WHO WILL BE MY APPA

15.5K 720 36
                                    

PART 1

Baekhyun terkial-kial, serba tidak kena. Tergoyang-goyang badannya.

"Cepat la! Aaarghh tak tahan!".

"Tadi kat airport tak nak lak menyingah, sekarang lak nak terkucilnya" sindir Chanyeol.

15 minit perjalanan..

Baekhyun terus ke dalam toilet, sempat dia memijak kasut Chanyeol sebelum keluar.

"Yaaarh!" Jerit Chanyeol.

Kereta jenis MPV hitam itu di park tersorok sedikit memandangkan kereta EXO memang sangat di kenali seantero dunia.

Selepas selesai menunaikan hajatnya, Baekhyun sengaja lalu di celah-celah pokok berhampiran toilet menunggu kenderaan agensinya kembali semula.

Hoodienya menutup kepala dan di depankan sedikit supaya tidak kelihatan jelas di public.

Seketika ada suara mula kedengaran. Baekhyun sengaja memekakkan telinga. Konon-konon dia langsung tidak mendengar. Makin lama makin kuat dan makin jelas pula suara tu masuk ke telinganya.

"Eyh lambatnya, jauh sangat ke dorang park tadi. Malam-malam bukan orang nampak pun"

Baekhyun membebel entah apa-apa, sengaja untuk menenteramkan hatinya.

"%÷%h&&md$//&h÷€ jeballl jeball"

Kemudian suara tadi makin menyeringai di telinga Baekhyun.

"Jeball jeballllllllll~" Baekhyun sama naik melontarkan vokalnya.

Baekhyun terus lari gaya lipas kudung bila MPV agensinya juga telah kelihatan.

"Di serang sasaeng ka? Suho menyoal.

Baekhyun diam. Dia kembali duduk di sebelah Chanyeol. D.O memandang sekilas muka Baekhyun, Sehun menepuk-nepuk bahu Baekhyun dan Kai kekal tidur.

Sekitar 7 minit perjalanan Baekhyun mula bersuara "Pusing balik" .

"Ha? Kenapa? Tinggal barang ke?" Member-member Exo-K berpandang-pandang, tertanya-tanya sesama mereka.

Kai turut terjaga terpisat-pisat matanya. Masih mamai di sebelah Sehun.

"Ada suara tadi.. macam suara... aaaa ape ek" Baekhyun mematikan kata-kata.

Kenderaan agensi SM Ent yang membawa mereka berpatah balik.

Baekhyun terus keluar dari kenderaan. Kali ini dia tidak teragak-agak lagi. Dia kini pasti dengan suara tadi.

Chanyeol, Suho, Kai, D.O, Sehun turut melangkah laju membontoti Baekhyun dari belakang.

Baekhyun kini betul-betul berada di tempat dia berdiri tadi. Baekhyun juga menunjukkn isyarat supaya semua senyap.

Seketika kemudian suara tadi kembali lagi. Baekhyun dan rakan-rakannya melapangkan telinga. Mereka tercengang! Memang ada suara. Kai yang sedikit berani terus menjejak suara di ikuti Chanyeol dan lain-lain.

Terkial-kial mereka di dalam malam yang makin gelap dan mencari dalam samar-samar hanya berpandukan cahaya phone masing-masing.

"Hyung sini"! Kai teriak.

Chanyeol yang mengekor Kai dari tadi terus menyelongkar sebuah kotak kecil dengan isinya.

"OMO!" Serentak mereka melopong memandang dalam kotak.

Kini mata mereka pula di besarkan. Suho selaku leader tanpa di arah terus mencapai objek dalam kotak tersebut.

"Agi... bayi... baby..." mereka kini ditimpa kejutan yang amat sangat.

Sehun lantas menangalkan skaf di lehernya dan di beri kepada Suho untuk menyelimuti bayi.

Kini bayi berada dalam dakapan Suho.

......

"Kita nak buat apa sekarang?" Serentak mereka bertanya.

"Tidur.." jelas D.O dengan muka tak beriak dan terus berlalu ke ruangan dapur.

"Kita patut buat laporan Polis" arah Suho dan mengoyangkan bayi yang di dakap dengan lembut.

"Kita patut bagi dia minum susu la" jelas Sehun dan mengambil bayi tersebut dalam pangkuannya pula.

"Kita jaga je la dia" Baekyun bercadangan sambil tangannya mengambil bayi itu.

"Anak siapa la ni kan.." beralih pula bayi tersebut ke dalam dakapan Kai.

"Esok je kita buat keputusan, dah lewat ni" Chanyeol pula mendukung bayi tersebut dan melaga-lagakan hidungnya dengan bayi.

Belum sempat pun Chanyeol menunjukkan skill kebapaannya, D.O yang baru keluar dari dapur lantas mengambil bayi tersebut dari pangkuan Chanyeol dan di susukan bayi tersebut dengan botol air mineral.

"Aigoo..."

"Mane dapat susu tu?"

"Boleh lak guna botol tu?"

"Besar la mulut budak tu nanti"

Sorang-sorang menyoal D.O. D.O mengabaikan mereka, lantas memberikan bayi tersebut susu, agak aneh cara D.O. D.O hanya menebuk penutup botol air mineral dan menuang susu segar yg memang sedia ada dalam peti ais mereka dan memanaskannya untuk bayi.

"Untuk sekejap ni, cara ni je terbaik" D.O bersuara. Kembali memberikan bayi tersebut kepada Suho.

Tindakan bijak D.O berjaya mengenyangkan sekaligus dapat melelapkan bayi dan mereka berenam di dalam dorm tanpa membangunkan sesiapa.

......

WHO WILL BE MY APPA [EXO FanFiction]Where stories live. Discover now