CH 16

6K 242 0
                                    

Sebulan kemudian,

Iffah termenung di balkoni. Ikhwan sudah kembali ke Kanada seminggu yang lepas. Dia tersenyum apabila teringat kembali peristiwa di mana Ikhwan dan Hannah bersatu.

Flashback

Hannah menggigit bibirnya sambil memandang Iffah. Iffah yang rasa dirinya diperhatikan mendongak. Dia mengangkat keningnya.

" Erm.. Ermm abang kau balik sana bila weh? " tanya Hannah.

Ilyana sudah tersenyum kecil manakala Iffah terpinga pinga.

" Minggu depan. Asal kau ni? " pelik Iffah.

Hannah hanya menggeleng kepalanya. Ketika itu mereka berada di taman berdekatan rumah Iffah untuk belajar bersama.

" Lahh kat sini. Penat kitaorang pusing satu taman ni cari tahu tak " bebel Naim yang baru tiba bersama Ikhwan, Irfan dan Nick.

" Kau ni datang datang membebel macam mak nenek ni kenapa? Datang bulan ke pe? " geram Ilyana. Habis terbantut jalan kerjanya.

" Ehh kau panggil aku mak nenek? Punya handsome muka aku ni.. Hishh kau nii.. Hellooo aku lelaki k lelakiii " balas Naim sambil menikam pandangan Ilyana.

" Eh eh dahh. Bising je. Korang duduk lah " pelawa Iffah. Penat dia tengok dua sejoli ni bergaduh. Hari hari gaduh haih..

Irfan duduk di sebelah Iffah manakala Naim sebelah Ilyana. Maka, Ikhwan terpaksa duduk di sebelah Hannah kerna Nick sudah duduk di sebelah Naim.

Hannah memegang jantungnya yang berdegup laju. Haih time gini dia nak lari pulaaaaa!

Ikhwan pula cuba berlagak tenang padahal hati dah berdebar semacam.

Nick yang tiba tiba bertentang mata dengan Ikhwan terus tersenyum penuh makna. Ikhwan menjeling tajam kawan baiknya itu.

" Hannah, asal muka merah? Kau ok tak? " risau Iffah yang melihat rakannya itu.

" Hah? Oh em. Ok.. Ok.. Aku cuma panas sikit je hehe " gagap Hannah. Sedikit lagi nak terkantoi.

" Elehh duduk sebelah crush boleh lahh muka dia merah macam tu Far. ." usik Ilyana. Dia tergelak kecil apabila Hannah memukul bahunya dengan pensel.

Iffah terpinga pinga namun lama kelamaan dia mula tersenyum kecil apabila terpandang abangnya yang berdiam diri itu.

" Kau ada hati dengan abang aku ke weh " ujar Iffah sambil memandang buku matematiknya.

Ikhwan dan Hannah tersentak mendengar kata kata Iffah.

" Pffttt "

Ilyana, Naim dan Nick menahan gelak yang hampir terkeluar. Irfan pula menyembunyikan senyumnya.

" Merepek lahh. Dah ah aku nak balik. " kalut Hannah sambil mengemas buku bukunya. Dia bangun lalu mula melangkah pergi namun satu suara memberhentikan langkahnya.

" Betul ke "

Ikhwan memandang gadis itu sambil bertanya. Dia perlu tahu semuanya sebelum terlambat. Yang lain hanya mendiamkan diri.

" Kalau betul, meet me. Sebelum aku balik Kanada. Jawapan yang yakin bukan penipuan. " sejurus selepas itu Ikhwan terus berlalu pergi sambil menarik Nick.

" Hahahahahah habis lah Hannah... Dia suka kau jugaaaa " usik Ilyana dan Naim.

Iffah hanya memandang Hannah yang tercengang itu dengan senyuman lebar. Manakala Irfan memandang Iffah yang tersenyum itu. Bagi dia, gadis di sebelahnya ini lebih cantik.

Iffah tersentak daripada lamunan apabila telefonnya berdering.

" Hoii kau bila nak sampai ni? Penat dah aku dengan Hannah tunggu kau " geram Ilyana.

" Ehh!? Ya Allah sorry guyss. Kejap lagi aku sampai weh " Iffah terus mematikan panggilan lalu bersiap dengan kadar segera. Dia lupa harini mereka bertiga ingin membantu Hannah di rumah. Majlis kenduri doa selamat.

Iffah menarik nafas lega apabila tidak ramai lagi orang yang sampai.

" Lambat " rungut Hannah di hadapan pintu. Iffah hanya tersengih.

" Sorry lah bakal kakak ipar eaaaa " pujuk Iffah.

" Ciss siot jee. Dah jom masuk " elak Hannah. Gila kau tak malu!

Iffah hanya tergelak melihat muka merona Hannah. Dia tahu gadis itu malu. Haihhhh nasi minyak tak lama lagiiiii..

Tbc

I'm YoursWhere stories live. Discover now