Bab 23

46 11 0
                                    

Sebaik sahaja tiba di perkarangan istana. Jin, Yoongi, Jungkook dan Taehyung terkejut melihat banyak darah, dan mayat yang tak sempurna rupanya.

D U M M!!

Mereka pandang sesama sendiri seketika, kemudian berlari ke arah bunyi tersebut.

Sunri mencekek Hoseok. Tapi tidak terlalu kuat sehingga Hoseok tidak boleh bernafas. Hoseok bernafas dengan lemah. Mukanya terdapat kesan biru dan lebam serta darah. Separuh wajahnya ditutup dengan darah yang mengalir dari kepalanya.

Yoongi orang pertama yang sampai di kawasan tempat berlatih bahagian timur. Apabila melihat Hoseok di cekik. Yoongi terus menyerang Sunri. Akan tetapi, sesuatu menyerang Yoongi terlebih dahulu sebelum Yoongi menyerang Sunri.

"Gumawo Yaesung eonni." Sunri tersenyum ke arah kakaknya.

"You--" Belum sempat Yaesung membalas, Jungkook terlebih dahulu menyerang.

Badan Yaesung perlanting agak jauh dan berlanggar beberapa batang pokok. Dia batuk darah.

"Your welcome." Kata Jungkook bersama senyuman manisnya.

Taehyung tersenyum sinis. Sunri mengetap gigi. "Korang nak sangat best friend korang mati kan? Aku akan tunaikan hajat korang."

Sunri memisahkan badan Hoseok. Belum sempat dia berbuat demikian, Yoongi sudah berada di sisinya. Tangan Yoongi memegang bahu Sunri. Jari kukunya panjang berwarna hitam menerkam bahunya. Matanya berwarna merah gelap.

"Aku yang akan bunuh kau dulu, Sunri."

Yoongi memegang tanganbya kemudian di menarik secara perlahan-lahan. Namun kuat. Perlahan-lahan Hoseok terlepas dari cengkaman Sunri. Jin menyambut Hoseok serta merawatnya.

"Arghhh!! Eonniii!!" Sunri menjerit kesakitan.

Yaesung mara ke arah Sunri namun di halang oleh Taehyung.

"Nak pergi mana tu?" Tanya Taehyung sinis.

"Nak ikut boleh?" Giliran Jungkook pula yang sinis.

Yaesung mengetap bibir. Dia melihat adiknya, Sunri yang hampir-hampir putus tangannya. Mana abang ni???

"Yoongi.. Lepaskan adik aku." Tiba-tiba seorang lelaki muncul.

Yoongi menoleh ke arah suara tersebut. Yoongi tersenyum sinis.

"Raewon hyung.. Waeyo? Kenapa nak lepaskan dia? Dia memang patut mati pun." Yoongi menarik kuat sedikit tangan Sunri.

"Arhhh!! Oppa!!" Sunri sudah menangis kesakitan.

"Tch! Baru sedikit kau nangis? Tadi bukan main gelak kau ye." Kutuk Yoongi sinis.

"Fine.. Kalau kau nak tengok Namjoon dan anak Jin mati... Bunuh lah adik aku tu." Kata Raewon dengan nada serius.

Mata Jin terbutang. Kerja merawat Hoseok tergendala. Dia berdiri.

"Mwo?"

Yoongi memandang Jin kemudian memandang Raewon. Raewon mengeluh.

"Nampaknya.. Kau tak sayang anak dan kawan.. Betul tak Taehyung?" Tanya Raewon.

Taehyung mengetap gigi, manakala Jungkook sudah menggenggam penumbuk. Jungkook dan Taehyung membiarkan diri mereka di belasah oleh Yaesung. Mereka sanggup di belasah teruk, asalkan Namjoon dan Hyun Sik selamat.

"Yoongi.." Kata Jin perlahan. Namun jelas di telinga Yoongi.

Yoongi melepaskan Sunri dan dalam masa yang sama Taehyung dan Jungkook diikat oleh Yaesung menggunakan tali berwarna hitam.

Sunri terbang ke arah Raewon. Manakala Yoongi menghampiri Hoseok. Hoseok memandang Yoongi.

"Yoongi dah lepaskan Sunri. Jadi, mana anak aku dan Namjoon?" Tanya Jin.

Raewon memandang Jin sambil ketawa. Yaesung menghampiri abang dan adiknya.

"Jin.. Jin.. Jin.." Raewon menekan perutnya. Mungkin senak akibat ketawa.

Jin masih bersabar. Dalam hatinya berharap anaknya masih selamat.

"Jin, kalau kau nak tahu.. Anak kau dah mati. Ayat terakhir yang di ucapkan oleh anak kau, 'Appa! Selamatkan Hyun Sik!' Tapi kau?? Tak pun selamat anak kau. Kesian anak kau..." Raewon mengeluarkan sesuatu dari jaket yang di pakainya. "Nah! Cebisan pakaian anak kau. Untuk kenangan. Well.. Aku tak dapat jantung anak kau. So sad kan? Cebisan pakaian pun ok kan? Daripada tak ada." Raewon melontarkan cebisan pakaian Hyun Sik.

Jin mengambilnya. Dia menggenggam. Air matanya mengalir.

"Kau!"

"Dah terlambat kalau kau nak tunjukkan kuasa kau tu, Jin. Aku pun da--"

D U M M!!

Semua orang memandang Hoseok. Hoseok yang menyebabkan letupan itu berlaku.

Raewon terbatuk. "Tak guna kau!"

"Hey! Sunri! Kau nak aku cerita tak macam mana aku potong jari mak kau tu guna pisau tumpul? Fuhh! Dia menjerit pulak tu! Suara dia.. Perrh! Merdu..!! Sangat!" Kata Hoseok tiba-tiba.

Sunri bangkit dan mencekek Hoseok. Tiba-tiba mereka berdua hilang.

"Hoseok!" Jerit Yoongi.

"Damn it! Kita ken--" Satu tumbukkan padu daripada Jin.

Raewon pelanting beberapa meter dari Jin. Dia terbatuk darah.

"Oppa!" Yaesung menjerit dari jauh.

"Lari!"

"Tapi.."

"Lari aku kata! Ka--" Jin menyepak muka Raewon.

Yaesung tak ada pilihan lain selain melarikan diri. Yoongi ingin mengejar Yaesung, tapi apabila melihat keadaan Jungkook dan Taehyung yang semakin lemah. Ia membatalkan niat Yoongi untuk mengejar Yaesung.

"Tali hitam.. Patutlah lemah je mereka berdua ni." Yoongi membuka ikatan pada Jungkook dan Taehyung.

Sebaik sahaja ikatan di buka. Jungkook dan Taehyung pengsan. "Banyak sangat tali ni menyerap tenaga mereka berdua."

Di situasi Jin pula, Jin masih membelasah Raewon. Sudah separuh nyawan Raewon di belasahnya.

A U W W W O O!!!

"Hyung!" Panggil Yoongi. "Kita kena beredar dari sini!" Yoongi memunculkan satu portal berhampiran dengan nya.

Jin memunculkan sebilah pisau. Dia menikam pisau di dada Raewon.

"Erghh.."

"Kalau kau bernasib baik.. Kau akan selamat. Kalau sebaliknya... Aku harap Namjoon akan belasah kau di alam sana." Kata Jin sebelum menghampiri Yoongi dan memapah Taehyung.

       ZEN menyalakan unggun api. Dalam kepalanya, dia berfikir. Macam mana aku nak cari puteri kerajaan moonlight. Zen mengaru kepala yang tidak gatal.

"Satu je klu yang aku ada. Muka anaknya sama macam muka permaisuri." Zen mengeluh.

Tiba-tiba semak di kawasan Zen berbunyi. Zen mencapai pedangnya.

"Tolongg..." Sayup-sayup kedengaran seseorang meminta tolong.

Zen mengerut dahi. Dia memfokuskan pendengaran.

"T-tolongg.."

Zen mencari suara yang meminta tolong. Dia menyelak semak. Zen melihat seorang lelaki yang cedera parah dan....



Ok readers, author akan pause cerita ni buat sementara waktu. Hiatus senang cerita lah. Tak tahu.. Dalam masa sebulan kot.. Mungkin.
Harao korang still setiasa tunggu cerita ni.

Annyeong!😘

Darkest World (K.T.H)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon