Bab 15: Semakin Rumit

3.8K 231 30
                                    

"Kau biar betul Syafiq?" Tanya Amir terkejut.

"Betul wei, pagi tadi aku terperasan atas meja dia ada tangkal yang sebijik macam kita pegang semalam. Aku terkejut jugak lah tapi lepas aku turun bawah tu aku terus terlupa nak cakap dengan kau pasal benda tu. Ini bila kau sebut baru aku teringat." Balas Syafiq padanya. 

Amir hanya mendiamkan dirinya. Dia termenung seketika lalu cuba bangun dari katilnya itu. Melihat Amir yang masih lemah cuba untuk bangun, Syafiq terus memegang lengan Amir untuk membantunya.

"Kau nak pergi mana ni Amir?" Tanya Syafiq sambil memapah Amir bangun dari katilnya itu.

"Aku nak amik seluar aku kejap." Balas Amir sambil berjalan ke arah seluar yang disangkutkan di tepi almarinya itu.

"Kau nak ke mana pulak ni Amir? Kau tu demam lagi." Kata Syafiq risau dengan keadaa Amir itu.

"Aku just nak check something kejap. Tak pe, aku boleh jalan sendiri wei." Balas Amir yang cuba melepaskan pegangan Syafiq padanya.

"Ah kau! Badan lemah lagi, berlagak cakap kuat. Kau nak apa cakaplah, aku amikkan. Tak payah lah kau susah-susah nak bangun macam ni." Kata Syafiq yang tetap berkeras mahu membantu sahabatnya itu.

Amir yang sudah menghampiri seluarnya, mencapai seluar yang tergantung itu lalu meraba kocek seluar tersebut. Dari kocek kiri, hingga ke kocek kanan, reaksi wajah Amir semakin berubah. Apa yang dia cari sudah tiada di situ. Dia kemudiannya memandang ke arah Syafiq dengan wajahnya yang sedikit pucat lalu berkata:

"Serious wei, memang tangkal tu dah tak ada pada aku. Semalam dalam kocek seluar ni lah kau letak kan, ni dah tak ada wei."

"Serious lah wei? Aku ingat dia ada dua tiga tangkal yang sama. Cuba kau check elok-elok, mana tau kau ada letak dekat tempat lain ke?" Tanya Syafiq mahukan kepastian.

"Memang dekat sinilah aku letak tangkal tu semalam wei. Lepas je balik dari koop, aku terus naik then tertidur. Malam tu aku terjaga and aku ganti seluar aku ni. Memang aku tak ada simpan dekat tempat lain, dekat kocek ni lah semalam benda tu berada wei." Kata Amir bersungguh-sungguh. 

"Meremang bulu roma aku dengar wei. Aku ingat kan dia ada 2 3 tangkal yang sama. Itu yang aku tak berapa nak pelik sangat. Tapi macam mana tangkal tu boleh balik pada dia? Hmm." Syafiq kelihatan buntu memikirkan perkara itu.

"Seriously, Roommate kau tu memang pelik. Tolong lah jangan ajak aku pergi bilik kau lagi wei, taubat aku nak ke sana lagi. Ini pun semalam dah terkena sekali, rasa serik betul aku." Kata Amir lalu menuju perlahan ke arah katilnya kembali.

"Entah lah, aku ingat aku nak pergi pejabat kejap lah. Nak mintak tukar bilik. Aku rasa tak selesa pulak bila dapat sebilik dengan orang yang macam ni wei." Kata Syafiq mula merasa risau dengan Roommatenya itu.

"Kau nak bagi alasan apa nak tukar bilik? Nak cakap Roommate kau tu bomoh?" Tanya Amir padanya.

"Ahh tak kiralah, pandai-pandai lah aku bagi alasan dekat staff pejabat tu nanti. Kau nak ke aku ni duduk dengan dia sampai habis sem? Tak naik gila pulak aku nanti dok menghadap dia. Ini baru satu benda kita tahu pasal dia. Entah lepas ni benda apa lagi yang kantoi pulak. Aku tak nak tanggung risiko wei." Balas Syafiq yang bersungguh mahu menukar biliknya.

Roommate 2 - COMPLETEDWhere stories live. Discover now