Bab 10

71 13 2
                                    

Suasana senyap antara  Taehyung dan Ayumi. Mereka berdua tak tahu nak mula dari mana. Cengkerik mula memainkan peranan. Olah kerana tidak tahan dengan suasana cengekrik. Ayumi memulakan bicara.

"Gumawo, sebab lindungi saya." Ayumi menundukkan kepalanya. Tak sangka pula Taehyung akan melindunginya.

Taehyung memandang ke arah Ayumi. "Tak. Sepatutnya aku yang berterima kasih pada kau. Terima kasih sebab pertahankan aku."

Sungguh, Taehyung tidak menyangka yang Ayumi akan pertahankannya. Dia teringat dengan apa yang dia pernah buat pada Ayumi. Dia menampar dan mencekik Ayumi. Tidak pula Ayumi membalas, sebaliknya mempertahankan dirinya.

Ayumi memandang Taehyung. "Yang pasal awak ni anak perampas ke?"

What?! Dia cakap aku ni anak perampas?! Tak guna punya Dehyun! Bapa kau lah yang paksa bonda aku kahwin dengan dia lah bodoh!

Ayumi mengeluh. Dia memandang Taehyung. "Sejahat mana pun awak. Awak tetap suami saya. Jadi, saya kena hormat awak. Saya kena terima kebaikkan dan keburukkan awak."

Taehyung ketawa kecil. Serius, dia tak sangka ada gadis seperti Ayumi. This girl is very... Interesting.

Ayumi mengerut dahi. Aku salah cakap ke tadi? Lawak sangat ke ayat aku?

"Thanks tau, sebab pertahankan aku tadi. Depan semua orang kita berlakon, yang kita ni suami isteri yang bahagia." Ayumi mengangguk. "Belakang dia orang. Kau nak ber'aku-kau' pun aku tak kisah. Nak terajang aku pun boleh. Heh, kalau kau berani lah." Taehyung mencubit pipi Ayumi. Geram! Pipi Ayumi macam baozi. Macam paw yang penuh dengan isi. Dari mula lagi dia teringin nak cubit pipi Ayumi.

"Sakitlah!" Ayumi menepis tangan Taehyung seraya menggosok pipinya. Pantang tujuh keturunan dia main cubit-cubit pipi ni. Lagi-lagi pipi dia.

Taehyung gelak lagi. Taehyung berdiri dihadapan Ayumi sambil menghulurkan tangan.

"Hah?" Ayumi mendongakkan kepalanya memandang Taehyung.

"Kau hutang aku satu tarian. Lupa?"

Ayumi menyambut huluran tangan Taehyung. Tiba-tiba...

"Sakit!"

Taehyung hairan. "Apa? Aku tak cubit pipi kau."

"Bukan tu." Ayumi mengangkat sedikit gaunnya. "Kaki saya sakit."

Taehyung terkejut seraya menyuruh Ayumi duduk semula. "Kau ni bodoh ke apa? Kenapa kau tunjukkan luka kau dekat tempat yang ada vampire. Nasib baik Yoongi tak ada kat sini." Taehyung membalut kaki Ayumi mengguna sapu tangannya.

"Dah. Ni untuk sementara je. Jom menari. Satu tarian je." Kata Taehyung.

"Tak nak. Sakit. Nak berjalan pun susah, ni kan nak menari."

"Tak lama. Sekejap je. Nanti orang fikir lain pulak, kalau ratu dan raja mereka tak menari." Kata Taehyung seraya jalan meninggalkan Ayumi. "Tanggalkan heels kau." Taehyung

"Huh? Ok."

Ayumi menanggalkan heels. Dia merenung heels 5 inci seraya mencampak ke dalam sungai. Nyah kau dari pandangan aku! Wahai heels yang tak berguna lagi menyeksakan! Ayumi menepuk-nepuk tangannya bagai membuang debu yang berada di tangannya. Kemudian Ayumi tersenyum bangga. Puas hati mungkin. Sebab dapat menanggalkan heels yang menyeksakan. Or bangga sebab mencampak killer heels dalam sungai.

Taehyung hanya menggeleng kepala apabila dia melihat Ayumi mencampakkan kasut tumit tinggi ke dalam sungai. Kemudian dia tersenyum. Ada jugak manusia jenis ni.

Darkest World (K.T.H)Where stories live. Discover now