Mereka berdua tanpa sedar sudah diri berhadapan. Saling berpandangan melepaskan rindu. Dua tahun bukan sekejap. Dengan rindu. Dengan tidak mendengar khabar. Sakit!

" Kau balik. Kenapa cantik sangat? Sihat? Macam mana life kau dekat sana? " tanya Irfan namun masih memandang mata Iffah.

" Yupp aku balik. Nak tuntut janji kau. Cantik? Cantik untuk kau, kira okey lah kan sayang. Aku sihat jee macam kau tengok. Life? Sangat best tapi kurang kau je " usik Iffah. Dia tersenyum apabila melihat Irfan senyum.

Semua di koridor itu menyaksikan drama itu termasuk Raihan, Ifrina, Hani, Ilyana, Hannah dan Naim.

" Aku lapar ni. Treat me " sengih Iffah.
Irfan tergelak kecil melihat Iffah. Comel!

" Okey jom. " ajak Irfan.

" Jom. Hannah, Yana, Naim.. Jom lahh.  " ajak Iffah pada tiga sekawan itu.

Ilyana dan Hannah terus berlari ke arah Iffah lalu memeluk lengan gadis itu kiri kanan. Iffah hanya tergelak manakala Naim memeluk bahu Irfan. Tahu sangat kawannya ini happy dah.

" Soo itulahhhh ceritanyaaa " tenang Iffah. Penat dia bercerita dari tadi.

Mereka berempat hanya menganggukkan kepala. Tak sangka banyak juga rintangan Iffah di sana. Haih nasib baik gadis itu kuat. Tapi mereka lega gadis itu sudah kembali. Kembali dengan wajah baru.

Iffah berjalan bersama Irfan untuk ke padang. Petang itu ada latihan sukan jadinya semua wajib hadir. Namun tiba tiba jalan mereka dihalang Hani.

" Apasal kau balik? Asal kau jalan dengan Irfan? Nak goda orang dengan muka kau ke? " sinis Hani.

Irfan sudah membuat muka menyampah.

" Hak aku kan nak balik. Asal aku jalan dengan dia? Sebab Irfan aku punya dari dulu lagi. Huish goda orang? Macam yang kau buat tu? Tak lahh " balas Iffah tenang.

Hani tergamam. Tak sangka Iffah akan membalas kata katanya.

" Terkejut ke dia balas balik? Kau ingat dia ni Iffah yang dulu? Tak lah Hani. " sindir Irfan sebelum menarik Iffah ke padang.

30 minit kemudian, semua pelajar berhenti berehat. Semua kepenatan sehinggakan ada yang baring atas rumput tu. Iffah hanya berlagak biasa kerna dia sudah biasa dengan semua ni. Dekat sana lagi mencabar kot. Hahaha!

" Well well tengok siapa dah balik? Minah hodoh yang dah jadi si cantik " hina Ifrina.

Iffah hanya diam. Malas nak layan. Raihan tu pun dia tak pandang.

" Masalah apa kau ni betina? " geram Hannah.

" Entahh. Datang tak geti bagi salam ke? " sindir Ilyana.

" Tak cerdik langsung " sinis Naim.

Irfan hanya diam. Tiba tiba dia merasakan bahunya memberat. Kelihatan Iffah membaringkan kepalanya.

" 5 minit,Fan. Aku penat lah pula " ujar Iffah. Dia dah cukup serabut.

" Mengadaaa. Kau ingat kau balik kau famous ke? Kau ingat sikit aku Queen GHS ok. Mama papa pun entah entah masih taknak kau " sindir Ifrina. Menyampah pula rasa tengok muka adik dia ni. Dia rase tergugat sebenarnya.

" Whatever lah perempuan. Kau ingat aku tak tahu Raihan tu bukan King sekolah ni lagi. Ni hah si Irfan ni King baru kan? Nak bodohkan aku, tengok lah sikit. Mama papa nak tahu ke taknak ke, aku malas nak kesah. Boleh tak berambus? Aku rimas lah " keluh Iffah. Dia masih merehatkan kepalanya dibahu Irfan.

Ifrina menahan geram. Dia mahu sahaja menampar adiknya ini. Semua yang diberitahu oleh adiknya itu betul. Irfan sekarang King baru sekolah ni. Nampaknya kedudukan dia akan tergugat.

" Kau dengar kan? Blah sebelum aku baran. Aku penat sekarang ni " dingin Irfan. Dia tahu Iffah memang penat sangat ni. Dah tertidur pun.

Ifrina terus melangkah pergi bersama Raihan namun dia menyematkan satu dendam yang akan dia balas. Tengok je lah!

" Ehh dia tidur dah. " ujar Ilyana.

" Shhh diam je " pinta Irfan.

Mereka berempat terus diam bagi membiarkan Iffah tidur. Nampak sweet sangat dengan kepala dekat bahu Irfan lagi.

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now