CH 26

6.8K 255 5
                                    

_if

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_if.hyyn outing wt this girl @ily.hzqh 💕 miss @hnnah.rysa busy layan bakal tunang. Chia! 😂

Iffah tahu mesti ada yang memekak marah dia bila baca caption dia tu HAHAHAHA!

Bzzz! Bzzz!

Iffah tergelak apabila nama Hannah terpapar pada telefonnya.

" Hello! Tengku Iffah Farhana!! Apa kau buat ni!? Eyyyyyyu geramnyaaaa! Memandai je bakal tunang. Nanti orang tahu lahhhh " sembur Hannah sebaik sahaja Iffah menjawab.

" Hahahahahaha kelakar wehhh. Elehhh betul lahhh. Kau kan tengah beli barang dengan abang. Hah mana tahu terus jadi barang hantaran ke hahahaha " usik Iffah. Ilyana hanya menggeleng kepala melihat kawannya itu. Macam macam.

Hannah hanya merengus geram. Nasib baik kawan tercinta kalau tak, penggal kepala!

Ikhwan di sebelah Hannah hanya diam menahan ketawa. Dia dengar je apa Hannah bebel. Si Iffah ni pun satu. Alahaiii cik adik oii..

Iffah terus meletakkan telefonnya lalu memandang Ilyana.

" Apa? " tanya Ilyana.

" Naim lah tu ws " ejek Iffah apabila Ilyana dari tadi menghadap telefon.

Ilyana hanya tersengih lalu meletakkan telefonnya di tepi.

" Kau dengan Irfan macam mana? Kau sendiri tengok betapa ramai fans dia weh dekat sekolah. Belum lagi ig. Kau pun! Ramai gilaaa minattt. Kalah kakak kau tu " ujar Ilyana.

" Entah. Macam biasa je lah. Kawan. Hahahaha biar lahh. Dahh dia memang handsome wehhh. Kalau dia masih nak aku, dia akan relax je. Macam tu juga aku. " tenang Iffah sambil memandang ke luar cafe.

" Kak Rin. Dia ada jumpa aku haritu. Cakap mama dengan papa dah tahu aku dengan abang Ikh dah balik. Dia siap tanya mana aku tinggal. Memang tak lah kan aku bagitahu. " cerita Iffah. Ye, dua hari lalu Ifrina ada berjumpa dia. Dan rasa macam kakaknya masih tak berubah.

" Tindakan kau? " tanya Ilyana. Pelik juga dia dengan Iffah ni. Bolehh relax tenang je.

" Ignore pastu blahh hahaha. .buat masa ni aku taknak jumpa manusia manusia tu. Abang Ikh sendiri pun taknak. Dia ada misi dia. Hahaha jangan tanya apa k. Rahsia. Hah ni paling tak boleh blah gila! Kalau Irfan tahu, mampus " beria Iffah.

Ilyana mendekatkan diri. Dia tahu mesti penting ni.

" Hah apa? Kalau dah babitkan si tonjang tu, mesti ada something ni " teruja Ilyana.

" Kau nak tahu tak Yana, Raihan dm aku duhh dekat ig! Aku memang tak follow dia lah confem! Paling aku terkejut dia dm aku. Pelik wehh. Dulu beria jijik dengan aku! Sekarang hampehh nak bermesra bagaii. First tu dia dm haii. Aku seen je lah kan. Pastu malam tu aku buka ig then berdesup masuk dm dari dia. Shitt dia spam aku. Dengan kata kata acahh sweet gitu. Nak muntah tahu tak. Aku terus delete je. Nampak kan apa niat dia? " cerita Iffah beria.

Ilyana terkejut sampaikan tersandar pada kerusi. Wahhh! Gila!

" Seriusss gila wehh. .Ni makan diri ni.. Kalau Irfan tahu, mati dia.. Even Naim dengan Irfan ignore mamat tu, dorang still anggap Raihan kawan dorang. Kalau benda ni dorang tahu, pffftt musuh weh musuh! " sinis Ilyana.

Iffah hanya menghela nafas. Dia tahu hal itu. Namun dia rimas sampaikan dia block si Raihan tu. Menggedik!

Tiba tiba kerusi di sebelah dia ditarik.
Iffah memandang ke sebelah dan tergamam.

Raihan!

Ilyana pula sudah menyampah melihat Izzat di sebelah dia. Tak tahu ke Naim akan marah nanti?

" Hai girls. Kami join k " ujar Izzat sambil memandang Ilyana. Cantik kot minah ni.

Iffah mula rasa rimas apabila Raihan asyik memandang dia. Dalam diam, dia call Irfan.

" Berdua je ke? " ramah Raihan. Dia tekad ingin mendapatkan Iffah.

" Kau buta ke? Dah nampak berdua tu tanya lagi buat apa. " sinis Iffah.

Ilyana sudah tersenyum sinis. Iffah yang jahat dah balikkk!

Izzat dan Raihan terkedu. Wahhh ayat pedas bhaii.

Irfan memandang telefonnya. Iffah call?

" Angkat jelah Makwe call tu " usik Naim.

Irfan mengangkat namun tiada suara.

" Takde.. Suara pun " Irfan terkedu apabila mendengar suara Raihan. Hah sudah!

Naim pelik melihat kawannya yang kaku itu.

" Wehh pahal? " tanya Naim.

" Yana outing dekat mana? " serius Irfan.

" Tempat biasa " jawab Naim. Dia mengerutkan dahi tanda pelik.

" Jom. Raihan dengan Izzat kacau " Irfan terus bangun lalu keluar dari kafe.

Naim yang dengar terus berlari ikut Irfan. Jahanam budak dua tu!

Iffah menjeling jantan berdua itu. Rimas lah!

" Pergi. Aku rimas lah " marah Iffah. Namun Raihan kesah apa.

" Alahhh korang kan berdua je. Biarlah kami teman ok " usik Izzat.

" Sapa kata dorang berdua? " ujar satu suara.

Empat pasang mata terus memandang ke arah di mana suara itu datang. Iffah dan Ilyana tersenyum lega apabila Irfan dan Naim menghampiri mereka. Rasa memang rimas habis dengan dua ekor malaun ni.

Raihan dan Izzat menahan marah. Kacau betul lah budak dua ni.

" Sorry sweetheart. Aku lambat sikit ada orang masuk line ke? " perli Naim sambil memandang Izzat.

" Hm macam tu lah " selamba Ilyana.

Iffah bangun lalu memandang ke arah Raihan.

" I got to go. Memandangkan guardian aku dah datang kan, so better aku blah. Bye " ujar Iffah sambil menarik tangan Irfan keluar.

Naim juga berbuat begitu pada Ilyana. Bukan dia tak nampak pandangan Izzat tu. Macam nak tembus badan Ilyana dah.

Raihan menggenggam erat tangannya. Sakit hati tengok Iffah selamba tu je tarik tangan Irfan. Patutnya tempat tu tempat dia. Bukan Irfan! Dia akan pastikan Iffah jatuh dalam dakapan dia, bukan Irfan. Ifrina? Huh malas nak fikir. Perempuan hipokrit, bising. Semak otak dia.

Dalam kereta, Iffah hanya diam memandang luar. Suasana sepi menyelubungi kereta itu. Irfan diam begitu juga Iffah. Naim dan Ilyana yang di belakang juga hanya senyap. Rasa marah masih bertandang di hati Naim dan Irfan. Gila tak marah bila jantan tak guna tu kacau buah hati sendiri!

" Dia dm aku. Bagi ayat sweet bagai. Minta aku jadi gf dia. Tapi dengan senang hati aku block dia. Aku rimas lah laki macam ni. So, Tengku Irfan Hayyan.. Jadi soulmate aku jom? " selamba Iffah sambil memandang luar.

Irfan tersentak. Selamat dia masih stabil bawa kereta ni. Gila minah ni buat statement macam tu.

Ilyana dan Naim terlopong mendengar kata kata Iffah. Serius lah?

" Dah agak dah dia kacau kau punya. Bukan aku tak tahu dia tu macam mana. Tapi gaya kau ni tak kena tahu tak Iffah Farhana. Tak gentle duh aku. " setelah menenangkan diri, Irfan menjawab.

Iffah mengerutkan dahi. Maksud dia?

" Tak payah pelik. Esok aku ada kejutan untuk kau. " smirk Irfan.

Tiga pasang mata memandang Irfan. Something fishy here hmm. Iffah pula hanya menenangkan hatinya. Harap Irfan tidak merepek lah.

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now