CH 42

4.6K 173 4
                                    

First day SPM

Iffah mengusir segala rasa rindu pada Irfan. Dia perlu fokus untuk harini. Untuk mengejar cita citanya! Terngiang lagi kata kata Irfan semalam.

" Kau kalau rasa nak ikut aku, belajar betul betul. Fokus masa jawab. Jangan ingat aku. Lagipun flight aku esok. Jaga diri. Jaga iman. Jaga hati kau untuk aku hahaha ni aku serius. Jangan pernah rapat dengan Raihan. Jangan percaya dia. Letak kepercayaan kau pada aku ok. "

Meskipun pelik namun Iffah turuti kata kata Irfan itu. Ye, dia perlu letakkan kepercayaannya pada Irfan. Dia sendiri rasa tidak sedap hati dengan Ifrina dan Raihan namun Irfan kata jangan bersangka buruk. Hm.

" Weh. Jom masuk " ajak Ilyana.

Iffah mengangguk lalu jalan masuk ke dalam dewan. Dengan lafaz bismillah, dia tekad.

Irfan merenung tiket di tangannya. Sekejap je lagi. Dia akan meninggalkan Malaysia. Dan tunang tersayang dia. Irfan mengeluh. Dia bagaikan berat untuk tinggalkan bumi Malaysia ni.

" Hoi. Dah lah. Buang rasa tak sedap tu. Aku jaga Iffah tu. Jangan lah risau. Chill bro. Papa mama kau bergantung harap dengan kau ni. Jangan kecewakan dorang " Naim memujuk hati Irfan. Dia tahu Irfan berat hati namun apakan daya dah takdir.

" Janji bro. Kau akan jaga dia. Aku taknak Raihan buat apa apa dekat dia. Ifrina too. Aku tahu tagune tu buat something, naye dorang " Irfan memandang Naim.

Naim mengangguk lalu menepuk bahu Irfan tanda dia tahu apa perlu dia buat.

" Dah pergi sana. Hati hati. Selalu contact aku. " Naim memeluk kawan baiknya ini. Sebak pun ada tapi dia perlu lepaskan Irfan pergi.

Irfan melihat keluarganya buat kali terakhir. Ya Allah. Semoga semuanya baik baik sahaja.

Ifrina tersenyum sinis di sebalik dinding. Game on! Bye Irfan. Iffah tersayang kau tu akan aku hancurkan sedikit demi sedikit dan kau jadi hak aku. Hati hati bae dekat sana hahahaah!

Naim memandang satu sudut. Rina? Apa dia buat dekat situ? Apasal aku macam tak sedap hati ni bila Irfan pergi? Ya Allah janganlah jadi apa apa.

Tengku Izzah memasuki bilik lama Iffah. Setiap penjuru bilik itu dia jelajahi. Setiap tempat mempunyai memori. Tah kenapa dia rindu anak gadisnya itu. Meskipun dia benci namun dia sayang. Sayang seorang ibu kepada anaknya. Dia duduk di birai katil. Memandang ke satu sudut yang penuh dreamcatchers milik Iffah. Satu memori terimbas.

Flashback

" Mama, adik nak tu boleh tak? " pelat Iffah.

Tengku Izzah tersenyum. Dia memandang ke arah objek yang diminati anaknya itu. Dreamcatchers.

" Nak ni ke sayang? " tunjuk Tengku Izzah.

Iffah mengangguk teruja. Lawa sangat!

Tengku Izzah tergelak kecil lalu memborong semuanya. Apa pun untuk si kecil ini.

" Mekasehh mamaaaa. Adik sayangggg mama taw " Iffah memeluk mamanya erat. Dia memandang teruja apa yang di tangannya.

Tengku Izzah mengelap airmatanya.

" Mama pun sayang adik " bisik Tengku Izzah.

Setiap hinaan, deraan yang dia beri pada Iffah terimbas. Dan itu membuatkan dia sakit. Hatinya sakit. Sanggup sungguh dia memperlakukan anaknya sebegitu rupa? Ya Allah.

" Iffah, maafkan mama sayang. Mama rindu Iffah. Balik lah " tangis Tengku Izzah. Dia tahu harini Iffah menjalani ujian terbesarnya. Dan dia berharap Iffah lulus dengan cemerlang.

Tanpa dia sedari, Ikhwan mendengar segalanya. Tersentuh hati dia apabila melihat mamanya menangis. Niat ingin mengambil fail papanya terhenti apabila melihat mamanya memasuki bilik Iffah. Dia bersyukur mamanya sudah berubah. Dan dia berharap itu kekal. Adik, mama miss you so much. And i know you miss her too. You will get your happiness soon, dik. Soon.

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now